Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

SPTM Dilancar Tahun Ini, Insentif RM50,000 Untuk Institusi Tahfiz Terbaik

by Ayu Kamaruddin
January 5, 2026
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) akan dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Inisiatif ini bertujuan memperkasa kualiti pendidikan tahfiz dan memberi pengiktirafan rasmi kepada para huffaz serta institusi tahfiz di seluruh negara.

Galakan Kepada Institusi Cemerlang

Sebagai insentif kepada kecemerlangan, 10 institusi tahfiz terbaik berdasarkan kriteria SPTM akan menerima RM50,000 setiap satu.

“Bukan sekadar angka atau wang ringgit, tapi suntikan motivasi supaya institusi tahfiz terus mempertingkatkan kualiti dan tadbir urus, serta muncul sebagai model terbaik di Malaysia,” jelas Ahmad Zahid ketika merasmikan Majlis Himpunan Huffaz 2025 & Simfoni Dakwah Nusantara “Warisan Qurani, Membina Generasi Rabbani” di Masjid Tuminah Hamidi lalu.

Via Radio Televisyen Malaysia (RTM)

DPTN 2.0 Perkukuh Pendidikan Tahfiz

Dalam perkembangan sama, beliau berkata ekosistem pendidikan tahfiz terus diperkukuh di bawah Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) melalui penyelarasan dasar, standard dan tadbir urus yang lebih jelas.

“Melalui DPTN 1.0 telah mendapati sebanyak 84 peratus dasar-dasar itu telah diselaraskan, dilaksanakan di seluruh maahad tahfiz di negara kita.

Katanya, ketika ini terdapat 1,401 institusi tahfiz di seluruh negara melibatkan lebih 10,000 asatizah serta 61,000 pelajar, sekali gus membuktikan pendidikan tahfiz berkembang sebagai satu ekosistem pendidikan yang berdaya saing.

Beliau berkata melalui DPTN 2.0, beberapa instrumen penting telah diperkukuh termasuk pembangunan Model Pendidikan Tahfiz Malaysia (MPTM) melalui pelaksanaan Sijil Perakuan Hafazan Bertahap (SPHB), skim pembiayaan huffaz, dan penyelarasan STM, bagi melahirkan huffaz yang berdaya saing, berkemahiran, dan relevan dengan keperluan semasa.

Huffaz IPT Cemerlang

Ahmad Zahid turut berkongsi pencapaian membanggakan huffaz di insitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan:

  • UniKL: Fakulti Aeroangkasa 90% pelajar terdiri daripada huffaz
  • UNITEN: 534 huffaz mengikuti kursus kejuruteraan (awam, elektrik, mekanikal)
    Kebanyakan pelajar mencatat CGPA 3.5 ke atas, membuktikan mereka boleh gabungkan ilmu dunia dan akhirat.

MoU Strategik & Pensijilan Bertahap

Majlis sama menyaksikan pemeteraian 10 Memorandum Persefahaman (MoU) antara JAKIM dengan agensi agama negeri, IPT dan institusi kemahiran, termasuk program:

  • Diploma Tahfiz al-Quran & al-Qiraat
  • Sijil Perakuan Hafazan Bertahap
  • Program Pensijilan Hafazan Bertahap

Murai harap langkah ini dapat melahirkan huffaz yang berdaya saing, berkemahiran, dan relevan dengan keperluan semasa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
institusi TahfizSPTM lancar tahun ini
Share4Tweet3SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

  4. 4

    Infaq Atau Eksploitasi? Cara Agih Makanan Ketika Live TikTok Jadi Perdebatan

  5. 5

    Seperti Kembar Terpisah! Wajah 5 Pelakon Kacak Ini Mirip Pemain Bola Sepak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara