Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Akan Berakhir? Kim Kardashian Umum Penutupan KKW Beauty

Bintang realiti  berusia 40 tahun itu berjanji akan kembali dengan produk baru di masa hadapan

by Naddy Joe
July 7, 2021
Share on Facebook

Berita sedih buat penggemar rangkaian kosmetik dan kecantikan berjenama KKW Beauty yang dihasilkan oleh Kim Kardashian,  beliau membuat pengumuman bahawa KKW Beauty dan laman webnya akan ditutup pada bulan Ogos ini.

Akan Kembali Dengan Produk Baru Di Masa Hadapan

Bintang realiti  berusia 40 tahun itu berjanji akan kembali dengan produk baru di masa hadapan, dan mendedahkan ia akan berada di bawah “jenama yang baru” kerana dia ingin menghasilkan barisan produk “yang lebih moden”.

“Kepada pelanggan setia kami, ianya bermula dengan kit contour dan berkembang ke mata, bibir, badan, dan banyak koleksi luar biasa selama empat tahun terakhir.”-Kim Kardashian

Perubahan Besar Dalam Karier Setelah Bercerai Dengan Kanye West

Perubahan yang besar dalam kehidupan kariernya berlaku hanya beberapa bulan setelah dia melakukan perubahan yang besar dalam kehidupan peribadinya dengan menfailkan penceraian terhadap suaminya, Kanye West.

“Pada 1 Ogos tengah malam, kami akan menutup laman KKWBeauty.com supaya kami dapat kembali kepada anda di bawah jenama yang baru dengan formula baru yang lebih moden, inovatif, dan penampilan baru yang lebih tinggi dan lestari.”-Kim Kardashian

Luah Rasa Teruja Untuk Luaskan Rangkaian Produk

Kim Kardashian turut meluahkan rasa terujanya untuk mengembangkan dan memperluaskan rangkaian produknya.

“Saya teruja untuk terus mengembangkan dan memperluas rangkaian produk saya dan untuk anda dapat mengalaminya seperti yang selalu saya bayangkan.”-Kim Kardashian

“Di samping itu, pasukan saya bekerja keras untuk memperbaiki pengalaman pelanggan membeli belah di mana anda dapat membeli tawaran kosmetik dan kecantikan saya dalam semua kategori dari satu laman web. Terima kasih kerana telah lakukan perjalanan yang luar biasa ini bersama saya, dan saya berjanji kami tidak akan pergi terlalu lama.”-Kim Kardashian

Walaupun telah mengemukakan tuntutan untuk bercerai, bintang realiti itu menandatangani nota itu dengan nama penuh perkahwinannya.

“XO, Kim Kardashian West”.- Kim Kardashian

via @kimkardashian

Apakah produk baru yang akan dilancarkan oleh Kim Kardashian ya?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kanye Westkim kardashianKKW Beauty
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kitelikenerves (IG)
Spotlight

Penyanyi Pop Indonesia, HNATA Kembali Dengan Single Baharu “nothing stays the same”

by Nurul A.
July 14, 2026

Penyanyi pop Indonesia HNATA kembali dengan single baharu daripada album sulungnya yang akan datang, SAYONARA! bertajuk "nothing stays the same"....

Read moreDetails
Khairul Aming Maskot
Spotlight

[VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

by Nurul A.
August 12, 2026

Tiada siapa sangka bahawa wajah usahawan Khairul Aming, atau lebih dikenali dengan panggilan KA, 'dipinjam' menjadi maskot bagi sebuah rumah...

Read moreDetails
Cristiano
Spotlight

Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

by Nurul A.
August 3, 2026

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Georgina Rodriguez. Bintang itu dikatakan akan berkahwin pada hujung...

Read moreDetails
Foto - @nadiyah.shahab (IG)
Spotlight

Nadiyah Shahab Perjelas Dakwaan Pegang Haiwan Berupa Serigala- “I Dah Sertu”

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini pelakon Nadiyah Shahab menjadi perhatian ramai selepas berkongsi gambar bersama beberapa ekor haiwan yang didakwa serigala. Menerusi perkongsiannya...

Read moreDetails
Dolly Parton
Spotlight

Ratu Muzik Country, Dolly Parton Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

by Nurul A.
August 26, 2026

Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Eyra Hazali Bunian
Spotlight

[VIDEO] “Adik Beradik ‘Cop’ Saya Bunian”- Eyra Hazali

by Nurul A.
August 20, 2026

Pelakon Eyra Hazali mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah misteri mengenai kelahirannya. Menerusi podcast Sembang Seram, Eyra mendakwa kejadian itu...

Read moreDetails
Maamor Jantan
Spotlight

Maamor Jantan Bawakan Keunggulan Seni Cat Air ke Janda Baik

by Nurul A.
August 12, 2026

Seniman cat air tersohor Malaysia, Maamor Jantan bakal mempersembahkan koleksi cat air terbarunya, Interaksi Alam menerusi sebuah pameran yang akan...

Read moreDetails
Anjing Aamir Khan
Spotlight

Tuai Kontroversi, Aamir Khan Pernah Namakan Anjingnya Sebagai “Shah Rukh Khan”

by Nurul A.
August 8, 2026

Ketika mempromosikan filem 'Sitaare Zameen Par', Aamir Khan telah berkongsi pandangan mengenai pelbagai fasa dalam kehidupannya. Kongsiannya itu termasuklah fasa...

Read moreDetails
Spotlight

Sid Sriram Kembali ‘Take Over’ KL, Heart & Soul 4.0 Dijangka Gegar Unifi Arena

by Phic ARMAN
July 17, 2026

Sid Sriram bakal kembali menemui peminat Malaysia menerusi Heart & Soul 4.0 Live in KL 2026, dan kalau melihat rekod...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara