Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update

Kisah Sedih Penjaga Gol Palestin Yang Maut Di Gaza, Tinggalkan Isteri Hamil

by Phic ARMAN
July 2, 2026
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Di saat ramai sedang menantikan kelahiran cahaya mata pertama, seorang penjaga gol Palestin pula tidak sempat menikmati detik paling bermakna dalam hidupnya.

Penjaga gol Palestin, Saleem Al-Ashqar, dilaporkan maut awal minggu ini di Gaza selepas terbunuh dalam serangan tentera Israel, menurut kenyataan Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) yang dipetik Anadolu Ajansi.

Pemergian Saleem bukan sahaja meragut seorang atlet yang berbakat, malah merampas masa depan sebuah keluarga yang baru dibina. Lebih memilukan, beliau baru lima bulan bergelar suami, manakala isterinya kini sedang hamil anak sulung mereka.

Anak yang bakal dilahirkan itu tidak akan berpeluang mengenali insan yang sepatutnya menjadi tempat bergantung dan pelindung buat seumur hidup.

Menurut PFA, Saleem merupakan antara ratusan penggiat sukan Palestin yang terkorban sejak konflik memuncak pada Oktober 2023. Persatuan itu turut memaklumkan lebih 1,000 atlet Palestin dilaporkan telah kehilangan nyawa sepanjang tempoh tersebut.

Berita pemergiannya mengundang rasa pilu dalam kalangan ahli keluarga, rakan sepasukan dan komuniti bola sepak di seluruh dunia yang berkongsi ucapan takziah serta penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Kelab bola sepak Chile, Deportivo Palestino, turut meluahkan rasa dukacita menerusi satu kenyataan.

“Kami amat berdukacita atas pemergian tragis penjaga gol Palestin berusia 32 tahun, Saleem Al-Ashqar. Beliau terbunuh di tangan tentera Israel. Kami amat sedih melihat insiden seumpama ini terus berlaku dan menyeru agar keadilan serta keamanan ditegakkan.”

Di sebalik angka korban yang semakin meningkat, kisah Saleem mengingatkan dunia bahawa setiap nyawa yang terkorban mempunyai impian, keluarga dan masa depan yang tidak sempat disempurnakan. Kini, yang tinggal hanyalah kenangan buat insan tersayang serta seorang anak yang bakal membesar tanpa sempat memeluk ayahnya sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
3
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Saleem Al-Ashqar
Share8Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Update

“Komen Tu Biarlah Cerdik Sikit”- Ustaz Amin Idris Tak Berdiam Diri Isu UIA

by Phic ARMAN
July 2, 2026

Media sosial sekali lagi menjadi medan perdebatan apabila satu hantaran yang dipercayai dibuat sekadar mahu mencetuskan kemarahan (ragebait) mengundang perhatian...

Read moreDetails
Update

Jangan Tertipu! AirAsia Dedah Taktik Sindiket Guna Portal Kerjaya Palsu

by Phic ARMAN
June 18, 2026

Syarikat penerbangan AirAsia tampil mengeluarkan peringatan kepada orang ramai, khususnya pencari kerja, agar lebih berhati-hati terhadap kewujudan laman web palsu...

Read moreDetails
Update

Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

by Phic ARMAN
July 13, 2026

MURAI rasa ini antara kisah yang memang buat ramai naik darah. Apa yang sepatutnya menjadi rutin membeli barangan dapur bertukar...

Read moreDetails
Berita

Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

by Phic ARMAN
June 30, 2026

Saluran TV6 RTM yang menjadi rumah kepada pelbagai rancangan klasik dan nostalgia buat rakyat Malaysia akan menamatkan siarannya bermula 1...

Read moreDetails
Insentif

Lepasan SPM Ambil Perhatian! JPA Buka 640 Tawaran Penajaan Tahun 2026

by Phic ARMAN
June 19, 2026

Rezeki buat pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)! Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) kini menawarkan sebanyak 640...

Read moreDetails
Foto - MILO® Malaysia Breakfast Day 2026
#ApaPlan

MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 Satukan 10 Ribu Komuniti Pelbagai Etnik Di Sarawak

by Nurul A.
June 16, 2026

Menandakan kepulangannya ke Malaysia Timur untuk persinggahan ketiga, inisiatif MILO® Malaysia Breakfast Day 2026 di seluruh negara sekali lagi membawakan...

Read moreDetails
Update

Faizal Tahir Kembali Dengan Lagu Patriotik Baharu, Aku Berjanji

by Phic ARMAN
July 21, 2026

Mood patriotik dah mula terasa! Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang (MPBKKJG) 2026 secara rasminya dilancarkan hari ini oleh...

Read moreDetails
Update

Luahan Zizie Izette Buat Ramai Sebak- “Saya Ibu Tunggal Sekarang…”

by Phic ARMAN
July 20, 2026

Selepas tujuh tahun melalui episod yang cukup mencabar dalam hidupnya, pelakon Zizie Izette akhirnya boleh menghela nafas lega apabila dibebaskan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Putera William Berang Apabila Isteri Diminta Tukar Ejaan Nama Kerana Ibu Tiri

  5. 5

    [VIDEO] Tiba-Tiba Jadi Maskot Rumah Sukan, Reaksi Khairul Aming Buat Ramai Berdekah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara