Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Jom Tengok Senarai Rancangan Menarik Sepanjang Syawal di AWESOME TV

by Phic ARMAN
April 20, 2023
Share on Facebook

Bagi memeriahkan suasana sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV dengan berbesar hati meneruskan kesinambungan kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dengan menyelaraskan himpunan pengisian istimewa sepanjang Syawal untuk hiburan seisi keluarga secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) mulai 1 Syawal ini.

Mengulas lanjut mengenai pengisian sepanjang bulan Syawal tahun ini, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli selaku Pengarah Unit Kandungan Awesome TV berkata,

“Bagi menambah keceriaan sekaligus memanfaatkan semangat kebersamaan di musim perayaan, Awesome TV telahpun merancang strategi penjadualan berstruktur yang efektif untuk memantapkan lagi pengisian kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ dengan membariskan pelbagai kandungan terhebat secara berterusan di bulan Syawal.

Para penonton bakal dihidangkan dengan program-program menarik sepanjang hari merangkumi pelbagai genre seperti kandungan hiburan berbentuk ‘spin-off’, variasi, sitkom, komedi, telefilem, koleksi filem tempatan dan antarabangsa, naskhah klasik malar segar serta banyak lagi. Semoga sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan lebih meriah dengan kehadiran Awesome TV yang akan setia menemani para penonton sepanjang Syawal. Semoga terhibur!”.

PROGRAM TV MENARIK SEPANJANG SYAWAL 2023 DI AWESOME TV

1. Bagi memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini, slot ‘Ohsem Tele’ bakal membariskan telefilem yang sarat dengan penceritaan menarik untuk mengisi slot khas sepanjang minggu pertama Syawal. Antara naskhah hebat yang akan ditayangkan termasuklah

  • ‘Alamak! Raya Lagi?’ lakonan bintang berbakat besar kelahiran program Awesome Raja Lawak seperti Kanda ARL, Afea ARL, Oky Danial ARL, Sofwan ARL, dan ramai lagi,.
  • ‘Rompak Raya’ lakonan Syafiq Kyle, Amerul Affendi, Haeriyanto Hassan, Aishah Atan, ‘Mat Ri Ye Pak Din’ lakonan Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam.
  • ‘Jeman’ arahan sutradara tersohor Rashid Sibir yang dibintangi oleh Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana,‘
  • ‘Raya Pukul 7’ yang dibintangi oleh Issey Fazlisham, Dato’ Mustapha Kamal, Dalimawati, Yuna Rahim dan Fadzil Hamdan.
  • ‘Derhaka Seorang Ibu’ lakonan Adam Shahz, Wan Maimunah, Zain Hamid, Amyza Aznan dan Puteri Lofea, ‘Holiday Aji Tom’ lakonan Syafiq Kyle, Jalil Hamid, Safwan Nazri, Bunga Isme, Syuhaida Abraz (Dottie), Tengku Zara dan Imran Aqil.

  • ‘Suamiku Ol School’ lakonan Azhan Rani, Isyariana, Along Eyzendy, Linda Rafar, Bohari Ibrahim dan Sillfeny, ‘Mempelai Panda’ lakonan Zalif Sidek, Wanna Ali, Opie Zami, Fara Nadiah dan Roy Azman.

2. Para penonton juga bakal dihiburkan dengan koleksi filem-filem terhebat tempatan dan antarabangsa sepanjang minggu pertama Syawal seperti

  • ‘Kaabil’ lakonan Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy and Rohit Roy,
  • ‘Jai Ho’ lakonan Salman Khan, Tabu, Danny Denzongpa, Daisy Shah, Nadira Babbar, Genelia D’Souza, Suniel Shetty dan Naman Jain,
  • ‘Show Me Your Love yang dibintangi oleh Hee Ching Paw, Raymond Ho-Yin Wong, Ivana Wong dan Michelle Wai,
  • ‘Pengabdi Setan’ yang dibintangi oleh Ali Albar, Simon Cader dan Adang Mansyur,
  • ‘Khurafat’ lakonan Syamsul Yusof, Sabrina Ali, Liyana Jasmay dan Along Eyzendy,
  • ‘Adnan Sempit’ lakonan Intan Ladyana, Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Along Cham, Julia Hana dan Cat Farish,
  • ‘KL Gangster 2’ lakonan Syamsul Yusof, Dato’ Rosyam Nor, Dato’ Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak serta banyak lagi.

3. Minggu pertama Syawal juga akan turut dimeriahkan dengan naskhah-naskhah istimewa lakonan pelawak legenda Senario seperti

  • ‘Senario The Movie: Ep 1’ lakonan Azlee, Mazlan, Wahid, Saiful Apek, Shamsul Ghau Ghau, Ako Mustapha,
  • ‘Senario The Movie: Ep 2 Beach Boys’ lakonan Mazlan, Azlee, Wahid, Jamali Shadat, Maria Farida, Riezman Khuzaimi dan Marsha Milan Londoh,
  • ‘Senario The Movie: Ops Pocot’ lakonan Wahid, Mazlan, Azlee, Diana Amir dan Kamal Adli serta ‘Senario Asam Garam lakonan Azlee, Mazlan, Zaibo, Julia Hana, Fimie Don dan Angeline Tan.

4. Slot ‘Ohsem-Tainment’ pula bakal membariskan program-program hiburan menarik berbentuk ‘spin-off’ untuk menepati tema Raya dalam pelbagai genre seperti variasi, komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi. J

angan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Kampung Senariuh Raya’, ‘Spoket Raya’, ‘Kecoh Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Warung Wak Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Ha Ha Ha Raya’, ‘Cer Teka Raya’ dan banyak lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
awesome tv
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

17 Tayangan Baharu Bakal Temui Anda Di Netflix Pada Oktober Ini!

by Nurul A.
September 28, 2026

Khas untuk bulan Oktober ini, Netflix bakal menayangkan pelbagai kandungan menarik untuk peminat anime. Selain daripada itu, kamu boleh nantikan...

Read moreDetails
Kung Fu Aksi
Filem

12 Filem Aksi & Kung Fu Ditayang Percuma Selama 2 Hari- Hanya Di GSC Mid Valley!

by Nurul A.
October 27, 2026

Tayangan Khas Aksi dan Kung Fu Tempatan & Luar Negara 2026 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Southern...

Read moreDetails
Netflix
Spotlight

14 Filem & Drama Bakal Masuk Netflix November Ini!

by Nurul A.
October 30, 2026

Bulan November bakal menyaksikan pelbagai pilihan hiburan yang menarik di Netflix, daripada pengembaraan penuh aksi, drama yang memikat, karya bertema...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Baru Dibuka! Oakwood Cameron Highlands Tawar Keselesaan Moden & Permandangan Indah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara