Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kaka Azraff ‘Jawab’ Lagu Terbaru Ali Gatie ‘WHAT IF I TOLD YOU THAT I LOVE YOU’

by Phic ARMAN
February 29, 2020
Share on Facebook

Penyanyi popular Kaka Azraff baru-baru ini sempat merakamkan lagu serta video berjudul ‘Bila Kau Ucapkan Cinta’ sebagai jawapan langsung kepada lagu terbaru Ali Gatie ‘What If I Told You That I Love You.’

Beralunkan kord gitar dan rentak rancak, Kaka menjawab balada Ali dengan sikap “setelah kau mahukan diri ku, namun kau tak boleh memiliki diri ku”.

Nyanyian Kaka di dalam Bahasa Melayu “Bila kau katakan kau cinta, aku langsung tak percaya,” diselang-selikan dengan irama ‘catchy’ dan menarik sebagai jawapan kepada lirik Alie tentang kemungkinan kehilangan pasangan atau kekasih.

YouTube video

Mengulas tentang lagu tersebut, Kaka menyatakan

“Saya menyukai lagu Ali, dan saat diberi peluang untuk menjawab kepada lirik lagu asalnya merupakan sesuatu yang baru buat saya namun amat saya hargai. Apalagi tika melagukannya dalam Bahasa Melayu, saya cuba membuat versi saya sendiri namun masih tidak lari dari versi asal. Saya harap Ali akan menyukainya!”

Dengan lebih 1.5 bilion putaran, Ali Gatie sudahpun memulakan tahun baru dengan gah. Beliau akan mengikuti siri jelajah seluruh dunia dan Kuala Lumpur menjadi perhentian pertamanya di Asia minggu depan! Ali sudah bersedia untuk membuat kemunculan sulungnya di sini pada 4 Mac 2020 di KL Live, Life Center.

Sejak melancarkan karya pertamanya secara sendiri dalam masa dua tahun, putaran lagunya telah melebihi satu billion dengan lagu-lagu seperti “Say To You,” “It’s You” dan “Moonlight,”, yang mengukuhkan keudukan Ali Gatie di kalangan artis baru dalam genre pop serta R&B tahun ini.

Pada tahun 2019, Ali mengeluarkan EP pengenalannya berjudul YOU dan meraih status platinum RIAA untuk lagu hebatnya “It’s You,” yang berjaya mendapat tempat pertama di carta Malaysia sejak pelancarannya walaupun bergelar artis baru.

Ali Gatie cuba menyelami dengan lebih mendalam subjek-subjek rumit yang sering menjadi ilham artis-artis tersohor. Kelemahan, cinta dan kasih setia merupakan konsep yang sering diselitkan dalam karya-karyanya.

Kaka Azraff pertama kali muncul di dalam dunia hiburan pada tahun 2012, apabila beliau bekerjasama dengan pelakon, pengacara dan penyanyi popular, Zizan Razak dengan lagu ‘Bawaku Pergi’ yang mendapat sambutan yang hangat.

Beliau baru-baru ini mengeluarkan satu single baru yang dikenali sebagai ‘Diamonds’, khusus untuk cinta dalam hidupnya, iaitu suami dan juga anaknya yang baru dilahirkan pada Oktobr 2019.

Lagu ‘Diamonds’ ini menyaksikan sekali lagi Kaka bekerjasama dengan Alif. Kali pertama mereka bekerjasama menerusi single hit ‘Bukan Hal Aku’ yang mempopularkan nama Kaka dan membawanya ke pentas Anugerah Juara Lagu Ke-30.

Kaka juga telah muncul dalam beberapa rancangan televisyen, drama dan filem seperti ‘Fear Factor Selebriti Malaysia’, ‘Duo Star’, ‘Aliff Dalam 7 Dimensi’ dan ‘Interchange’.

https://lomp.at/xyodb
Share7Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Atilia Haron Hadir Dengan ‘Di Manakah Kamu Sore Ini’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Penyanyi, Atilia Haron tampil dengan lagu terbaharu berjudul 'Di Manakah Kamu Sore Ini?' yang sarat dengan emosi. “Dimanakah Kamu Sore...

Read moreDetails
Lokal

Yo Yo Raya Dari The Aura Bawa Peminat Selami Kemeriahan Hari Raya

by Naddy Joe
April 4, 2026

“Yo Yo Raya” membawa pendengar menyelami kemeriahan Hari Raya yang dirasai pelbagai  lapisan masyarakat tidak kira pangkat dan usia. Lagu...

Read moreDetails
Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara