Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

KyoChon Chicken Perkukuh Kehadiran Di Malaysia Dengan Pembukaan Baharu & Promosi Eksklusif

by Naddy Joe
September 29, 2025
Share on Facebook

KyoChon Chicken terus memperkukuh komitmennya terhadap pelanggan di Malaysia dengan pembukaan cawangan baharu serta tawaran istimewa yang eksklusif.

Jenama ini telah kembali beroperasi di IOI City Mall, Putrajaya dengan konsep dalaman baharu berinspirasikan Korea. Bermula 1 Oktober 2025, KyoChon akan mengembangkan lagi rangkaiannya yang bakal dibuka di The Verve Shops, Mont Kiara. Pada bulan yang sama, KyoChon juga akan membuka cawangan pertamanya di Sabah, iaitu di IMAGO Mall, Kota Kinabalu, yang sekali gus menandakan pembukaan cawangan ke-40 di Malaysia.

Keyakinan ini membuatkan saya percaya bahawa perjalanan kami masih di peringkat awal. Di Korea, terdapat lebih 1,400 cawangan KyoChon. Di Malaysia, saya melihat potensi untuk berkembang kepada lebih 150 cawangan dalam tempoh lima tahun, sekaligus membawa cita rasa kami kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara,”-kata Terry Goh, Ketua Pegawai Eksekutif KyoChon Chicken Malaysia

Promosi Eksklusif Sempena Pembukaan

Sempena pembukaan ini, KyoChon Chicken memperkenalkan promosi khas: 8 ketul SalSal Balls rangup pada harga RM0.88 sahaja – sah selama seminggu, terhad kepada 100 set sehari di cawangan IOI City Mall Putrajaya dan The Verve Shops, Mont Kiara. Selain itu, pelanggan juga berpeluang menikmati Sparkling Yuza atau Plum Fruit Tea pada harga RM1 sahaja dengan sebarang pembelian dine-in, bermula 1 hingga 31 Oktober 2025.

View this post on Instagram

A post shared by KyoChon 1991 Malaysia (@mykyochon)

Minuman istimewa ini diimport dari Korea dan diperbuat daripada ramuan segar berkualiti tinggi – Yuza yang kaya dengan vitamin C semula jadi, manakala Plum Tea menawarkan keseimbangan rasa manis dan masam yang menyegarkan.

Promosi ini boleh didapati di cawangan 1 Utama, MyTOWN, Pavilion Bukit Bintang, Pavilion Bukit Jalil, The Gardens Mall, IOI City Mall, Central I-City, Mid Valley Southkey, JB City Square dan The Mayang Mall

KyoChon Chicken kekal teguh dengan janji untuk menyajikan ayam goreng Korea yang autentik, menggunakan bahan-bahan berkualiti terbaik serta mengekalkan piawaian penyediaan tertinggi – agar setiap pelanggan dapat menikmati pengalaman rasa Korea yang sebenar.

kyochon chicken
https://lomp.at/0p6d2
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Foto - Astro Awani
Berita

Penerima STR 2026 Tiada Akaun Bank? Ikuti Langkah Ini Untuk Dapat Tunai

by Nurul A.
January 13, 2026

Nampaknya sudah ada penerima yang mula menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026. Bagi penerima yang belum menerima,...

Read moreDetails
Foto - @yayasanwarisananakselangor (IG)
Berita

Individu Lahir Tahun 2008 Berpeluang Tebus RM1500 TAWAS Selangor 2026

by Nurul A.
January 23, 2026

Berita gembira untuk mereka yang lahir pada tahun 2008! Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) bakal menyalurkan pembayaran manfaat bagi individu...

Read moreDetails
Berita

Aisar Khaled Sekeluarga Berbuka Puasa Dengan Ria Ricis, Curi Perhatian Netizen Malaysia & Indonesia!

by Naddy Joe
March 5, 2026

Perkongsian pempengaruh dan usahawan terkenal, Aisar Khaled mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik beberapa foto di media sosial, baru-baru ini. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore