Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Jom Saksikan Pelbagai Program Khas Sempena Raikan Hari RTM Ke-78

by Aphit J.
March 31, 2024
Share on Facebook

Radio Televisyen Malaysia (RTM) menjanjikan pelbagai pengisian menarik kepada seluruh penonton setia saluran TV1, TV2 juga Okey sempena sambutan ulangtahun RTM yang ke-78 tahun ini.

Malah kesemua program yang telah bersiaran di TV, boleh ditonton semula di RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Bermula 30 Mac Ini

via RTM

Enam program khas menanti penonton saluran utama TV1 bermula pada 30 Mac ini, pukul 11.00 pagi disiarkan program Cuit Sikit Jangan Sentap.

Program yang mengetengahkan isu golongan muda yang menyentuh nilai-nilai murni dan kerohanian ini menampilkan gandingan pengacara Irfan Syahmi, Hafez Dolson dan Syairul Islam.

Diikuti program Iris Wanita pada 31 Mac, pukul 11.00 pagi yang membincangkan isu dan topik berkaitan wanita.

Dua pengacara Hanie Hamid dan Zack Kirana bersama-sama tetamu undangan berkongsi topik khas.

Pelbagai Rancangan Menunggu Peminat

via RTM

Saksikan bual bicara sempena meraikan sambutan Hari RTM, Bicara Naratif pada 1 April ini, pukul 9.00 malam dengan penampilan khas Menteri Komunikasi, YB Fahmi Fadzil yang berkongsi aspirasi RTM sebagai stesen penyiaran terunggul negara.

Menyusul selepas itu, drama pendek berdurasi 60 minit terbitan Unit Drama TV RTM bertajuk Hari Itu Dalam Sejarah disiarkan pada 1 April ini, pukul 10.30 malam.

Drama yang berlatar tahun 80-an ini dibintangi Khir Rahman, Raja Azrey, Nadia Aqilah, Dewa Sapri, Putera dan Kumpulan Takal mengisahkan seorang guru yang pertama memiliki televisyen warna dan telah menjadi kebanggaan penduduk kampung.

UDTV RTM juga turut menerbitkan telefilem khas iaitu Perang Panjut Tujuh Likur disiarkan pada 6 April ini, pukul 9.00 malam.

Filem Dari Pelbagai Lapisan Masyarakat

via RTM

Saluran TV2 juga tidak kurang meriahnya dengan menjanjikan tayangan filem Karnan pada 31 Mac ini, pukul 9.00 malam yang diinspirasikan daripada sebuah kisah benar yang terjadi pada tahun 1955 di Podiyankulam, Tamil Nadu.

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 & Hari Malaysia Tahun Ini Lebih Meriah di RTM!

Diikuti dua drama iaitu Pendoa Yang Ikhlas pada 1 April ini, pukul 9.00 malam lakonan mantap Bohari Ibrahim, Zahiril Adzim, Adibah Noor, Fatimah Abu Bakar, Che Kem, dan Azman Hasan.

Esoknya, saksikan juga drama Rindu berkisar tentang, seorang gadis kampung tidak kenal erti lelah dalam mencari rezeki dan berbakti buat ibu bapanya walaupun tidak dihargai.

Saluran Okey menyiarkan dokumentari mengenai perjalanan seni seorang permata dalam dunia lakonan yang bernama Norlia Ghani.

Ikuti perjalanan karier beliau yang dicungkil bakatnya oleh lagenda seni negara Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Akhir sekali RTM mengajak penonton mengimbas kembali drama yang telah dinobatkan sebagai Telefilem Terbaik dalam Anugerah Telenovela 2023 bertajuk Sesekali yang akan bersiaran pada 1 April ini, pukul 4.00 petang.

Drama arahan Hisyamudian Ahmad ini turut mengungguli kategori Pengarah Telefilem Terbaik, Pelakon Lelaki Telefilem Terbaik (Beto Kusyairi), Pelakon Pembantu Telefilem Trbaik (Hariry Jalil), dan Penulis Skrip Telefilem Terbaik (Lily Haslina Nasir).

RTM
https://lomp.at/g29pg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Foto - EduBestari
Berita

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

by Nurul A.
February 4, 2026

MURAI percaya ramai yang ternanti-nantikan pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri (BKKA) oleh pihak kerajaan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri...

Read moreDetails
Berita

Ayda Jebat Kesal Dengan Sikap Peminat Yang Datang Usap Perut-“Nak Cakap Tak Selesa..”

by Naddy Joe
January 12, 2026

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat meminta pandangan warganet di media sosial berhubung sikap sesetengah individu yang bertindak sesuka hati memegang...

Read moreDetails
Automotif

Kia ‘Reset Game’ 2026: Harga Sportage Bermula RM128,800, Alat Ganti Lebih Murah!

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026

Kia Sales Malaysia Sdn Bhd (KSM) membuka tirai 2026 dengan langkah yang boleh dianggap bold move apabila mengumumkan penurunan harga...

Read moreDetails
Berita

SPTM Dilancar Tahun Ini, Insentif RM50,000 Untuk Institusi Tahfiz Terbaik

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026

Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore