Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Trending Nombor 1 Di YouTube! Netizen Puji Vokal Iqbal Zulkefli Dalam Lagu Hujan

Rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan memuji bakat yang dimiliki oleh Iqbal.

by Naddy Joe
November 2, 2021
Share on Facebook

Semalam,  bekas pembantu peribadi (PA) Datuk Seri Vida (DSV) yang juga usahawan,  Ahmad Iqbal Zulkefli telah melancarkan single terbaharunya berjudul Hujan. Difahamkan ia  mengisahkan tentang kisah benar dan perjalanan hidupnya yang dilalui selama ini.

No 1 Trending Di Youtube

Ketika artikel ini ditulis, video muzik Hujan telah mendapat lebih daripada 400 ribu tontonan sejak ditayangkan kurang daripada 24 jam. Manakala, carian terkini Murai MY  mendapati terdapat 21 ribu tanda suka (likes) berbanding tanda tidak suka (dislike) yang hanya mendapat lebih dari 9 ribu reaksi.  Malah, lagu Hujan juga berjaya menduduki tangga pertama bagi carta ‘trending’ laman YouTube.

Pelbagai Reaksi Netizen

Dalam pada itu, tinjauan Murai MY di ruangan komen turut mendapati rata-rata netizen mengucapkan tahniah di atas kejayaan MV tersebut selain  memuji bakat yang dimiliki oleh Iqbal.

“Tahniah Iqbal & team! Lirik lagu yang penuh maksud. Bukan sekadar marketing seperti yang lain. Tahniah sekali lagi.”

“Sedap telinga mendengar..Lirik lagu sampai ke hari.. Kisah hidup dijadikan lagu meme menyentuh perasaan laa…Suara pun boleh tahan..Tahniah.”

“Terbaik Iqbal ?☺️ , vokal mantap suara pun sedap. Moga lagu ini dapat pergi ke AJL. Dan IQBAL dapat mencipta lebih banyak lagu selepas ini.” komen mereka

Selain itu,terdapat juga netizen yang membandingkan melodi lagu HUJAN yang dinyanyikan oleh Iqbal seakan sama dengan Sonata Musim Salju yang dinyanyikan oleh Hazami.

“Melodi lagu ni ala-ala hazami, Sonata Musim Salju. Part ‘Bagaikan siang tiada mentari, bagai malam tiada cahaya purnama.”

“Tiba-tiba teringat OST Winter Sonata pulak. Apa-apa pun lagu & muzik video ?? Lirik lagu simple tapi penuh makna. Tahniah Iqbal & Team Floor88. 5x sudah layan lagu nie.” ulas mereka

Dalam ruangan komen muzik video itu juga dibanjiri dengan kata- kata semangat buat Iqbal yang berpesan kepadanya untuk tidak mengambil peduli terhadap kata-kata makian dan kebencian yang diterimanya sebelum ini.

Komen Penampilan DSV, Cik B 'Rengsek' Dengan Iqbal Zulkefli- "Attention Seeker!"
YouTube video
Ahmad Iqbal Zulkefli
https://lomp.at/ta8ea
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Hariz Hamdan & Tracie Sinidol Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?-“We’re Making It Official..”

by Naddy Joe
May 6, 2026

Pelakon, Hariz Hamdan mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen istimewa bersama pelakon, Tracie Sinidol, baru-baru ini. Hariz menerusi video yang...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Gossip

Adira Suhaimi Kongsi Momen Backstage TTMM2, Kehadiran Jejaka Istimewa Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 29, 2026

Penyanyi, Adira Suhaimi mencuri perhatian selepas berkongsi momen backstage program realiti Talk To My Manager  2 yang disertai anak perempuannya,...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

  5. 5

    Badrul Hisham Dari JPN Jelaskan Kenapa Kongsi MyKad Untuk Isi Minyak Boleh Bawa Padah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara