Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kemunculan Rahmania Astrini Dalam Single Terbarunya “It’s Amazing”

by Phic ARMAN
July 13, 2018
Share on Facebook

Rahmania Astrini, seorang penyanyi remaja wanita berumur 17 tahun yang berasal dari Bandung, Indonesia ini telah hadir dengan single terbarunya setelah berjaya dengan single pertama yang berjudul “Menua Bersama” yang telah mencapai sehingga 1 juta tontonan di Youtube. Beliau juga pernah menyanyikan semula lagu “Aku Cinta Dia” yang telah dipopularkan oleh Chrisye pada tahun 1985. Rahmania Astrini kini kembali untuk berkongsi identiti muziknya melalui lagu ciptaannya sendiri yang bertajuk “It’s Amazing”.

https://www.instagram.com/p/BiyeCrygxkM/?taken-by=rahmaniaastrini

“It’s Amazing” adalah sebuah lagu yang bergenre alternative soul/RnB. Rahmania membuat sesuatu yang berbeza dari single sebelumnya kerana pada kali ini, beliau ingin menulis sesuatu yang tiada kaitan dengan cinta. Berbeza dengan kebanyakan lagu pop remaja pada umumnya, Rahmania yakin bahawa tidak semua lagu harus bertemakan cinta. “It’s amazing” adalah cerita tentang kehidupan manusia.

Lagu ini merumuskan bahawa tidak semua perkara dalam hidup akan berjalan dengan lancar seperti yang kita rancangkan, dan ada ketikanya kita pasti akan menghadapi masalah dan kesulitan. Tetapi pada akhirnya, jika kita tetap melakukan apa yang kita mahukan dan memiliki keyakinan pada apa yang kita buat, nescaya hasilnya akan menjadi luar biasa. Kita cuma perlu percaya dengan penuh keyakinan terhadap apa yang tersurat.

“Saya dilahirkan dalam generasi dimana yang penuh dengan pancaroba.Kebanyakan anak-anak generasi milenial pada masa kini ingin mencapai sesuatu kejayaan dengan cara yang mudah. Sebenarnya itu tidak salah, tetapi bagi saya mereka akan rugi kerana mereka tidak dapat merasai pengajaran yang penting dalam hidup yang boleh membuat mereka berada di puncak kejayaan untuk jangka masa yang lama”.

Untuk lagu ini, Rahmania turut berkolaborasi bersama Mytha Lestari yang merupakan pengarah vokalnya dan juga membantu Rahmania dalam penulisan bahagian bridge sehingga lagu ini dapat disempurnakan.

Wow! Tur SAMA SAMA Bakal Gegarkan Kuala Lumpur!

Rahmania juga turut bekerjasama dengan Ankadiov, seorang penerbit baru yang pernah bekerjasama dengan beberapa penyanyi seperti Kunto Aji, Teza Sumendra, Wizzy, Ramengvrl, dan ramai lagi. Lagu Rahmania kali ini sangat berbeza dengan single sebelumnya.

“Saya sebenarnya suka dengan muzik berkonsepkan RnB dan selalu mendengar lagu-lagu RnB. “It’s Amazing” ini sangat dipengaruhi oleh muzik RnB yang chill dan saya rasa sangat sesuai dengan gaya saya menyanyi. Saya juga berasa amat seronok kerana dapat menulis lagu sendiri. Dengan segala kisah kehidupan saya sebagai seorang remaja, menulis lagu ini merupakan satu pengalaman yang dapat memulihkan saya daripada tekanan hidup yang saya telah lalui. Dan saya yakin bahawa muzik yang dicipta oleh saya mampu menyampaikan mesej yang boleh memberi inspirasi kepada pendengar di luar sana”

Lagu ini juga telah menjadi cabaran yang baru buat Rahmania Astrini. Rahmania mula meneroka benda baru dan pengalaman baru yang boleh menjadikan muziknya lebih matang.

https://www.instagram.com/p/Bh8jnUSAvqM/?taken-by=rahmaniaastrini

“Saya sungguh teruja dan berharap agar pendengar saya akan menyukai muzik saya sepertimana mereka menyukai karya-karya saya yang lepas. Saya juga berharap agar perubahan ini dapat memberi impak yang positif terhadap perjalanan muzik saya sebagai seorang penyanyi dan penghibur.

ChrisyeKunto AjiRahmania AstriniRamengvrlTeza SumendraWarner Music MalaysiaWizzy
https://lomp.at/jk082
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore