Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Kalau Kamu Menangis, Masalah Kesihatan Ini Confirm Akan Hilang

by Soph Azz
February 21, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Tak dinafikan ramai yang suka anggap yang menangis itu adalah satu perbuatan yang menunjukkan diri seseorang itu adalah lemah dan tidak kuat. Tetapi menangis sebenarnya tidak menunjukkan seseorang itu lemah ye…

Realitinya, menangis sangat membantu seseorang itu dari segi emosi dan juga kesihatan.

Menangis ada atau tanpa sebab, atau sekali-sekala rasa nak menangis tak salah tau. Ini kerana bila menangis, setiap titisan air mata yang keluar, memberi manfaat yang kita sendiri tak tahu. Sekiranya kamu mahu tahu apakah manfaat tersebut, teruskan membaca!

Hilang stress 

Apabila stress, badan kita sebenarnya berisiko tinggi untuk hidap beberapa penyakit kronik seperti sakit jantung, kerosakan tertentu pada otak, masalah pencernaan, sakit kepala dan migrain.

Foto – Pinterest

Tapi menerusi perbuatan menangis, ia boleh jadi rawatan sementara untuk seseorang itu hilangkan stress. Ini kerana segala masalah dan tekanan yang dihadapi itu akan ‘keluarl’ bersama dengan air  mata tersebut.

Tekanan darah menjadi rendah 

Untuk pesakit darah tinggi, menangis boleh jadi salah satu solusi untuk kamu kurangkan tekanan darah ye. Tapi tak bermaksud kena menangis berterusan atau dengan kerap, hanya sekali sekala saja kerana ia menjadi alternatif dalam merendahkan darah secara semula jadi.

Mineral manganese dikurangkan 

Foto – Pinterest

Badan kita sememangnya memerlukan manganese; mineral yang diperlukan oleh badan untuk otak dan sistem saraf berfungsi dengan normal. Tapi kalau kuantiti manganese berlebihan dalam badan, ia  boleh sebabkan kegelisahan, kerengsaan dan mempengaruhi mood.

Mata ‘dicuci’ dan penglihatan lebih jelas 

Setiap hari mata kita terdedah pada kotoran, debu dan bakteria. Sebab itulah ada kalanya kita akan rasa gatal-gatal dan merengsa di mata. Tapi apa kaitannya dengan menangis?

Foto – Pinterest

Kalau kamu nak tahu, air mata kita mengandungi losozim iaitu bahan kimia anti-bakteria yang melawan jangkitan pada mata. Dan dengan menangis, kamu boleh ‘basuh’ dan bersihkan mata daripada kotoran serta kerengsaan sambil melindungi mata.

Bila sudah tahu manfaatnya, jangan pula kamu menangis dengan kerap pula ye… Bimbang masalah lain pula yang datang.

air matakebaikan air matakebaikan menangis
https://lomp.at/pd097
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Kesihatan

6 Jenis Buah-Buahan Pilihan MURAI, Bagus Untuk Kurangkan Dahaga Ketika Bulan Puasa!

by Nurul A.
March 4, 2026

Secara peribadi, MURAI rasakan masalah biasa yang ramai orang hadapi ketika bulan puasa adalah dehidrasi. Bayangkan lebih daripada 10 jam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore