Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Cinta

Katanya Lelaki Yang Ada Vibe ‘Bad Boy’ Lebih Menarik Perhatian, Nak Tahu Kenapa?

by Soph Azz
May 9, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

12
KONGSIAN
Share on Facebook

Orang sekeliling sudah berbakul-bakul pesan, jangan sesekali suka atau jatuh cinta pada lelaki playboy, nakal dan suka mainkan perasaan. Tetapi ada sesetengah daripada kita pula, tertarik dengan lelaki yang memiliki personaliti ‘bad boy’ ini.

Katanya lelaki jenis ‘bad boy’ lebih mencabar dan menarik penampilan serta perwatakannya berbanding lelaki normal yang membosankan.

Tak dinafikan juga lelaki jenis ‘bad boy’ ini lebih tampan dan menarik orangnya. Dan menurut sains, lelaki jenis ini dipilih orang ramai wanita disebabkan oleh…

Dalam sains, wanita lebih sukakan bad boy kerana…

Menurut sains ketika ovulasi, wanita akan dipengaruhi oleh hormonnya untuk melihat lelaki manakah yang sesuai menjadi bakal bapa kepada anak-anaknya.

Foto – Pinterest

Ketika ini hampir 3/4 wanita akan lebih tertarik dan memilih lelaki yang tampan, berkarisma, memberontak dan nakal.

5 Sebab Kenapa Wanita Sangat Sukakan Bad Boy 

Bagi yang tertanya-tanya mengapa wanita sangat sukakan bad boy dan mahu jadikan mereka sebagai pasangan, ini adalah sebab-sebabnya;

#1 Fizikal Yang Lebih Tampan 

Lumrah setiap orang termasuklah wanita untuk menyukai sesuatu yang cantik, tampan dan sedap mata memandang. Kalau kamu perasan, kebanyakan bad boy mempunyai penampilan yang lebih menarik dan tampan. Tak kiralah dari segi gaya rambut, pakaian mahu pun bentuk wajah, jika pandai menjaga dan sentiasa tampil kemas, memang wanita akan sukakannya!

Foto – Pinterest

#2 Miliki Personaliti Yang Lebih Menarik 

Umum tahu bad boy hanya pentingkan diri sendiri dan tidak pedulikan orang lain. Tetapi bila berkaitan dengan wanita, mereka akan melayan wanita dengan sebaiknya. Malah jika menghargai wanita, mereka akan hargai lebih daripada lelaki biasa mampu lakukan.

#3 Wanita Sukakan Cabaran & Keseronokan 

Paling ramai wanita setuju! Lelaki ‘bad boy‘ ini lebih seronok dan penuh dengan cabaran. Bagi wanita, lelaki yang tidak tahu have fun dengan kehidupannya adalah lelaki yang membosankan dan tidak seronok untuk bergaul. Tambahan pula, bad boy tidak pernah rasa penat dan sentiasa setuju untuk lakukan apa jenis cabaran dan keseronok dalam hidup mereka.

Foto – Pinterest

#4 Rasa Dilindungi Bila Berada Di Sampingnya 

Tak ada wanita yang tak mahu dilindungi bila bersama dengan orang yang disukainya. Sebab itulah kebanyakan wanita gemar memilih bad boy sebagai pasangan mereka. Kalau kamu nak tahu, bad boy menjadi pilihan wanita kerana mereka beranggapan lelaki jenis ini boleh melinduni dirinya daripada bahaya. Malah penampilan bad boy selalunya lebih kuat dan sasa.

#5 Lebih Berkeyakinan Tinggi Berbanding Lelaki Biasa 

Foto – Pinterest

Kebiasaannya lelaki yang kurang keyakinan diri tidak akan dipandang atau disedari oleh wanita. Sebab itulah wanita sangat memilih bad boy sebagai pasangan mereka. Bukan sahaja berkeyakinan diri dalam sikap dan pergaulan, malah nak buat keputusan pun mudah serta berkeyakinan. Memang ciri-ciri yang wanita idamkan!

Kalau kamu sendiri, kamu suka lelaki jenis ‘bad boy’ atau yang biasa saja?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ciri-ciri lelaki bad boylelaki bad boymichele morroneselebriti hollywood
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Pasangan
Cinta

Kalau Cari Pasangan, Lebih Baik Cari Zodiak Ini- Confirm Romantik Habis!

by Nurul A.
August 9, 2026

Setiap orang ada cara masing-masing untuk melayan pasangan mereka. Ada yang layan dengan baik, penuh kasih sayang, acuh tak acuh...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara