Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz SuaraNETZ

“Dah Bayar Ke?” Pelanggan Dakwa Dimalukan Di Restoran Lapangan Terbang, Isu Servis Cetus Perdebatan

by Nix
February 23, 2026
via Imagefx

via Imagefx

47
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian di sosial media baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterimanya di sebuah restoran di lapangan terbang antarabangsa.

Menurut individu tersebut, insiden tersebut berlaku ketika dia dan keluarganya menikmati makan tengah hari sebelum menghantar ahli keluarga berlepas.

Masuk Tanpa Sambutan, Dakwa Staf Kurang Mesra

Dalam perkongsian melalui Thread, pelanggan berkenaan memaklumkan ahli keluarganya untuk masuk terlebih dahulu ke dalam restoran sementara dia mencari parkir.

Apabila tiba di pintu masuk dan memberitahu bahawa keluarganya sudah berada di dalam, respon staf yang diterima hanyalah ringkas tanpa sapaan atau iringan ke meja.

Pada awalnya, perkara itu tidak diperbesarkan. Namun situasi seterusnya yang berlaku seusai makan benar-benar mengejutkan mereka sekeluarga.

Dipersoal Tentang Bayaran Di Hadapan Orang Ramai

Selepas selesai menjamu selera, pelanggan tersebut memaklumkan bahawa dia sendiri telah membuat bayaran di kaunter dan mengambil resit sebagai bukti.

Namun ketika mereka ingin beredar, seorang staf didakwa menjerit ke arahnya, memanggil sebelum bertanya sama ada bayaran telah dibuat di hadapan pelanggan lain.

Walaupun telah menjelaskan bahawa pembayaran sudah diselesaikan, staf tersebut masih mempersoalkan perkara itu dan hanya membuat semakan selepas pelanggan menunjukkan resit.

Permohonan maaf yang diberikan pula disifatkan sebagai ringkas tanpa penjelasan lanjut.

Topik Berkaitan MC Tapi Jalan-Jalan? Isu Cuti Sakit & Kepercayaan Di Tempat Kerja Cetus Perdebatan

Bagi pelanggan berkenaan, tindakan tersebut bukan sekadar salah faham biasa, tetapi menyentuh soal maruah kerana ia berlaku secara terbuka dan boleh diperiksa secara tertutup terlebih dahulu.

Isu Profesionalisme Di Pintu Masuk Negara

Insiden ini turut mencetuskan perbincangan mengenai standard perkhidmatan di lokasi strategik seperti lapangan terbang antarabangsa.

Sebagai rekod, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan antara pintu masuk utama negara yang menerima jutaan penumpang setiap tahun.

Dengan kempen Visit Malaysia 2026 yang sedang dipromosikan, aspek hospitaliti dan layanan pelanggan sememangnya menjadi perhatian, bukan sahaja dalam sektor pelancongan tetapi juga premis makanan dan minuman.

via Thread /@hhedayah

Netizen Kongsi Pengalaman Hampir Serupa

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman berdepan situasi hampir serupa di premis F&B lain.

Ada yang mengatakan bahawa komunikasi dan adab ketika berurusan dengan pelanggan amat penting, terutama apabila melibatkan isu sensitif seperti bayaran.

Namun ada juga yang berpendapat kemungkinan berlaku kekeliruan operasi, terutamanya ketika waktu sibuk.

Majoriti netizen bersetuju bahawa cara penyampaian dan pendekatan memainkan peranan besar dalam membentuk pengalaman pelanggan.

via Thread /@wtkhwhd
via Thread /@szsze07

Refleksi Untuk Industri Perkhidmatan

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan berhubung dakwaan tersebut.

Dalam industri F&B yang sengit, servis bukan sekadar tambahan tetapi ianya adalah identiti jenama. Salah faham boleh berlaku, tetapi cara ia ditangani menentukan sama ada pelanggan akan kembali atau terus berpaling.

Topik Berkaitan Ingatkan Tikus, Rupanya Lipan! Detik Cemas Wanita Disengat Awal Pagi Undang Seram Netizen

Akhirnya, isu ini menjadi peringatan bahawa layanan profesional dan komunikasi berhemah bukan sebuah pilihan tetapi adalah asas kepada kepercayaan dan reputasi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Adabisu khidmat pelanggankecewaKLIAkomunikasipelanggan tidak puas hatisuara netizen
Share19Tweet12SendShare

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Peminat MCR Mengamuk? Tempat Duduk Tiba-Tiba Berubah Saat Akhir

by Phic ARMAN
November 19, 2026

Konsert kumpulan rock alternatif terkenal, My Chemical Romance (MCR) di Malaysia sepatutnya menjadi momen paling dinantikan peminat. Namun, menjelang persembahan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Ramai Kagum Lihat Nadia Nasimuddin Urus Keluarga & Perniagaan, Rupanya Ini Amalannya…

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Sebagai seorang ibu, usahawan dan pengarah syarikat konglomerat, kehidupan Nur Nadia SM Nasimuddin pastinya menuntut komitmen yang bukan sedikit. Namun,...

Read moreDetails
Sosial Buzz

VIDEO Gelagat Anak Kecil Dikir Barat Curi Perhatian PMX, Ramai Teruja Lihat Komen Anwar Ibrahim

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Kadang-kadang, perkara kecil yang muncul di media sosial boleh mencuri perhatian ramai. Lebih menarik apabila aksi spontan seorang kanak-kanak bukan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

by Phic ARMAN
November 11, 2026

Isu pergaduhan rumah tangga Syida Melvin dan bekas suaminya, Syafiq Saheen, nampaknya semakin panas apabila individu yang tidak mempunyai kaitan...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

  4. 4

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  5. 5

    Doktor Sebak Dalam Dewan Bedah, Buah Pinggang & Hati Aidil Milik 3 Individu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara