• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kronologi Kisah Cinta Engku Emran & Bella Hingga Akhirnya Bercerai

by Phic ARMAN
July 1, 2020
42
KONGSIAN
Share on Facebook

Tiada siapa yang boleh menyangka rumah tangga Engku Emran & Laudya Cynthia Bella hanya bertahan begitu singkat begini. Berita mengenai perceraian itu dijelaskan langsung dari Laudya Cynthia Bella yang mengatakan bahawa dia dan Emran telah menamatkan perkahwinan dengan baik.

Berikut Murai MY kongsikan kronologi di sebalik perjalanan cinta Bella dan Emran, dari awal pertemuan, perkahwinan, masalah rumah tangga hingga akhir perceraian.

Pada Awal Percintaan – Mac 2017

Via WinNetNews

Sebelum pasangan ini bercinta, Bella telah putus dengan tunangnya, Afiuddin Suhaeli. Setelah berpisah dengan tunangnya, Bella dikatakan mulai rapat dengan Emran.

Percintaan mereka berdua dapat mula dihidu oleh peminat ketika Bella menyiarkan foto Emran di akaun Instagramnya.  Percintaan Bella dengan Emran turut diusik oleh rakan artis, Nora Danish dan suaminya Nedim Nazri pada Mac 2017.

Emran adalah seorang duda dengan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat media Synergy Bhd sejak 2009. Sebelum berkahwin dengan Bella, Emran telah berkahwin dengan Erra Fazira, dan mempunyai seorang anak bernama Aleesya.

Bernikah Pada 8 September 2017

Via BH ONline

Bella pernah berkata bahawa dia dan Emran saling kenal selama lima bulan sebelum akhirnya memutuskan untuk berkahwin.

Aakhirnya ada bulan Mac 2017, Bella dan Emran memutuskan untuk berkahwin pada 8 September 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Pada 8 Oktober 2017, mereka mengadakan majlis resepsi untuk rakan dan keluarga di InterContinental Hotel & Resort di Dago Pakar, Bandung, Jawa Barat.

Berulang alik antara Indonesia dan Malaysia

Setelah berkahwin dengan Emran, Bella tinggal di Malaysia. Bella berkata, suaminya memahami kerjanya sebagai selebriti.

Sebenarnya, Emran telah bagi restu untuk meneruskan kerjayanya di Indonesia. Oleh itu, artis berusia 32 tahun ini sering kembali ke Indonesia pada hujung minggu untuk bekerja.

Erra Fazira Nikah 12 Disember Ini Dengan Ezwan Zain - "Mohon Doa Dari Semua Supaya Ia Berlangsung Dengan Baik"

Kemelut Rumah Tangga Pada Penghujung Tahun 2019

Pada penghujung tahun 2019, kemelut rumahtangga Bella dan Emran sudah dihidu oleh orang ramai.

Berita buruk datang ketika Bella memuat naik foto bersama suaminya melalui IG Story Instagramnya. Dalam foto tersebut, Bella menulis bahawa itu adalah foto terakhir bersama suaminya yang dimuat naik ke media sosial.

Alasannya, Bella mengatakan ramai wanita lain yang cuba untuk menggoda Emran.

Saling Unfollow – Jun 2020

Berita mengenai kemelut rumah tangga pasangan ini berterusan sehingga mereka berdua menghapuskan foto dan berhenti mengikuti akaun Instagram. Bella diketahui tidak lagi mengikuti akaun Instagram suaminya dan tidak pernah menyatakan alasannya.

Pada hari Khamis (25/6/2020), Emran juga menghapus semua foto Bella di akaun Instagram yang telah berubah nama, @narmeukgne.

Tidak hanya itu, Emran juga mengubah foto profilnya yang sebelumnya menjadikan foto Bella dan anaknya Aleesya sebagai foto profil. Bio akaun Emran Instagram juga telah berubah dengan tulisan “RCC11177 IronmanMY 2018 636 Tridaddy”.

Terjawab Sudah, Pasangan Ini Akhirnya Bercerai

Setelah lama menjadi tanda tanya di kalangan peminat dan media mengenai berita keretakan rumah tangganya, Bella akhirnya bersuara. Dalam penjelasannya, Bella mengatakan bahawa dia telah berpisah dengan suaminya dengan baik. Keputusan itu telah menjadi perjanjian bersama antara dia dan Emran.

Sementara itu, Bella berkata dia memerlukan sokongan dalam menangani keadaan yang sedang dihadapi.

“Saya minta maaf jika ada kata-kata saya yang kurang menyenangkan, saya memerlukan sokongan dari semua rakan saya, tolong sokong dan doakannya,” katanya kepada Inserlive

engku aleesyaengku emranLaudya Cynthia Bella
https://lomp.at/otefe
Share25Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

by Iffah Najwa
January 14, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang pengguna mendakwa menemui serpihan seperti logam di dalam makanan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

by Farah Fatihah
January 17, 2026

Kalau kalian nak tahu, untuk rasa suasana macam melihat "sakura Jepun", sebenarnya tak perlu pun pergi jauh sampai ke Jepun....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  3. 3

    “Benda Berkilat Dalam Kubis Goreng” Buat Pelanggan Trauma, Netizen Bongkar Puncanya

  4. 4

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  5. 5

    Sakura Di Malaysia? Spot Bergambar Ala Jepun Yang Ramai Tak Tahu Di Johor Bahru!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore