Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Lembaga Zakat Selangor Dedah TokTi Pembayar Zakat Tertinggi Dalam Kalangan Penyanyi Di Malaysia

by Puteri Alia
November 17, 2023
Share on Facebook

Menunaikan zakat sebahagian kewajipan terkandung dalam Rukun Islam.

Kewajipan ini adalah ibadah yang bersifat kebajikan kepada masyarakat. Perintah zakat membuktikan keprihatinan Islam dalam membantu kelompok yang tersepit seperti fakir, miskin dan orang yang berhutang.

Di samping itu, zakat berfungsi sebagai sumbangan penghargaan terhadap kelompok yang mempunyai peranan kebaikan tersendiri seperti mualaf, amil dan fi sabilillah.

Bahakan, sesiapa yang berzakat akan diberi ganjaran 700 kali ganda pahala. Dapat disimpulkan antara ganjaran berzakat ialah terhasil simpanan faedah di akhirat sebanyak 700 nilaian.

Berbahas soal ini, baru-baru ini Lembaga Zakat Selangor (LZS) mendedahkan penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai penyumbang zakat tertinggi dalam kalangan penyanyi di Malaysia.

Penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu turut dikatakan tidak pernah gagal menjelaskan bayaran zakat sejak lima tahun lalu di LZS.

“Boleh dikatakan dalam kalangan artis atau lebih tepat kategori penyanyi, saya boleh katakan Siti adalah pembayar tertinggi zakat di LZS.

“Harapnya selepas ini, akan ada lebih ramai rakan artis yang mengikut jejak langkah Siti.

“Beliau dalam tempoh lima tahun tidak pernah gagal membayar zakat, walaupun banyak membuat kerja kebajikan lain seperti menguruskan Yayasan Nur Jiwa dan sebagainya,” kata moderator terbabit.

Dalam pada itu, Siti yang dikatakan mula membayar zakat di LZS sejak 2019 berkata, selama ini dia sering membuat pembayaran zakat di tempat kelahirannya di Pahang.

“Sejak mula aktif menyanyi sehingga tahun 2019 saya membuat pembayaran zakat di Pahang. Kemudian selepas berkahwin saya bayar zakat di LZS sehingga hari ini.

“Saya ini boleh dikatakan insan bertuah sebab sejak kecil mak selalu mengingatkan saya mengenai zakat.

“Selagi bernyawa, apa yang boleh saya teruskan (bayar zakat), saya akan cuba laksanakan. Lagipun dalam Rukun Islam kita perlu memenuhi kewajipan ini.

“Saya percaya zakat juga menyucikan semula harta-harta yang kita miliki. Saya sentiasa nak jadi orang yang dapat meringankan beban orang lain,” katanya.

Menurut Siti, setiap pendapatan yang diterima perkara pertama yang dilakukan adalah membayar zakat terlebih dulu.

“Membayar zakat ini memang sudah diingatkan dari kecil lagi sehinggakan setiap pendapatan yang diterima, saya akan buat potongan awal sebelum membayar komitmen lain.

“Bagi saya, ini adalah tanggungjawab setiap umat Islam dan syarikat. Jika kita nak harta kita bersih daripada perkara yang tidak diingini kita kena selalu ingat untuk berzakat,” katanya.

Terdahulu, tular video menerusi siaran langsung program terbabit mengenai pendedahan Siti sebagai pembayar zakat tertinggi dalam kategori penyanyi.

Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat
datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/n6wet
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Korea

20 Bilion Won Cukai Tertunggak? Ini 5 Fakta Kes Siasatan Cha Eun-woo

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Bila sebut nama Cha Eun-woo, ramai bayangkan visual ‘heaven’, senyuman manis dan bakat yang makin bersinar dari ASTRO ke dunia...

Read moreDetails
Foto - @bingbing_fan (IG)
Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon...

Read moreDetails
Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Fazura Bersyukur Dapat Tunai Impian Fatima Ke Disneyland Paris

by Naddy Joe
January 5, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura mencuri perhatian netizen selepas menunaikan impian anak perempuannya, Nur Fatima Aisya untuk bercuti di taman...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore