Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Kabin Kru AirAsia Diktiraf Terbaik Di Dunia, Ini 2 Lagi Anugerah Mereka Rangkul Di Bahrain

by Phic ARMAN
December 7, 2025
32
KONGSIAN
Share on Facebook

AirAsia sekali lagi mengharumkan nama Malaysia apabila meraih tiga anugerah utama di World Travel Awards (WTA) Grand Final 2025 yang berlangsung di Bahrain. Antara kemenangan paling membanggakan ialah pengiktirafan kru kabin AirAsia sebagai Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-9 berturut-turut.

Selain itu, AirAsia turut mengekalkan gelaran Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia untuk tahun ke-13, manakala AirAsia X (AAX) sekali lagi dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terkemuka Dunia untuk tahun ke-3 berturut-turut.

Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan, berkata pencapaian ini menggambarkan dedikasi seluruh Allstars dalam memberikan pengalaman terbaik kepada penumpang.

“Kami berbesar hati dengan pengiktirafan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Jarak Jauh Terunggul Dunia untuk tahun ketiga berturut-turut dan ia merupakan bukti yang kukuh terhadap dedikasi kami dalam mengekalkan kualiti tinggi AirAsia X dan kepercayaan lebih 50 juta pengembara sejak 2007.

Pelancaran laluan baharu ke Tashkent dan Istanbul juga meletakkan AirAsia X pada landasan kukuh untuk fasa pengembangan global seterusnya ke Asia Tengah dan Eropah. Kami komited untuk terus mempertingkatkan pengalaman perjalanan jarak jauh tambang rendah sambil menawarkan lebih banyak destinasi di seluruh dunia untuk tetamu setia kami.”

Sementara itu, CEO AirAsia X, Benyamin Ismail, menegaskan kemenangan tersebut hadir seiring perkembangan AAX ke laluan baharu seperti Tashkent dan Istanbul.

Topik Berkaitan Tony Fernandes Umum Kabin Kru AirAsia Boleh Pakai Tudung- "Ini Antara Syarikat Penerbangan Pertama Lakukan Di Asia"

Pengiktirafan ini turut dipuji oleh Presiden WTA, Graham Cooke, yang menyifatkan kejayaan AirAsia sebagai bukti komitmen mereka dalam mengekalkan standard tinggi dalam industri penerbangan.

MURAI tengok pengiktirafan ini memang layak, sebab ramai yang puji servis AirAsia, walaupun tambang rendah, layanan tetap tip-top.

Dengan hampir satu bilion penumpang sejak penubuhan dan rangkaian lebih 130 destinasi, kemenangan ini terus mengukuhkan kedudukan AirAsia sebagai salah satu jenama tambang rendah paling kukuh di dunia.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
BahrainGraham CookeSuhaila HassanWorld Travel Awards (WTA) Grand Final 2025
Share13Tweet8SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

AIM25 Cecah 24.5 Juta Tontonan, TVS Buktikan Sarawak Boleh Gegarkan Pentas Nasional

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Siapa kata acara besar mesti berlangsung di Kuala Lumpur baru boleh mencuri perhatian seluruh negara? Buktinya, Anugerah Industri Muzik ke-25...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Tengku Ezrique Ezzuddean Dalam Istiadat Mengangkat Sumpah Ini Curi Perhatian

by Phic ARMAN
October 27, 2026

Satu video memaparkan istiadat diraja Selangor mencuri perhatian apabila memperlihatkan Yang Mulia Tengku Ezrique Ezzuddean bin Tengku Dato’ Ardy Esfandiari...

Read moreDetails
LifeXplore

Dari Pemulihan Ke Dunia Pekerjaan, Ini Pendekatan Tengku Amir Shah Bantu Belia Selangor

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Bila bercakap tentang belia yang pernah melalui fasa sukar dalam hidup, persoalannya bukan sekadar bagaimana mahu membantu mereka berubah. Lebih...

Read moreDetails
Strok Kanak-Kanak
Kesihatan

Bukan Golongan Emas Sahaja, Kanak-Kanak Pun Boleh Terkena Strok

by Nurul A.
October 20, 2026

Apabila bercakap mengenai pesakit strok, kebanyakan orang akan terfikir tentang golongan emas dan bukannya kanak-kanak Malah, kebanyakan ibu bapa tidak...

Read moreDetails
Cuckoo Malaysia, Cuckootopia
LifeXplore

Lee Junho Bakal Temui Peminat Di Cuckootopia, Khas Untuk Ulang Tahun Ke-12 Cuckoo Malaysia

by Nurul A.
August 31, 2026

Berakar umbi daripada 12 tahun memupuk kehidupan yang lebih sihat dan bahagia di seluruh negara, peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy...

Read moreDetails
Foto - Royal Selangor
LifeXplore

Jejak Warisan, Royal Selangor Ketengahkan Seni Emas Telepuk

by Nurul A.
September 2, 2026

Dahulunya dikhaskan untuk tekstil upacara dan pakaian kebesaran, telepuk merupakan seni tekstil Melayu tradisional yang dibezakan oleh motifnya yang rumit...

Read moreDetails
Pembaziran Makanan
LifeXplore

Makanan Selalu Terbuang? Ini 3 Tips Untuk Rakyat Malaysia Elak Pembaziran

by Nurul A.
October 12, 2026

Kita semua pernah mengalaminya. Sebungkus sayur yang terlupa di bahagian belakang peti sejuk, lebihan makanan yang tidak sempat dimakan pada...

Read moreDetails
LifeXplore

“KFC & McD Di Jepun Tak Halal”- Perkongsian di Threads Cetus Perdebatan

by Phic ARMAN
September 23, 2026

“Kalau Nak Halal, Pergilah Negara Timur Tengah.” Itu antara respons yang muncul selepas seorang pengguna Threads berkongsi peringatan mengenai makanan...

Read moreDetails
Jadi Batek x Bokitta
LifeXplore

Jadi Batek & Bokitta Lancar “The Art Series”, Hijab Batik Lukisan Tangan Sempena Merdeka 2026

by Nurul A.
August 30, 2026

Sempena sambutan Merdeka 2026, Jadi Batek bekerjasama dengan Bokitta untuk melancarkan "The Art Series", iaitu koleksi istimewa yang menampilkan enam...

Read moreDetails
LifeXplore

Isu Luahan Panas! Pemilik Jenama Pakaian Terkenal Mahu Lamar Jepp Sepahtu Jadi Duta

by Phic ARMAN
October 9, 2026

Nama Jep Sepahtu kembali menjadi bualan hangat di Threads susulan kemelut persahabatannya dengan Shuib. Namun, di sebalik isu yang semakin...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  3. 3

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara