Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Kreatif! Jom Intai 5 Makanan Yang Bertemakan COVID-19

by Aphit J.
April 11, 2020
Share on Facebook

Pandemik COVID-19 telah memberikan kesan yang besar kepada semua sektor termasuklah sektor pemakanan. Banyak restoran yang terpaksa menutup seketika dan ada yang mencari alternatif untuk menjadikan makanan mereka nampak menarik.

Menurut CNN Travel, ada beberapa restoran di seluruh dunia mengambil peluang ini untuk memasarkan lagi nama restoran dengan menjadikan makanan bertemakan COVID-19 sebagai salah satu sajian mereka.

Burger Corona

via FMT

Sebuah restoran Pizza Home di Hanoi, Vietnam ada menjual burger yang berbentuk virus COVID-19. Roti yang digunakan oleh pihak restoran nampak berbeza dari roti yang selalu digunakan di mana roti ini berwarna seakan teh hijau dan mempunyai ‘mahkota’ kecil untuk menjadikanya kelihatan seperti gambar virus yang dilihat di bawah mikroskopik.

Telur Easter Corona

via deStandart

Seorang pakar cokelat di Perancis telah menghasilkan telur Easter yang dimodelkan berbentuk seakan virus corona. Menurut Business Insider, Jean-François Pré muncul dengan idea itu sebagai jenaka selepas kecewa kerana sentiasa mendengar tentang penyebaran virus itu.

Kek Corona

via Al Bawaba

Disebabkan peningkatan jumlah yang terjangkit dengan COVID-19 di Itali semakin meningkat, pemilik kedai Gelateria Infinito, Andrea Schiroli menyatakan bahawa masalah tidak dapat diselesaikan dengan kesedihan dan ketakutan dan dengan itulah dia menghasilkan kek Corona ini.

Cupcakes Corona

via RT

Di Kalkota, India, seorang pemilik kedai bakeri telah menghasilkan cupcakes yang dijual bersama kek berbentuk Corona. Menurut RT.com, ada sesetengah yang memuji dengan penghasilannya dan ada yang menyifatkan perkara ini tidak menjaga sensitiviti masyarakat di sana.

Kek Berbentuk Gulungan Tisu Tandas

via KL Foodie

Malaysia juga tidak terlepas dengan idea yang kreatif. Munurut KL Foodie, Lepontboulangerie telah menghasilkan kek yang berbentuk gulungan tisu tandas berperisa cokelat. Jika dilihat dengan terperinci, kek ini sama seperti tisu tandas di rumah anda. Mungkin ini salah satu humor yang cuba disampaikan oleh pemilik kedai berkaitan dengan COVID-19.

Dapat dilihat dalam situasi sebegini, kita seharusnya bersifat lebih kreatif dan positif dalam menangani virus ini. Perlu diingat, masalah tidak dapat diselesaikan dengan kesedihan dan ketakutan.

Error happened.
covid-19cupcakes coronakek coronakek tisu tandasmakanan bertemakan coronatelur easter corona
https://lomp.at/gae2i
Share5Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara