Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Fesyen

Kerana ‘Aura’ Jenama Antarabangsa Ini Jalin Kerjasama Bersama Neelofa

by Khai Azfar
December 6, 2019
Share on Facebook

Bagaikan diulit mimpi! Itulah perasaan yang digambarkan oleh selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa tatkala menerima tawaran untuk bekerjasama dengan sebuah jenama fesyen antarabangsa terkenal Giuseppe Zanotti.

Neelofa Teruja 

Menurut Neelofa, dia tidak menyangka bahawa jenama kasut yang dipakainya sejak awal pembabitan di dalam industri suatu ketika dahulu menyatakan keinginan mereka untuk menghasilkan kasut edisi istimewa bersempena namanya untuk pasaran.

Antara sebab kerana ingin bekerjasama, dedah Neelofa pengasas jenama tersebut berkata dia mempunyai aura tersendiri secara tidak langsung pujian tersebut memberikan satu penghormatan buatnya.

Kongsi Neelofa, sebelum ini dia telah ke butik jenama itu di Milan bersempena dengan sebuah pertunjukan fesyen di Milan awal tahun ini. Malah bagaikan rezeki buatnya, pengasas jenama tersebut, Zanotti secara kebetulan turut berada disitu dan mereka sempat berbual beberapa perkara termasuklah minat Neelofa pada rekaan kasut jenamanya.

“Pertama kali saya berjumpa dengan Giuseppe Zanotti ketika hadir ke pertunjukan fesyen di Milan awal tahun ini. Waktu saya pergi presentation di showroom Giuseppe Zanotti, tak tahu pula Mr Zanotti ada disitu. Saya sempat menyapa Mr Zanotti dan berkongsi dengannya mengenai minat saya pada semua rekaan kasutnya.

Kemudian saya balik ke KL. Selepas beberapa bulan saya terima tawaran daripada mereka yang menyatakan mahu atau tidak saya berkolaborasi dengan Giuseppe Zanotti. Saya macam “Biar betul?” dan minta team saya yang hadir ke sesi perbincangan itu sebab sangkaan awal saya mungkin perkara lain yang mahu mereka bincang. Yalah, macam tak percaya pun ada kan?

Hinggalah selepas semua perbincangan, mereka mengesahkan untuk bekerjaasa dalam rekaan koleksi istimewa ini bersama Giuseppe Zanotti”

Ketika ditemui Murai.my dalam majlis pengenalan dua koleksi kasut khas Giuseppe Zanotti buat Neelofa baru-baru ini, ianya turut dihadiri rakan-rakan selebriti yang lain seperti Jihan Muse, Elfira Loy, Nora Danish dan ramai lagi.

Topik Berkaitan Netizen 'Tegur' Penampilan Raya Noor Neelofa- "Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?"

Dua Koleksi Neelofa Kini Di Pasaran 

Sebagai info, selebriti-selebriti ini juga merupakan penggemar dan pelanggan setia jenama ini kerana memperakui akan keselesaan dan mutu penghasilannya yang cukup kemas dan sempurna.

Dua koleksi kasut tersebut “Dazzling Liza for Neelofa” dan “Mirror Liza for Neelofa” kini mula dijual di butik berkenaan di Pavilion yang berharga RM9,790 dan RM3,890 untuk setiap koleksi.

Lebih membanggakan, Neelofa merupakan artis pertama di Malaysia dan kedua di Asia yang berkolaborasi bersama Giuseppe Zanotti.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Giuseppe ZanottiGiuseppe Zanotti Neelofaneelofa
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

2AM
Fesyen

Pertama Di Malaysia, 2AM Takrif Semula Dunia Kasut

by Nurul A.
September 1, 2026

Jenama kasut berteraskan teknologi dan fesyen, 2AM membuat debut di Malaysia dengan pembukaan kedai standalone pertamanya di IOI City Mall...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara