Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kenal Atau Tidak? Ini 5 Fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang Ben Amir

by Jash Lee
May 29, 2021
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tidak mengenali artis lelaki kacak ini, Ben Amir. Namanya mula menjadi sebutan ramai setelah tampil dalam drama ‘Sweet Dream‘ yang digandingkan bersama pelakon cantik, Mira Filzah. Dengan imej berambut panjang, Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Bin Sabaruddin telah membuatkan ramai peminatnya menjadi tidak keruan.

Anda kenal atau tidak dengan pelakon kacak ini yang dilahirkan pada 13 Mei 1990. Ben Amir adalah anak kelahiran Kuala Lumpur dan dia adalah anak keempat daripada lima orang adik-beradik. Ben Amir mula aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2013 hingga sekarang. Mesti ramai pembaca yang ingin tahu 5 fakta menarik tentang Ben Amir. Jom kita tengok!

via Ig

1. Finalis Hero Remaja

Ben Amir pernah menyertai pencarian Hero Remaja dan berjaya menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/2012. Waktu itu, dia berganding disamping nama besar lain seperti Fendy Bakry, Saharul Ridzwan, Shafiq Khyle, Hafidz Ridzwan, Nazrief Nazri, Hafreez Adam dan juga Fattah Amin yang telah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2011/2012.

2. Ben Amir Dan Lisa Surihani Bukan Adik Beradik

via himpunanceritalawak.com

Sebelum ini pernah viral dengan gosip tentang Ben Amir dan Lisa Surihani yang dikatakan adik beradik. Perkara ini tercetus selepas Lisa Surihani yang memuat naik status di laman sosial miliknya.

via YT

Namun begitu, kenyataan yang dibuat Lisa Surihani itu hanyalah gurauan semata-mata. Ia adalah berikutan gambar perbandingan wajah yang menampakkan mereka berdua seakan seiras seperti adik-beradik.

3. Imej Berambut Panjang

via Ig

Pada awal penampilannya dalam industri, Ben Amir berambut pendek, namun kini Ben mula tampil dengan imej baru, berambut panjang. Ternyata imej barunya ini sangat menarik perhatian peminatnya. Kerap menggayakan rambut dengan stail ‘ponytail‘. Ramai yang memuji penampilan terbarunya itu.

Tak Izin Anak Jumpa Bapa Kandung? Adik Bella Astillah 'Sound' Netizen

4. Pernah Digosipkan Dengan Uqasha Senrose

Ben Amir pernah dikatakan yang kononnya telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon jelita, Uqasha Senrose. Gosip itu tercetus apabila Ben Amir dan Uqasha Senrose kerap memuat naik foto bersama. Namun, Ben Amir telah menafikan dan membuat kenyataan yang dirinya dan Uqasha Senrose tidak menjalinkan hubungan dan hanya gandingan bersama dalam drama yang dilakonkannya ketika itu.

5. Wajahnya Yang Dikatakan Sama Dengan Syed Saddiq

via Pinterest

Satu ketika dahulu, akaun instagram Ben Amir pernah dibanjiri dengan mesej peribadi yang ingin mengenalinya dengan lebih dekat kerana tular tentang persamaan wajahnya dengan Ahli Parlimen Muar iaitu Syed Saddiq. Ben sendiri mengaku bahawa dirinya juga pernah mendengar akan desas desus yang mengatakan wajahnya sama dengan Syed Saddiq.

Itulah antara 5 fakta menarik tentang Ben Amir. Bagaimana pula dengan pendapat anda tentang pelakon kacak ini? Harap Ben Amir terus sukses dalam kerjayanya.

ben amirsyed saddiq
https://lomp.at/zpyka
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Misha Omar Tak ‘Koyak’ Kena ‘Sound’ Nampak Tua & Dah Tak ‘Famous’

by Phic ARMAN
April 5, 2026

Alahai… dunia artis ni memang penuh warna, ada manis, ada juga yang boleh buat hati terus “crack”! Itu yang dilalui...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Kamal Adli Titip Ucapan Sempena Hari Lahir Hawra, Netizen Pilu

by Naddy Joe
April 27, 2026

Perkongsian aktor, Kamal Adli mencetuskan rasa sebak netizen selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anaknya, Hawra Uqaira yang ke-2...

Read moreDetails
Insentif

Biasiswa Anak eKasih Diperkenalkan, 10,000 Pelajar IPTA Bakal Terima Manfaat

by Ayu Kamaruddin
March 12, 2026

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan Tinggi terus komited memperluaskan akses pendidikan kepada golongan memerlukan dengan memperkenalkan Biasiswa Anak eKasih. Inisiatif baharu...

Read moreDetails
Lokal

Ziela Jalil Kesal BASS Dikutuk Di Media Sosial?-“Orang Yang Tak Bahagia Akan Terserlah Kelakuan Yang Busuk Itu..”

by Naddy Joe
April 27, 2026

Pelakon, Datuk Ziela Jalil mempersoalkan tindakan pihak terlibat yang bersikap hati busuk terhadap pasangan yang baru mengikat tali pertunangan pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  2. 2

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara