Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026
Share on Facebook

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang bakal menggegarkan pentas dengan sensasi K-pop terkemuka, Kyuhyun dan AHOF (Artist Hall of Fame).

Peminat boleh menjangkakan malam yang penuh kenangan dengan vokal mantap, koreografi memukau dan hubungan istimewa bersama artis pada 11 April 2026 (Sabtu), jam 6:00 petang di The Arch Galeries, Kuala Lumpur.

Dianjurkan oleh HIFIVE Entertainment dan K-WAVE, K-SARANG SUPER CONCERT 2026, menandakan permulaan era baharu pengalaman konsert K-pop secara langsung di Malaysia di mana ia menghimpunkan ikon global dan bintang baharu di bawah satu bumbung dalam sebuah perayaan muzik dan budaya yang imersif.

“K-SARANG SUPER CONCERT bukanlah sekadar konsert, ia adalah satu acara yang meraikan rasa cinta terhadap K-pop dan penyatuan yang dibawanya kepada peminat di seluruh dunia.

Kami berbangga mempersembahkan sebuah konsert di mana peminat Malaysia dapat merasai pengalaman bersama artis kegemaran mereka secara ebih dekat, sekali gus mencipta memori yang melangkaui bahasa dan sempadan,” ulas Pengarah Urusan HIFIVE Entertainment, Sean Pereira

Harga Tiket & Keistimewaan Peminat

Harga Tiket konsert dijual pada harga bermula RM388 (CAT3), RM588 (CAT 2), RM748 (CAT 1), dan RM888 (VIP). Anda boleh membuat pembelian tiket menerusi laman web Ticket2u.

Semua pemegang tiket akan menerima Kad Foto Bertandatangan Digital dan Poster Bertandatangan Digital, manakala kategori premium turut menikmati keistimewaan eksklusif:

* VIP – Sound Check (Semua), Send Off (Semua), 50 Foto Polaroid Bertandatangan
* CAT 1 – Sound Check (500 orang), Send Off (Semua)
* CAT 2 – Sound Check (200 orang), Send Off (Semua)
* CAT 3 – Send Off (Semua)

Jangan lepaskan peluang!

AHOF (Artist Hall of Fame)KyuHyun Super Junior
https://lomp.at/z3dyz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
Lokal

Abby Abadi Persoal Netizen Yang Marah Selepas Norman Hakim ‘Settle’ Hutang Mas Kahwin?

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon, Abby Abadi sebelum ini membuat perkongsian di media sosial mengenai bekas suaminya yang juga pelakon, Norman Hakim yang baru...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore