Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Lampu Berkelip & Bau Hangit Tengah Malam, Rupanya Fius Terbakar – Tindakan Pantas Selamatkan Keadaan

by Noe
February 25, 2026
via Imagefx

via Imagefx

15
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila seorang wanita berkongsi detik cemas yang berlaku di rumahnya sekitar jam 1.30 pagi.

Ketika itu, dia dan anaknya sudah lena tidur. Mujur suaminya masih berjaga dan mula menyedari sesuatu yang tidak kena apabila lampu di dalam rumah berkelip-kelip, manakala penghawa dingin hidup dan mati secara tidak stabil.

Situasi tersebut pada awalnya disangka gangguan elektrik biasa. Tetapi kelihatan percikan api seperti bunga api bersama bau hangit yang semakin kuat datang dari kotak fius.

Percikan Api Dari Fius, Keadaan Bertukar Cemas

Tidak lama kemudian, asap mula kelihatan dan api muncul dari bahagian fius utama berwarna hitam.

Pada ketika itu, pasangan berkenaan segera mematikan penghawa dingin dan lampu, hanya membiarkan kipas berfungsi kerana anak mereka sedang tidur.

Namun percikan api masih berlaku.

Dalam keadaan panik, si ibu bersiap sedia untuk menyelamatkan anak sekiranya keadaan menjadi lebih buruk. Suaminya pula menghubungi tuan rumah yang menasihatkan supaya kepala fius dicabut segera kerana ia berisiko tinggi.

Tuan rumah akhirnya datang sendiri ke lokasi sekitar jam 2 pagi untuk mencabut fius berkenaan.

TNB Datang 30 Minit Kemudian

Pasangan itu kemudian menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan tidak menyangka talian kecemasan beroperasi 24 jam.

Sekitar jam 2.30 pagi, petugas TNB tiba dan menggantikan fius yang rosak. Selepas itu, bekalan elektrik kembali stabil dan keadaan kembali selamat.

“Kalau semua dah tidur masa tu, tak tahu apa jadi,”

Kongsi wanita tersebut yang meluahkan rasa syukur kerana kejadian disedari lebih awal.

Ramai Kongsi Nasihat Penting

Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen mengambil peluang untuk berkongsi peringatan dan pengalaman masing-masing.

“Dah Bayar Ke?” Pelanggan Dakwa Dimalukan Di Restoran Lapangan Terbang, Isu Servis Cetus Perdebatan

Ada yang menasihatkan supaya segera ‘trip’ suis utama di Distribution Board (DB) sekiranya berlaku percikan atau bekalan tidak stabil, selain mengurangkan penggunaan peralatan elektrik berat seperti penghawa dingin.

via Thread /@fareenarisha

Beberapa individu turut menjelaskan bahawa TNB hanya bertanggungjawab sehingga had meter sahaja. Sekiranya masalah berpunca daripada pendawaian dalaman rumah, pemilik perlu mendapatkan khidmat wireman bertauliah.

Dalam masa sama, ada yang berkongsi bahawa rumah jenis single phase dengan penggunaan elektrik tinggi seperti penghawa dingin, peti sejuk dan penapis air yang beroperasi 24 jam berisiko mengalami bebanan tidak stabil.

via Thread /@ayuzshahz16

Mereka mencadangkan agar pemilik mendapatkan nasihat profesional sama ada perlu menaik taraf kepada sistem tiga fasa.

Tidak kurang juga yang mengingatkan bahawa pendawaian lama boleh menjadi longgar dan berbahaya jika tidak diperiksa secara berkala.

via Thread /@pokwaeznet

Peringatan Buat Semua

Insiden ini menjadi peringatan bahawa simptom seperti lampu berkelip, bau hangit dan percikan kecil bukan perkara remeh.

  • Sekiranya berlaku situasi serupa:
  • Segera matikan suis utama (jika selamat berbuat demikian)
  • Kurangkan penggunaan peralatan elektrik berat
  • Hubungi talian kecemasan TNB di 15454
  • Dapatkan pemeriksaan wireman bertauliah untuk pendawaian dalaman

Keselamatan elektrik bukan isu kecil. Kadang-kadang tanda awal itu halus, tapi risikonya besar.

Nasib baik tindakan pantas diambil. Kalau terlepas pandang, mungkin ceritanya berbeza.

detik cemasfius terbakarpercikan apisuara netizenTNB
https://lomp.at/hpewq
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Berita Baik Buat Penjaja, DBKL Umum Potongan Sewa Tapak Hingga 50% Bermula 1 April

by Ayu Kamaruddin
March 16, 2026

Berita melegakan buat peniaga kecil di ibu kota apabila Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengumumkan pengurangan kadar sewaan tapak penjaja dan...

Read moreDetails
Insentif

Tak Perlu Tunggu Sakit, Program Saringan Percuma Wanita Johor 2026 Kini Aktif

by Ayu Kamaruddin
February 26, 2026

Berita baik buat semua wanita Johor, ini peluang yang memang worth it untuk kesihatan diri sendiri. Di bawah Belanjawan Johor...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Tapak Niaga Bertukar Kontroversi, Bila Masa Laluan Awam Jadi ‘Hak Sendiri’?

by Noe
April 8, 2026

Tular di media sosial, satu perkongsian memaparkan situasi kurang menyenangkan apabila sebuah khemah perniagaan didirikan di atas laluan pejalan kaki....

Read moreDetails
Sosial Buzz

Gangguan Tren Waktu Pagi Cetus Kebimbangan Penumpang

by Noe
April 1, 2026

Insiden Halangan Di Laluan Cetus Situasi Cemas Seorang pengguna pengangkutan awam berkongsi pengalaman mencemaskan apabila tren yang dinaikinya berdepan situasi...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Saksi Kongsi Kejadian Wanita Jatuh Di Stesen LRT Abdullah Hukum,- “Memang Trauma..”

by Phic ARMAN
April 4, 2026

Kecoh di media sosial apabila beberapa saksi berkongsi detik cemas melibatkan seorang wanita yang dilaporkan terjatuh ke landasan di Stesen...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara