• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Kes Saman Langgar Kontrak Awal Ashaari, Perbicaraan Bermula Hari Ini

by Zaidin Albert
April 4, 2022
Share on Facebook

Firma pengurusan krisis SAIFUL RIDZUAN PUBLIC RELATIONS AND COMMUNICATIONS hari ini memaklumkan bahawa saksi-saksi plaintif dari Naz Carpentry akan memberi keterangan diikuti dengan defendan, hos televisyen Awal Ashaari. Ini bagi perbicaraan kes saman pelanggaran kontrak yang dijalankan melalui atas talian menerusi aplikasi Zoom di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak yang berlangsung pada hari ini.

Pengurus krisis dan jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications mengesahkan yang perbicaraan kes saman sivil itu bermula pagi tadi. Perbicaraan akan berjalan selama tiga hari dan akan bersambung pada dua hari seterusnya, 5 dan 6 April.

“Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi,” kata Saiful Ridzuan.

Saman yang difailkan oleh plaintif pada Februari tahun lepas itu mendakwa defendan, Awal Ashaari, melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru beliau dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Plaintif, dalam samannya, menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.

“Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan oleh pihak defendan sebelum ini maka barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan,”- ujar Nurul Hafidzah.

Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mendakwa pengacara televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan fitnah, melakukan pembulian siber dan ugutan undang-undang tanpa henti melalui akaun media sosial beliau.

[VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan
awal ashaari
https://lomp.at/vxs5w
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

“Saya Menangis Setiap Kali Tinggalkan Anak” – Uqasha Senrose Dedah Nelydia Jadi Penyelamat Rumah Tangganya

by Puteri Alia
October 16, 2025

Pelakon jelita, Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja menjadi sumber kekuatan hidupnya, tetapi juga guru...

Read more
Lokal

[VIDEO] Che Ta Ajar Aaisyah Basuh Pinggan & Cawan Ikut Susunan Raih Perhatian Ramai!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Che Ta yang membebel oleh kerana Aaisyah salah susunan ketika membasuh pinggan dan...

Read more
by Noah Ab
November 6, 2025
Lokal

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Pergi Kelab”- Beego Nafi Ligat Berhibur, Dakwa Cuma Hadir Majlis Hari Jadi

Pelakon dan pengarah, Beego, tampil menjernihkan keadaan selepas tersebarnya dakwaan kononnya dia dilihat berhibur di kelab malam bersama beberapa rakan...

Read more
by Puteri Alia
October 23, 2025
Lokal

“Dah Anak Tiga Pun Tak Pandai Masak” – Ayda Jebat Akui Masih Belajar Demi Pikat Selera Suami

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat berkongsi sisi lucu rumah tangganya apabila mengakui masih belum mahir memasak meskipun kini sedang menantikan...

Read more
by Puteri Alia
October 29, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Saat Bersama Tun Hasmah

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang menangis ketika menyanyi sambil diiringi violin yang dimainkan oleh Tun Dr...

Read more
by Noah Ab
September 4, 2025
Foto - @iambobbydeol (IG)
Bollywood

Bobby Deol Kompelin Tentang Nafas Busuk Heroin ‘Gupt’ Kepada Pengarah- “Mulut Dia Busuk!”

Insiden ngeri ini berlaku kepada aktor Bollywood, Bobby Deol semasa penggambaran filem kedua dalam kerjayanya, yang tidak dapat dia lupakan...

Read more
by Nurul A.
November 10, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Eidress ‘Backup’ Anzalna Buatkan Netizen Terhibur-“Tak Nak Mummy Baru…”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Anzalna membaca komen netizen yang menanyakan adakah anaknya iaitu Eidress mahukan ibu yang...

Read more
by Noah Ab
November 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Afwa Bawa Motor Buatkan Peminat Teruja-“Dengan Dua Anak Saudara Sekali Naik”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang membawa motor polis mainan miliknya itu dan membonceng dua anak saudaranya...

Read more
by Noah Ab
October 30, 2025
Lokal

“Dolla Boleh Kahwin Bila-Bila” – Universal Music Nafi Wujud Kontrak Larangan Berumah Tangga

Pengarah Kanan Pengurusan Artis Universal Music Malaysia, Hermond Cheng tampil menafikan dakwaan kononnya ahli kumpulan Dolla dikenakan denda sekiranya berkahwin....

Read more
by Puteri Alia
October 7, 2025
Lokal

Elly Mazlein Payung Lagu Rock “She’s Gone” Netizen Teruja-“Nak Heran Apa, Dia Penyanyi”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Elly Mazlein yang menyanyikan lagu rock inggeris iaitu She's Gone semasa beliau menjadi...

Read more
by Noah Ab
September 8, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Cik B & Leona Rancang Lokasi Percutian, Curi Perhatian Netizen-“Gini Rupanya Perbualan T20..”

  2. 2

    [VIDEO] Siti Nurhaliza Bercuti Bersama Keluarga Di Jepun, Telatah Afwa Curi Perhatian Netizen

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terhibur Lihat Hael Husaini ‘Call’ Afwa Suruh Simpan Telefon Siti Nurhaliza

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    [VIDEO] Fatima Menangis Terharu Fazura Belikan ‘Blind Box’ Berharga RM1,500…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore