• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Kau Keje Macam Taik!’ – Rozita Che Wan Jawab Tuduhan Bekas Pemandu

by Khai Azfar
March 7, 2019
Share on Facebook

Semalam, tular di laman Facebook apabila seorang lelaki yang juga bekas pemandu kepada pelakon Rozita Che Wan mendedahkan bahawa pelakon itu tidak membayar gajinya seperti yang dijanjikan. murai.my difahamkan lelaki itu baru dua bulan bekerja dengan Rozita atau lebih dikenali dengan panggilan Che Ta.

Mahu Boikot Che Ta 

Perkongsian itu turut mendapat reaksi daripada Kumpulan Pilot & Bodyguard Kuala Lumpur (KLPB) yang menuntut pihak pelakon itu menjelaskan bayaran gaji kepada pemandu peribadinya.

Malah wakil kumpulan itu juga akan memboikot dan menularkan perilakunya yang sebenar sekiranya dia masih enggan menjelaskan bayaran seperti yang dituntut

” Ingat! Kamu tu celebrity dan public figure! Bangsa ko sendiri ko pijak-pijak.
Mohon viral kan !”

Terdahulu, lelaki itu meluahkan secara umum mengenai masalahnya serta turut menyertakan beberapa suntingan perbualannya bersama pembantu peribadi Che Ta berkenaan permohonan pembayaran gajinya itu di laman WhatsApp.

Che Ta Mengamuk

Menyedari akan isu itu kini tular di media sosial, Che Ta tampil mempertahankan dirinya dan menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pemandunya itu. Menurut Che Ta, lelaki itu sememangnya seorang yang bermasalah selain membuat kerja sambil lewa.

Tegas pelakon itu, dia tidak akan teragak-agak untuk turut tularkan sikap lelaki itu memandangkan isu tersebut kini hangat diperkatakan.

Che Ta Bakal Saman Malu 

Terbaru,  Che Ta dikatakan sudah membayar gaji penuh berjumlah RM2000 kepada lelaki tersebut. Namun setelah cerita mengenainya tersebar luas sehingga menjatuhkan fitnah yang memalukan, Che Ta nekad untuk membuat tindakan mahkamah dengan menyaman malu seetai menuntut dia melakukan permohonan maaf secara terbuka.

“Semalam pada tarikh 6 Februari saya baru masuk pejabat. Selesai urusan yang patut termasuk mesyuarat, saya sudah bersedia nak isukan cek kepada pembantu peribadi… tiba-tiba dia buat hal viralkan perkara ini. Saya asalnya nak sudah nak bayar dan dia juga sudah bersetuju dengan jumlah gaji yang akan dibayar,”

Menerusi kenyataan media yang dibuat pelakon itu, dedahnya lagi dia sama sekali tidak pernah melarang bekas pemandunya itu untuk membuat kerja lain. Namun dek kerana ianya menjejaskan mutu kerjanya, Che Ta berasa kurang senang selain turut menasihatinya sebelum ini.

“Kalau dia muat naik dalam status di Facebook, cakap kena kerja pada dari jam 7 pagi hingga 12 malam sampai letih. Kenapa tak tulis pula sepanjang masa itu, masa banyak dihabiskan dengan membuta (tidur). Tak cukup saya cakap jangan tidur di sofa di pejabat, dia sambung pula di surau. Sebelah malam pula sanggup ambil kerja lebih masa dengan menjadi pemandu Grab sampai lewat pagi.

“Soal nak buat kerja lain itu saya tak pernah larang, tapi sampai etika kerja jadi ‘ke laut’ hingga tak datang tepat waktunya, apa saya patut beri muka dengan orang macam ini. Banyak kesalahan dan masalah yang ditimbulkan, tapi saya cuba pejam mata. Nampak gayanya, dia cuba menguji tahap kesabaran diri.

“Daripada awal dia bersetuju nak kerja dalam tempoh jam yang panjang. Tapi dalam sepanjang tempoh itu bukan dia kena bekerja pun. Dalam seminggu pun ada kalanya dia hanya perlu datang dalam tiga atau empat hari. Kalau saya bercuti atau tiada dalam KL, tugasnya tidak diperlukan. Malah ada kalanya, Zain yang menjadi pemandu,”  katanya

[VIDEO] Aksi Lucu Che Ta Berlatih Dukung Cucu-"Siap Sedia Awal Tak Kalut"
rozita che wan
https://lomp.at/qkzvx
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Netizen Gemar Lihat Aaisyah Dhia Rana Bersiap-“Cantik Macam Mummy Dia”

by Noah Ab
October 14, 2025

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video...

Read more
Lokal

[VIDEO] Aksi Lucu Che Ta Berlatih Dukung Cucu-“Siap Sedia Awal Tak Kalut”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang sedang mendukung seorang kanak kanak dengan kapsyen yang mencuit hati...

Read more
by Noah Ab
November 26, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Che Ta Bebel Aaisyah Pakai Heels Dalam Rumah-“Kalau Pak Hang Tengok Mengamuk”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel kepada Aaisyah kerana memakai kasut tumit tinggi di dalam...

Read more
by Noah Ab
November 21, 2025
Foto - @rozitachewan1 (IG)
Lokal

Netizen Geram Dengan Watak Che Ta, Ada Yang Luah Minta KKM Tidurkan “Kak Ju”

Setelah sekian lama tidak menghiasi kaca televisyen, pelakon dan model Rozita Che Wan kembali aktif dalam dunia lakonan. Selepas tiga...

Read more
by Nurul A.
December 4, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta Membebel Aaisyah Melaram Tengah Malam- “Nak Pi Mana Hang Ni”

Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video...

Read more
by Noah Ab
October 9, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Bantuan Kanak-Kanak Keluarga B40 Sebanyak RM1000- Jom Mohon Segera!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore