Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Biar Betul! 6 Hidangan Ini Hanya Menggunakan Lebihan Kulit Epal

by Naddy Joe
January 15, 2021
Share on Facebook

Kebiasaannya apabila anda menggunakan buah epal untuk menghasilkan pai, kek, muffin, dan sebagainya, sudah tentu kulitnya terus dibuang begitu sahaja. Tetapi tahukah anda bahawa terdapat pelbagai sajian dan minuman menarik hanya menggunakan kulit epal sahaja. Anda ingin tahu dengan lebih lanjut? Scroll sampai habis okay!

Teh Kulit Epal

Anda hanya perlu rendamkan kulit epal ke dalam air yang mendidih, bersama kulit kayu manis dan madu. Kulit epal dapat menghasilkan teh yang menenangkan.

Bonus: Gunakan kulit epal merah dan anda akan dapat menghasilkan minuman berwarna merah jambu yang indah.

Jus Kulit Epal

Sering kali apabila membeli epal untuk menghasilkan jus, anda akan meninggalkan lebihan kulit epal yang sangat banyak. Sekiranya anda menyukai jus epal, jangan buang kulitnya.

Anda hanya perlu rebus kulitnya ke dalam air dan biarkan ia sehingga mendidih. Ia juga akan menghasilkan lebih banyak jus epal.

Smoothie Kulit Epal

Ingin menambahkan lebih banyat serat untuk diet anda? Anda boleh temui jawapan anda pada kulit epal. Simpan lebihan kulit epal dalam freezer bag. Kemudian, ketika anda ingin menghasilkan smoothie, masukkan kulit epal dan campurkannya sehingga halus untuk tambahan serat yang tinggi.

Cuka Sider Epal

Ini lebih kepada penggunaan jangka panjang untuk kulit epal anda. Proses untuk menghasilkan cuka sider epal hanya memerlukan beberapa bahan tapi mengambil masa hampir sebulan untuk ditapai dengan betul. Dicampurkan dengan gula dan dibiarkan terendam dalam air. Anda sudah mengubah kepingan kulit epal menjadi DIY cuka epal sider.

Snek Kulit Epal

Menurut Anna Kovel, editor makanan Martha Stewart, mendapati bahawa mencampurkan kulit epal dengan sedikit gula kulit kayu manis dan memanggangnya selama 2 1/1 jam akan menghasilkan snek yang enak dan stress-free.

Setelah kulit epal yang digulung mulai melengkung dan semakin rangup, anda akan mendapat snek yang enak dan sihat, dan turut disukai seluruh ahli keluarga.

"Apa Itu Etok?"- 5 Makanan ‘Rare’ Kelantan Wajib Anda Cuba!

Ditambahkan Ke Dalam Pancake Dan Muffin

Anda hanya perlu potong kulit epal dan tambahkan ia ke dalam pancake, waffles, atau muffin anda. Kulitnya yang akan menambahkan rasa epal yang halus akan meningkatkan kandungan serat dalam salah satu hidangan ini. Gandingkan ia bersama kayu manis agar semua terasa seperti pai epal.

Selamat Mencuba!

buah-buahanepalmakanan
https://lomp.at/buedj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Selera

8 Menu Moreh Khairul Aming Yang Paling Senang & Patut Kamu Cuba!

by Nurul A.
March 2, 2026

Selain berlumba-lumba dalam mengerjakan ibadah puasa, ramai orang termasuklah yang bukan Islam turut menantikan moreh. Di Malaysia, apa yang boleh...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
Selera

Nikmati ‘Oyster Omellete’ & Nasi Kerabu Enak Di Courtyard By Marriott KL South

by Naddy Joe
January 26, 2026

Ramadhan tahun ini lebih istimewa apabila Courtyard By Marriott Kuala Lumpur South kembali menjemput para media tempatan untuk merasai pengalaman...

Read moreDetails
Gambar Hasil Dari AI
LifeXplore

Pelik Tapi Sedap, Ini 3 Fakta Unik Tentang Chee Cheong Fun & Churros Di The Westin KL

by Phic ARMAN
January 20, 2026

Ramadan kali ini, MURAI singgah ke “Cerita Kita di Ramadan 2026” di The Westin Kuala Lumpur. Dari tahun-tahun sebelum ini,...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore