Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

Kalau Dapat Suami Kaki Merajuk, Kamu Boleh Buat Begini…

by Soph Azz
December 20, 2022
Foto - Life&Style Mag

Foto - Life&Style Mag

Share on Facebook

“Dah satu hal nak kena cari cara pujuk bila dapat suami yang kaki merajuk ni…”

Psst… Suami tengah merajuk ke tu? Tak dinafikan memang buntu dan kusut kepala apabila suami tengah merajuk. Iyalah, selalunya bab merajuk ini hanya dilakukan oleh si isteri saja, tapi kalau suami mula merajuk, memang susah nak pujuk tau!

Ketika fasa merajuk ini, selalunya suami akan menjadi mahkluk yang sangat sensitif (dan sedikit ego); jadi kalau salah pujuk jangan haraplah mereka nak okay semula.

Bagi kamu yang pertama kali hadapi situasi ini, Miss Murai ada panduan untuk para isteri ikut bagi memujuk hati si suami. Paling penting sekali jangan pula kamu tersalah buat dan tambah rajuknya pula ye.

#1 Berikan ruang untuk suami bertenang 

Nasihat Miss Murai, ketika suami sedang merajuk jangan pula kamu lakukan provokasi padanya. Berikan ruang untuk dia berfikir dengan waras dan tenang.

Foto – iStock

Merajuk atau marah menunjukkan suami kamu perlukan bantuan. Mungkin si suami sedang tertekan, sama ada punca daripada kerja atau kamu sendiri. Jadi beri ruang padanya untuk bertenang okay?

#2 ‘Selami’ hatinya untuk tahu punca 

Rajuk hati si suami boleh bertambah parah apabila si isteri tidak menghiraukan, mendengar atau hormatinya. Jadi penyelesaian terbaik adalah komunikasi. Sebagai isteri, kamu perlu mendengar setiap kongsian dan luahan suami. Ketika ini jangan pula kamu potong cakapnya dan terus buat kesimpulan atau salahkan si suami.

Beri kejutan untuk memulakan perbualan 

Kalau isteri merajuk, memang senang nak pujuk. Bagilah bunga, baju, coklat atau bawa keluar makan, confirm sudah tak  merajuk lepas itu. Tapi kalau lelaki, nak pujuk dengan kejutan macam mana?

Foto – Pinterest

Apa yang boleh Miss Murai syorkan adalah kamu sediakan makan malam romantik di rumah atau di restoran kegemaran suami. Atau pun belikan si dia barang yang diingini atau menonton wayang.

Si isteri kena ketepikan ego buat sementara waktu

Foto – Dremastime

Sama seperti lelaki juga, wanita mempunyai ego. Tapi sekali sekala, lebih-lebih lagi dalam hal ini, cuba kamu ketepikan ego sekejap. Minta maaf, akui salah kamu, bercakap dengan nada yang perlahan dan bermanja dengannya.

Dah tahu kan apa yang kamu perlu buat? Semoga berjaya!

cara pujuk lelakicara pujuk pasangancara sejukkan hati suamitips pujuk suami
https://lomp.at/ydwtv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fila Amir Bersyukur Berjaya Beli Rumah-“Menumpang Rezeki Anak…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pempengaruh dan usahawan, Fila Amir berkongsi khabar gembira apabila dia berja merealisasikan impiannya rumah sendiri, baru-baru ini. Fila atau nama...

Read moreDetails
Berita

“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”-Marissa Dania

by Naddy Joe
April 1, 2026

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
Berita

Izara Aishah & Suami Kongsi Nama Bayi Ketiga

by Naddy Joe
April 15, 2026

Umum mengetahui pelakon, Izara Aishah telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 9 April lalu. Terkini, suami kepada Izara iaitu...

Read moreDetails
Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara