• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Update Viral

Justice For Zara Qairina Cetus Fenomena, Lirik Tuntut Kejadian Sebenar Kematian Pelajar Dibuli

by Puteri Alia
August 12, 2025
Share on Facebook

Lagu bertajuk Justice For Zara Qairina ciptaan sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi Norsalim Ali kini menjadi antara simbol paling lantang dalam menuntut keadilan untuk kematian tragis pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Sabah, Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Karya ini yang sarat dengan elemen rap tular di pelbagai platform media sosial dan digunakan sebagai muzik latar ribuan hantaran memperingati arwah, yang dilaporkan ditemui tidak sedarkan diri di longkang asrama sekolah pada jam 3 pagi, 16 Julai lalu.

Lagu tersebut memuatkan mesej penuh emosi, menzahirkan rasa pengorbanan, kemarahan dan solidariti rakyat Malaysia yang bersatu menuntut kebenaran. Liriknya yang padu dan berani dilihat menyeru agar suara masyarakat tidak disenyapkan, sebaliknya memberi isyarat bahawa kebenaran perlu ditegakkan walau bagaimana sekali pun. Antara bait lirik yang paling mencuri perhatian berbunyi, “Kata mereka, kau jatuh sendiri. Tapi benarkah itu realiti?”, sekali gus mengangkat persoalan besar tentang apa sebenarnya yang berlaku pada malam kejadian sehingga menyebabkan kematian tragis itu. Persoalan ini kekal menjadi tanda tanya, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat, malah dalam hati keluarga arwah yang masih menanti jawapan.

Fenomena lagu ini turut membuktikan bahawa suara rakyat mampu bergema melalui seni. Di Instagram, Justice For Zara Qairina digunakan hampir 3,000 kali sebagai muzik latar untuk hantaran berbentuk ‘reels’, manakala di TikTok, lagu ini sudah dimainkan lebih 3.2 juta kali. Di platform YouTube pula, video liriknya mencatat lebih 200,000 tontonan hanya dalam tempoh beberapa hari selepas dimuat naik, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai lagu protes rakyat yang mendapat sambutan luar biasa.

Kebangkitan lagu ini bukan sekadar tanda sokongan kepada keluarga Allahyarham, tetapi juga manifestasi kemarahan rakyat terhadap gejala buli dan ketidakadilan yang didakwa menjadi punca tragedi ini. Gelombang solidariti ini menunjukkan bahawa meskipun Zara Qairina telah pergi, kisahnya masih hidup dalam hati rakyat Malaysia yang terus memperjuangkan keadilan demi memastikan tragedi sebegini tidak berulang.

Remaja Didakwa Buli Zara Qairina Siap Buat ‘Peace’ Ketika Dipanggil Beri Keterangan, Warden Nafi Tunjuk Trauma
Zara Qairina
https://lomp.at/unasv
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  5. 5

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore