• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Kuasa Talak Bukan Pada Saya” – Nora Ariffin Nekad Keluar Dari Lingkaran Toksik Walau Suami Enggan Lepaskan

by Puteri Alia
August 11, 2025
Share on Facebook

“Saya sudah buat apa yang sepatutnya, tapi kuasa talak bukan pada saya. Jadi, kepada pihak-pihak tertentu, kalau mahu berhujah atau berbuat apa-apa lagi, silakan berhujah dengan suami puan.”

Demikian tegas penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin, 52, yang berdepan kemelut rumah tangga dengan suaminya, Dr Rushdi Ramli, 59, apabila proses laporan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi tuntutan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling masih belum menemui kata putus.

Mahkamah menetapkan 3 September depan bagi urusan hakam, iaitu proses melantik wakil pihak suami dan isteri untuk mencari jalan penyelesaian terhadap pertikaian rumah tangga mereka. Menurut Nora, dia sudah bersedia dari awal untuk mengakhiri perkahwinan yang dibina sejak empat tahun lalu, namun suaminya masih mahu mempertahankan hubungan tersebut.

“Saya tidak mahu masuk campur lagi dan kalau boleh, saya mahu segera keluar daripada lingkaran toksik ini. Tetapi perbicaraan tadi dipanjangkan kerana Rushdi masih mahu meneruskan dan saya pula tidak akan menarik balik permohonan cerai itu. Jadi, kita perlu ke peringkat seterusnya iaitu hakam,” jelasnya. Nora menegaskan, pendiriannya tidak akan berubah walaupun pihak suami terus berusaha mempertahankan rumah tangga.

Kisah rumah tangga pasangan ini mula menjadi perhatian umum pada 12 Ogos tahun lalu apabila Nora memuat naik video di Instagram yang memaparkan Rushdi melafazkan cerai terhadapnya. Video itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan dakwaan sehingga mendorong beliau memfailkan tuntutan cerai pada 21 April lalu.

Nora dan Rushdi bernikah pada akhir 2021, dengan Rushdi merupakan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara. Sebelum itu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi, pada 1992, dan dikurniakan empat cahaya mata. Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Nora Ariffin Puji Tindakan Pantas Rossa Terhadap Isu Royalti Lagu 'Sinaran'-"Hak Cipta Adalah Amanah.."

Bagi Nora, perjuangannya kali ini adalah untuk melepaskan diri daripada hubungan yang dirasakan tidak lagi membawa kebahagiaan. Namun, langkahnya itu masih bergantung kepada proses undang-undang yang menetapkan kuasa talak bukan di tangannya.

nora ariffin
https://lomp.at/60qss
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Social Buzz kembali lagi dengan video yang menjadi buala hangat di laman TikTok. Penampilan YTM Tunku Sulaiman Badlishah, putera kepada...

Read moreDetails
Filem

Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Setiap kejayaan yang kita lihat hari ini pasti ada cerita di sebaliknya, dan bagi Datuk Yusof Haslam, legenda industri hiburan...

Read moreDetails
Berita

Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

by Naddy Joe
January 2, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan DOLLA, iaitu Sabronzo sentiasa menjadi tumpuan netizen disebabkan penampilannya yang seksi. Terkini, dia kembali mengundang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Langkah Tenang Putera Diraja Tunku Sulaiman Ini Buat Ramai Terpukau

  2. 2

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  3. 3

    Kisah Lama Yusof Haslam: ‘Arwah Menangis Minta Saya Buat Kerja Lain’

  4. 4

    Penampilan Sabronzo Dalam Dres Singkat Undang Pelbagai Reaksi Netizen

  5. 5

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore