Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kemerduan Itu Tiada”- Ramli MS Jawab Punca Kool Tersingkir Dari GV6

by Khai Azfar
November 4, 2019
Share on Facebook

Persembahan kumpulan duo Kool bersama penyanyi jemputan Farawahida gagal memukau penilaian juri rancangan Gegar Vaganza musim keenam (GV6) bagi konsert yang keempat apabila gandingan itu mendapat markah tercorot sebanyak 49%.

Kurang Merdu Punca Tersingkir 

Menurut juri tetapnya, Datuk Ramli MS ketika ditemui Murai.my dia menganggap persembahan lagu yang dibawa mereka Siapa Dia Sebelum Aku itu belum cukup untuk melayakkan mereka mara ke minggu seterusnya. Jelas Ramli atau lebih mesra disapa sebagai Tok Ram, melodi lagu itu sebenarnya mudah namun kekurangan nada suara dan kemerduan duo itu antara punca mengapa tersingkir.

“Melodinya senang tetapi mereka kurang dari segi nada dan harmoni. Jadi markah yang perolehi tidak cukup untuk mara ke minggu hadapan”

Tidak Menilai Penyanyi Jemputan 

View this post on Instagram

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kebanyakan penyanyi jemputan dilihat sebagai lebih menonjol daripada para peserta, Tok Ram menegaskan persembahan itu hanya tertumpu pada peserta dan dia sebagai juri sama sekali tidak akan menilai persembahan nyanyian penyanyi jemputan biarpun mungkin sedikit sebanyak membantu dari segi persembahan mereka.

“Saya tidak boleh beri markah lebih kepada penyanyi undangan kerana mereka di sini hanya untuk support yang bertanding,”

Pada minggu hadapan, kesemua sembilan peserta iaitu Wann, Norshila Amin, Feeza, Nurfatima, Sham Visa, Naqiu Boboy, Hady Mirza, Jatt Black Dog Bone dan kumpulan One Nation Emcees akan mempersembahkan lagu bertemakan ‘Curhat’ (curahan hati). Sebagai info, untuk minggu keempat selain diadili juri tetap GV, Tok Ram dan Hetty Koes Endang penyanyi legenda, Datuk Jamal Abdillah turut tampil sebagai juri jemputan.

Markah Penuh Minggu Keempat GV6

  1. Jatt – 77%
  2. Nur Fatima – 76%
  3. Roy – 75%
  4. Hady Mirza – 71%
  5. One Nation Emcees – 69%
  6. Sham VISA – 68%
  7. Naqiu – 63%
  8. Wann – 57%
  9. Feeza – 57%
  10. Noorshila Amin- 53%
What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Gegar Vaganza 2019GV6Kumpulan Kool
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara