Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 & Hari Malaysia Tahun Ini Lebih Meriah di RTM!

by Aphit J.
August 9, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Sempena Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia tahun ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan pelbagai pengisian program menarik dan bermakna, bersesuaian dengan tema tahun ini, “Malaysia Madani: Rakyat Disantuni”.

Program yang disediakan merangkumi tayangan filem, telemovie, drama bersiri, dokumentari, hiburan, program realiti serta siaran khas radio, semuanya bertujuan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, khususnya generasi muda.

Telemovie & Program TV Penuh Pengisian

via RTM

Saluran TV1 menampilkan enam telemovie istimewa yang mengetengahkan nilai perjuangan dan pengorbanan.

Antaranya “Genggam” (16 Ogos), kisah bekas anggota polis yang merahsiakan identiti sebenar, serta “Kau Tetap Mei Hua” (24 Ogos), yang menyentuh emosi seorang ibu mencari anaknya sejak era komunis.

Penonton juga boleh menantikan “Legenda Keris Hitam Bersepuh Emas” dan “Ungku” yang disiarkan pada 30 Ogos, dan “Bukan Lelaki Biasa” pada 31 Ogos.

Konsert Patriotik Sarat Emosi

via RTM

RTM turut mempersembahkan “Konsert ORTM Pita Merdeka” pada malam 31 Ogos, menampilkan barisan artis popular seperti Aina Abdul, Liza Hanim dan Lah Ahmad dengan iringan Orkestra RTM.

Manakala, pada siang harinya, “Konsert Unplugged Jiwa Merdeka” menyusul dengan artis seperti Dato’ Francisca Peter dan Hazama.

TV2, TV6 & Saluran Okey Tawar Variasi

via RTM

Saluran TV2 menayangkan filem antarabangsa setiap malam Sabtu, antaranya Indian, Border dan Main Atal Hoon.

Sitkom “Apartmen Putra: Misi Cinta Merdeka” dan filem Pagari Bulan juga turut disiarkan.

“Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

Saluran Okey pula menampilkan program realiti seperti “Beret”, yang menguji ketahanan 20 wanita termasuk selebriti dan anggota APM, serta “Tiga Abdul La”, program ikhtiar hidup bersama pelawak popular.

Saluran TV6 menyajikan filem dan drama retro seperti “Pak Din Merdeka” dan “Tanah Ini Tanah Merdeka”, menghidupkan kembali kenangan sambutan merdeka zaman dahulu.

Jelajah Radio RTM & Aspirasi Malaysia

Sebanyak 34 stesen radio RTM di seluruh negara turut serta menyemarakkan sambutan menerusi pelbagai program menarik.

Antara yang paling dinantikan ialah “Jelajah Aspirasi Malaysia” bermula 16 hingga 31 Ogos, melibatkan lokasi ikonik seperti Gua Kelam, Perlis dan berakhir di Angkasapuri.

Program ini juga bakal mencatat rekod “Most Plastic Bottles Collected in A Tour” dalam Malaysian Book of Records.

Secara keseluruhannya, RTM mengangkat sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini ke tahap lebih tinggi dengan program penuh nilai, informasi dan hiburan yang boleh dinikmati seisi keluarga.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertainya sepanjang bulan Ogos ini.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hari Kebangsaan Ke-68Hari MalaysiaRTM
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara