Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes Korporat

Kabin Kru AirAsia Diktiraf Terbaik Di Dunia, Ini 2 Lagi Anugerah Mereka Rangkul Di Bahrain

by Phic ARMAN
December 7, 2025
32
KONGSIAN
Share on Facebook

AirAsia sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tiga anugerah utama di World Travel Awards (WTA) Grand Final 2025 yang berlangsung di Bahrain. Antara kemenangan paling membanggakan ialah pengiktirafan kru kabin AirAsia sebagai Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-9 berturut-turut.

Selain itu, AirAsia turut mengekalkan gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-13, manakala AirAsia X (AAX) sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terkemuka Dunia untuk tahun ke-3 berturut-turut.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan, berkata pencapaian ini menggambarkan dedikasi seluruh Allstars dalam memberikan pengalaman terbaik kepada penumpang.

“Kami berbesar hati dengan pengiktirafan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terunggul Dunia untuk tahun ketiga berturut-turut dan ia merupakan bukti yang kukuh terhadap dedikasi kami dalam mengekalkan kualiti tinggi AirAsia X dan kepercayaan lebih 50 juta pengembara sejak 2007.

Pelancaran laluan baharu ke Tashkent dan Istanbul juga meletakkan AirAsia X pada landasan kukuh untuk fasa pengembangan global seterusnya ke Asia Tengah dan Eropah. Kami komited untuk terus mempertingkatkan pengalaman perjalanan jarak jauh tambang rendah sambil menawarkan lebih banyak destinasi di seluruh dunia untuk tetamu setia kami.”

Sementara itu, CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, menegaskan kemenangan tersebut hadir seiring perkembangan AAX ke laluan baharu seperti Tashkent dan Istanbul.

Pengiktirafan ini turut dipuji oleh Presiden WTA, Graham Cooke, yang menyifatkan kejayaan AirAsia sebagai bukti komitmen mereka dalam mengekalkan standard tinggi dalam industri penerbangan.

MURAI tengok pengiktirafan ini memang layak, sebab ramai yang puji servis AirAsia, walaupun tambang rendah, layanan tetap tip-top.

Selepas London, ‘Next’ Destinasi Mana? Ini Kata Tony Fernandes

Dengan hampir satu bilion penumpang sejak penubuhan dan rangkaian lebih 130 destinasi, kemenangan ini terus mengukuhkan kedudukan AirAsia sebagai salah satu jenama tambang rendah paling kukuh di dunia.

BahrainGraham CookeSuhaila HassanWorld Travel Awards (WTA) Grand Final 2025
https://lomp.at/n7fnc
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

Foto - masjidsrisendayanofficial (FB)
Islamik

Solat Fardu Boleh Qada’ Ketika Solat Terawih?- Ini Cara Senang & Mudah Nak Faham!

by Nurul A.
February 26, 2026

Ganti (Qada') solat fardu ketika solat terawih? Boleh ke? Tak dinafikan bila tibanya bulan Ramadan, ramai yang berlumba-lumba untuk mengumpul...

Read moreDetails
Fesyen

Baju Kebaya To’ Puan Syamim Farid Curi Perhatian, Pereka Fesyen Bukan Biasa-biasa

by Phic ARMAN
February 2, 2026

Kalau anda  ikut perkembangan fesyen tempatan, pasti perasan To’ Puan Syamim Farid muncul dengan aura tersendiri dalam koleksi Baju Kebaya...

Read moreDetails
Foto - Forum Rakyat
Islamik

Jarang Berlaku Ketika Ramadan, Ini Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan

by Nurul A.
March 3, 2026

Jarang-jarang sekali berlaku! Istimewanya tahun ini, terutamanya dalam bulan Ramadan, kita bakal menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh yang turut dikenali...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @masjidsrisendayan
LifeXplore

Ramai Tak Sangka! Masjid Sri Sendayan Ini Disamakan Dengan Taj Mahal Versi Malaysia

by Farah Fatihah
February 28, 2026

Siapa sangka di Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, tersergam sebuah masjid dengan seni bina yang mengingatkan kepada keindahan Taj Mahal....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara