Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Keluar Kenyataan Islamofobia, Ahli SUPER JUNIOR Ini Pilih Untuk ‘Unfollow’ Choi Siwon

by Nurul A.
October 1, 2025
Foto - @siwonchoi (IG)

Foto - @siwonchoi (IG)

Share on Facebook

Tak habis-habis, kali ini nama Choi Siwon menjadi bualan ramai apabila ahli kumpulan SUPER JUNIOR itu telah mengeluarkan kenyataan rasis dan Islamofobia. Kenyataannya itu telah mengundang kemarahan dan ramai yang menggesa penyanyi ini untuk keluar daripada SUPER JUNIOR.

Kontroversi itu semakin memuncak selepas Siwon berkongsi sebuah video dengan kapsyen yang menyebut orang Kristian Nigeria yang enggan meninggalkan kepercayaan mereka selepas kumpulan Muslim telah membakar gereja mereka.

Foto – @siwonchoi (IG) / @paramytatias (Threads)

Warganet menganggap kongsian itu sebagai provokasi dan pendirian Siwon terhadap isu pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza, Palestin.

Selepas berkongsi hantaran yang bersifat rasis dan Islamofobia, Siwon mengeluarkan permohonan maaf serta menjelaskan bahawa hantarannya itu bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan mendapatkan bantuan untuk mangsa di Nigeria.

Foto – Conny407203 (X)

Dan pada 30 September 2025, warganet telah menyedari bahawa ahli SUPER JUNIOR iaitu Kim Heechul telah unfollow Siwon di platform Instagram, mengikuti mengikuti jejak Leetuk dan Yesung.

Walaupun Heechul sebelum ini unfollow Shindong, tetapi warganet merasakan tindakannya kali ini disebabkan oleh kontroversi Siwon.

Foto – @yeyeskies (X)

Untuk pengetahuan semua, dalam industri K-Pop, tindakan unfollow rakan sekumpulan atau seseorang individu sering ditafsir sebagai penarikan sokongan atau percubaan untuk menjauhkan diri daripada kontroversi yang sedang berlaku.

Melihat Heechul unfollow Siwon, ini menguatkan lagi pendapat bahawa SUPER JUNIOR cuba menjauhkan diri daripada kontroversi peribadi Siwon untuk melindungi imej keseluruhan kumpulan itu.

Sekadar info, tekanan terhadap Siwon dan juga agensinya iaitu SM Entertainment semakin meningkat. Peminat global kini telah melancarkan petisyen untuk mengeluarkan Siwon daripada SUPER JUNIOR mengguna hashtag #SIWON_OUT di seluruh platform media sosial.

Apa pendapat kamu?

Kenapa Peminat Gelar Choi Siwon Zionis & Gesa Tinggalkan Super Junior?
choi siwonheechulkim heechul super juniorsiwon super juniorsujusuper junior
https://lomp.at/f0dw1
Share2Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @iqbaljamalulleil (IG)
Lokal

Kongsi Da’i Syed Sudah Bertaubat, Adik Tampil Mohon Maaf

by Nurul A.
January 26, 2026

Penyanyi Syed Iqbal Jamalulleil, iaitu adik kepada pendakwah bebas selebriti Da'i Syed baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka selepas...

Read moreDetails
Lokal

Nubhan Dikecam Netizen Isu Barang Milik Dr Fie Dicampak Keluar Dari Rumah!

by Naddy Joe
December 30, 2025

Nama penyanyi, Nubhan menjadi bualan netizen selepas didakwa bertindak kejam terhadap bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek dengan mencampak keluar...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aliff Aziz ‘Cover’ Lagu & Imbas Momen Mesra Dengan Anak-Anak, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!

by Naddy Joe
January 20, 2026

Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik satu video yang memaparkan dirinya sedang melakukan 'cover' sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore