Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Kerana ‘Bujang’, Hael Husaini Disamakan Dengan Allahyarham Sudirman Hj Arshad

by Khai Azfar
August 18, 2020
Share on Facebook

Sejak dimuatnaik dan diperdengarkan kepada peminat, lagu terbaru dari Hael Husaini berjudul Bujang mencuri tumpuan ramai dengan kelainan yang diberikan.

Suntikan Melodi 80-an

Merupakan hasil nukilannya sendiri dengan kolaborasi mantap oleh komposer penuh berbakat MFMF, lagu ‘Bujang’ diberi suntikan kelainan dengan melodi ala Western 80-an dan sudah menjadi hit seperti karya-karya yang sebelumnya. Berkongsi cerita disebalik lagu ini, menurut Hael atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi lagu Bujang sepatutnya dilancarkan pada April yang lalu, namun ditangguhkan akibat wabak COVID-19 yang melanda negara.

“Ia berkisar tentang seorang lelaki ‘bujang’ yang sedang mencari cinta. Namun begitu dia terus berusaha dalam pencariannya kerana melihat orang di sekelilingnya yang mempunyai pasangan dan teman hidup.”

“Idea ini tercetus kerana status saya yang masih bujang dan kebanyakkan teman teman rapat saya juga masih bujang, Maka terhasillah lagu ini mewakili kaum ‘bujang’ di luar sana”

Ketika ditanyakan mengenai rahsia Hael dalam penghasilan lagu-lagu hit, menurut Hael dia tidak mempunyai sebarang rahsia dan hanya akan berkarya apabila sudah bersedia mahupun mempunyai sebarang idea atau inspirasi untuk sesebuah lagu.

“Jujur saya katakan saya tidak akan ke studio jika tiada idea, saya tidak akan hasilkan sesebuah lagu secara paksaan, nanti ‘jiwa’ untuk lagu itu pasti serba tidak kena. Namun jika idea dan inspirasi itu datang, memang saya akan ‘all out’ dalam penghasilan sesebuah lagu itu.”

“Saya berharap agar single ‘Bujang’ dan lagu-lagu saya diterima ramai dan berjaya mendapat perhatian pendengar. Selain itu, saya dan pihak pengurusan bakal menyiapkan sebuah album penuh yang pertama dalam tahun ini. Saya jangkakan ada beberapa lagu baharu yang akan turut dimuatkan dalam album tersebut. Impian saya juga adalah menginginkan sebuah konsert berskala sederhana seiring dengan pelancaran album saya nanti.” katanya kepada edaran Murai.my

Mengingatkan Pada Sudirman 

Dalam perkembangan lain, menerusi carian Murai.my terkini dalam video muzik Bujang yang kini mendapat lebih dari 240 ribu tontonan, rata-rata peminat memuji idea kreatif yang ditonjolkan oleh penyanyi ini.

Hael Husaini Hadir Dengan Dua Single Terbaharu: 'Peluk' & 'Alangkah'

Selain berterima kasih kerana berjaya membangkitkan kembali ritma 80-an, ada diantaranya juga melihat Hael sama seperti Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Bukan sahaja kerana nyanyiannya, malah lagu-lagu yang malar segar serta unik memperlihatkan Hael mempunyai langkah yang sama seperti pelantun Pelangi Petang itu.

YouTube video

Error happened.
hael husainiHael Husaini Bujang
https://lomp.at/e5z04
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara