Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

Lagenda ‘Driving Home For Christmas’ Kini Tinggalkan Legasi Abadi

by Ayu Kamaruddin
December 24, 2025
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Pemergian penyanyi legenda Christopher Anton Rea atau Chris Rea, figura di sebalik lagu Krismas ikonik Driving Home For Christmas, mengundang rasa sebak dalam kalangan peminat muzik seluruh dunia. Chris disahkan meninggal dunia pada usia 74 tahun semalam ketika menerima rawatan di hospital selepas menghidap penyakit singkat.

Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan bagi pihak isteri dan dua anaknya, keluarga mendiang meluahkan kesedihan mendalam atas pemergian insan tersayang.

“It is with immense sadness that we announce the death of our beloved Chris.
He passed away peacefully in hospital earlier today following a short illness, surrounded by his family.”

Dari Nostalgia Lama Ke Kegemaran Generasi Baharu

Nama Chris Rea bukan asing dalam dunia muzik, khususnya menerusi deretan lagu malar segar seperti Auberge, On the Beach, Fool (If You Think It’s Over) dan Let’s Dance dan Road to Hell. Namun, Driving Home For Christmas kekal sebagai karya paling dekat di hati peminat,  sebuah lagu tentang keletihan, harapan dan perjalanan pulang yang penuh makna.

Menariknya, lagu yang ditulis pada tahun 1978 itu hanya dilancarkan sebagai single sedekad kemudian, pada 1988. Tahun ini, ia kembali mencuri tumpuan generasi baharu apabila dijadikan muzik latar iklan Krismas M&S Food, nostalgia lama, tetapi tetap hits. Certified evergreen.

Ujian Kesihatan Tidak Mematahkan Semangat Berkarya

A Middlesbrough Christmas with Chris Rea | Gone Christmas Fishing | Bob Mortimer & Paul Whitehouse - YouTube
Via Wawancara bersama Bob Mortimer

Chris pernah berkongsi kisah sebenar di sebalik lagu tersebut menerusi satu perbualan yang dimuat naik di media sosial pada 2020 bersama sahabat baiknya, pelawak Bob Mortimer. Ketika itu, Chris mengakui dirinya berada di fasa hidup yang sangat sukar iaitu menganggur, pengurus meninggalkannya dan lesen memandu digantung. Teman wanitanya ketika itu, Joan, terpaksa memandu Mini dari London untuk membawanya pulang, dan dari situlah lahirnya lagu ikonik tersebut hadir.

Di sebalik kejayaan besar, perjalanan hidup Chris tidak pernah sunyi daripada ujian. Beliau disahkan menghidap kanser pankreas pada usia 33 tahun, menjalani pembedahan membuang pankreas yang menyebabkan beliau menghidap diabetes jenis 1, sebelum diserang strok pada 2016. Namun, semangatnya terhadap muzik tidak pernah pudar. Malah, selepas pulih daripada strok, Chris kembali dengan album Road Songs For Lovers pada 2017.

Lebih Selesa Hidup Sederhana, Jauh Dari Dunia Glamor

Dalam satu wawancara bersama Saga Magazine, Chris pernah mengakui beliau tidak pernah selesa dengan dunia glamor selebriti.

“I’ve always had a difficult relationship with fame, even before my first illness.”
“The celeb thing has gone totally wrong in the sense that everyone has tried to top each other. They don’t put the work in.”

Tentang isterinya Joan, Chris berkongsi detik kecil yang paling bermakna buatnya,

“Our golden moment is each morning when there is an elbow fight over whose turn it is to make the coffee.”

💔 Chris Rea, the British singer-songwriter has died at the age of 74, a spokesperson for his family said. RIP ♾️ 📍The statement said that he died “peacefully in hospital following a
Via instagram/ @noachicradio

Sekadar info tambahan, Chris Rea dilahirkan pada tahun 1951 di Middlesbrough hasil perkahwinan bapa berketurunan Itali dan ibu berketurunan Ireland. Sebelum bergelar bintang muzik, beliau membantu perniagaan ais krim keluarganya. Album sulungnya

Whatever Happened To Benny Santini? dilancarkan pada 1978, sebelum mencapai kemuncak kejayaan pada era 80-an dan 90-an menerusi album The Road To Hell dan Auberge.

Chris meninggalkan isteri tercinta, Joan, serta dua anak perempuan, Josephine dan Julia. Pemergiannya menutup satu bab penting dalam dunia muzik, namun lagu-lagunya akan terus hidup menemani perjalanan pulang, terutama ketika musim Krismas.

22 decemberChris Readriving home for christmaslagu ikonikmeninggal
https://lomp.at/ezr8q
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Berita Baik Buat Penjaja, DBKL Umum Potongan Sewa Tapak Hingga 50% Bermula 1 April

by Ayu Kamaruddin
March 16, 2026

Berita melegakan buat peniaga kecil di ibu kota apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan...

Read moreDetails
via Instagram Siti Nurhaliza
Sosial Buzz

Video Siti Nurhaliza Di Giant Jadi Perbualan, Netizen Seloroh B40 & M40 Pula ‘Acah Premium’?

by Zaidin Albert
February 19, 2026

Nama Datuk Seri Siti Nurhaliza memang tak pernah lekang daripada perhatian. Apa saja yang dilakukan Biduanita Negara ini pasti jadi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

‘Awak Betul, Kami Paling Cringe’- Mimifly Tegur GenZ

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau anda selalu scroll Threads untuk hiburan ringan, mesti pernah terjumpa perdebatan tentang generasi, lebih-lebih lagi bila topik Millennials vs...

Read moreDetails
via imgaefx
Sosial Buzz

Deposit Sewa Kereta Didakwa Tidak Dipulangkan, Penyewa Luah Rasa Kecewa

by Naja Nix
February 16, 2026

Satu perkongsian di Reddit baru-baru ini mencetuskan perhatian apabila seorang individu mendakwa deposit sewaan kereta miliknya berjumlah RM1,300 masih belum...

Read moreDetails
via Imagefx
Sosial Buzz

“Dah Bayar Ke?” Pelanggan Dakwa Dimalukan Di Restoran Lapangan Terbang, Isu Servis Cetus Perdebatan

by Naja Nix
February 23, 2026

Satu perkongsian di sosial media baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterimanya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara