Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Seram! Selain Lady Gaga, 6 Artis Hollywood Kongsi Cerita Diganggu Hantu!

by Puteri Alia
June 15, 2021
Foto - Time Magazine/Insider

Foto - Time Magazine/Insider

Share on Facebook

Tiada siapa yang mahu diganggu dengan entiti halus termasuklah selebriti Hollywood sendiri, tapi malangnya perkara yang tidak dingini itu berlaku jua dan ramai juga sebenarnya selebriti ternama pernah di ganggu dengan hantu!

Ini antara kisah yang menyeramkan pernah berlaku pada selebriti-selebriti popular ini menurut Liputan6, jom intip pengalaman mereka di bawah.

#1 Lady Gaga

Foto – Insider

Siapa sangka pelatun lagu ‘Bad Romance’ ini juga pernah mengalami detik yang menyeramkan, Lady Gaga menceritakan bahawa dirinya pernah diekori bayang seorang lelaki yang dikenali sebagai Ryan.

Bayang tersebut sentiasa memerhatikan dan mengikuti Lady Gaga dan membuatkan penyanyi popular ini rasa terganggu dengan entiti halus tersebut, sampai Lady Gaga memanggil pemburu hantu dan sehingga sekarang tiada siapa tahu apakah Ryan masih mengekori Lady Gaga atau sebaliknya.

#2 Ariana Grande

Foto – L’Officiel Baltic

Wanita genit ini juga pernah melalui pengalaman yang menyeramkan, di mana Ariana dan rakan-rakannya membuat pemujaan untuk memanggil hantu!

Semasa upacara pemujaan dilakukan Ariana tercium bau sulfur dan merasakan hantu yang diseru datang, dan hal ini membuatkan Ariana dan rakan-rakannya berasa takut dan segera pulang ke rumah masing-masing.

Ariana menyatakan semasa dirinya sedang tidur, dirinya terdengar bunyi suara dan bisikan dan ketika Ariana membuka mata kelihatan bayang besar berada dengan dengannya!

#3 Demi Lovato

Foto – The Jakarta Post

Demi Lovato menyatakan bahawa sewaktu dirinya masih kecil, wanita ini mengakui mempunyai kawan imaginasi yang dipercayai adalah hantu ketika masih tinggal di rumah lama keluarganya.

Dan dalam satu rancangan yang dihadiri pemburu hantu, mereka juga menyatakan bahawa memang terdapat jejak hantu di rumah lama Demi Lovato.

#4 Jessica Alba

Foto – Glamour

Aktres jelita ini mengakui pernah di tindih oleh entiti halus dan mengalami mimpi buruk, kemudian apabila dirinya tersedar dari mimpi tersebut dirinya merasakan terdapat makhluk halus berada di atas tubuhnya.

[VIDEO] Aisha Retno Kongsi Momen Bertemu Ariana Grande & Cynthia Erivo, Netizen & Rakan Selebriti Teruja!

Pada waktu itu Jessica dapati dirinya tidak mampu mengeluarkan suara atau bergerak dan hanya terpaku, perkara itu berlaku semasa dirinya masih kecil dan memori tersebut diingati sehingga kini.

#5 Miley Cyrus

Foto – Time Magazine

Penyanyi dan pelakon serba boleh ini juga pernah melalui detik menyeramkan bila mana Miley sendiri menyatakan bahawa dirinya seperti diperhatikan, dan semua ini berlaku apabila tinggal dalam sebuah pangsapuri yang dikatakan berhantu.

Selain itu kejadian aneh berlaku sewaktu dirinya sedang mandi, suhu air menjadi panas secara mendadak walhal dirinya tidak pernah menyentuh mod tersebut dan ketika di bilik pula Miley merasakan ada sesuatu duduk di hujung katilnya. Seramnya!

#6 Joan Rivers

Foto – Variety

Pernah satu ketika dirinya ingin membeli sebuah pangsapuri mewah di New York dan melawat pangsapuri tersebut, ketika memasuki rumah tersebut Joan merasakan terdapat sesuatu yang kurang menyenangkan hingga buat bulu romanya berdiri.

Apatah lagi anjing kesayangannya juga tidak berani menjejaki ke dalam rumah itu, dan apabila diselidiki rumah tersebut sebelum ini adalah milik wanita bernama Spencer yang telah meninggal dunia dan merupakan penunggu di rumah tersebut.

#7 Michelle Willams

Foto – Huff Post

Wanita ini pernah melihat roh bekas tunangnya iaitu Heath Ledger, dan Michelle akui bahawa dirinya telah dua kali melihat roh aktor tersebut.

Michelle juga menceritakan bahawa dirinya tidak berasa takut dengan situasi tersebut, apatah lagi roh bekas tunangnya itu memohon maaf kerana tidak dapat besarkan anak perempuan mereka bersama.

Tak sangkakan selebriti terkenal pun pernah lalui perkara seperti ini.

ariana grandedemi lovatoHantujessica albalady gaga\megan foxMiley Cyrusseram
https://lomp.at/p8nm3
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore