Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Lebih 60 Peserta Bertuah Bermalam di Gedung Sempena IKEA Sleepover Seluruh Malaysia Yang Pertama

by Aphit J.
October 21, 2023
Share on Facebook

IKEA Sleepover pertama anjuran IKEA Malaysia di seluruh negara yang telah berlangsung semalam.

Bermalam Secara Sah Di IKEA

via IKEA

IKEA telah merealisasikan impian para peserta bertuah untuk bermalam secara sah di IKEA.

Acara ini yang berlangsung secara serentak di semua gedung IKEA, telah menawarkan ahli IKEA Family pengalaman yang sangat unik, dengan pelbagai persembahan dan aktiviti yang khusus di setiap gedung.

Pelanggan berpeluang mengalami penyelesaian bilik tidur secara langsung dan acara ini akan melonjakkan pengalaman IKEA ke aras baharu, dalam usaha untuk membawa IKEA lebih dekat kepada pelanggan dengan cara baru dan mengujakan.

Bagi menawarkan pengalaman bermalam yang benar-benar eksklusif, setiap gedung IKEA telah menganjurkan satu acara utama yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Menyediakan Pelbagai Aktiviti

via IKEA

Kemuncak acara di IKEA Cheras adalah penampilan khas hos rancangan bual bicara MeleTOP yang popular, Nabil and Hawa.

Dalam segmen satu jam itu, Nabil dan Hawa telah berkongsi rutin dan tabiat tidur mereka, berlawak jenaka, serta melakukan pelbagai aktiviti menyeronokkan bersama penonton.

Sementara itu, para peserta di IKEA Damansara mempunyai peluang keemasan untuk menyaksikan rakaman langsung Mamak Sessions, podcast popular yang dihoskan oleh pencipta konten Malaysia, Jinnyboy.

Para peminat cukup terhibur dengan interaksi penuh lawak jenaka antara Jinnyboy dengan Shu Faye, Ryan dan Jobroseph yang merupakan hos bersama, semasa mereka membincangkan segala topik yang dibual oleh kebanyakan orang apabila tidak dapat tidur.

30 Tahun Kenangan, 8.6 Juta Karipap– IKEA Malaysia Lakar Rekod Dengan Kudapan Kegemarannya

Pengamal seni pasir, Loong Bee telah membawa penonton di IKEA Tebrau ke satu dunia penuh keajaiban dan imaginasi melalui persembahan seni pasir yang memukau.

Manakala Treasure Hunt dengan cabaran-cabaran mendebarkan telah disediakan untuk menghiburkan ahli IKEA Family di IKEA Batu Kawan.

Berkongsi Dengan Pakar

via IKEA

Seorang Pakar Tidur IKEA telah meraih perhatian di IKEA Damansara dan IKEA Cheras dengan berkongsi tip-tip berguna untuk mencapai tidur lebih lena.

Ini termasuk keselesaan, pencahayaan, suhu, bunyi, kualiti udara, warna bilik dan perabot, yang sesuai yang membentuk enam unsur penting untuk menjamin tidur berkualiti.

Pendaftaran untuk IKEA Sleepover telah dibuka untuk ahli IKEA Family pada 2 Oktober 2023, dan sebanyak 1,942 penyertaan telah diterima.

Belum lagi ahli IKEA Family? Anda boleh mendaftar hari ini untuk menikmati pelbagai manfaat, termasuk diskaun ahli dan pelbagai kejutan manis. Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian bilik tidur layari, layari ikea.my.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
hawa rizwanaIkeanabil ahmad
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Harga Asal RM289, Tapi Bil Melonjak Jadi RM600?  Pengguna Luah Kecewa Isu Caj Rawatan Gigi Didakwa Tidak Dimaklumkan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara