Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Viral

Lepas ‘Justice For Zara Qairina’, Norsalim Ali Cipta Lagu Puji Polis Guna Teknologi AI

by Puteri Alia
October 6, 2025
Share on Facebook

Selepas lagu Justice For Zara Qairina mencetuskan fenomena di media sosial, penciptanya, Norsalim Ali, 62, kembali menarik perhatian apabila menghasilkan lagu baharu berjudul Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada. Berbeza daripada karya sebelumnya yang sarat dengan emosi dan mesej kemanusiaan, kali ini pesara Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu menzahirkan penghargaan mendalam terhadap jasa dan pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya di Balai Polis Batang Melaka.

Menurut Norsalim, idea mencipta lagu tersebut muncul secara spontan dalam perbualan grup WhatsApp komuniti Kampung Hilir, Batang Melaka, di mana beliau merupakan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT). “Mula-mula sekadar gurauan saja, kemudian Ketua Polis Balai Batang Melaka, Sarjan Mejar Nor Riydah Abd Hamid mencadangkan supaya saya buat lagu untuk balai, siap beri gambar-gambar program mereka. Dari situ saya terus terfikir, kenapa tidak? Jadi saya mula rangka lirik ringkas dan gunakan teknologi AI untuk hasilkan muzik serta vokal sehingga terhasilnya lagu penuh,” katanya ketika dihubungi.

Lagu tersebut, yang disiapkan hanya dalam tempoh dua jam, bukan sekadar untuk hiburan semata-mata, sebaliknya sebagai tanda terima kasih dan pengiktirafan kepada PDRM atas dedikasi mereka menjaga keselamatan rakyat.

“Polis ni banyak berjasa, tapi ramai yang hanya nampak bila mereka datang menahan atau menyiasat, sedangkan mereka hanya jalankan tugas untuk kebaikan kita juga. Kalau kita yang bersalah, memang kita marah, tapi bagi orang awam yang patuh undang-undang, polis adalah pelindung. Apa-apa berlaku, mereka yang kita rujuk,” katanya.

Beliau turut menjelaskan, tujuan utama lagu itu adalah untuk menyebarkan kesedaran bahawa masyarakat dan polis tidak sepatutnya berjarak antara satu sama lain. “Sebab itu saya hasilkan lagu ini untuk beri kesedaran bahawa polis adalah kawan kita, bukan musuh. Mereka juga manusia yang ada keluarga dan pengorbanan mereka sangat besar,” tambahnya.

Remaja Didakwa Buli Zara Qairina Siap Buat ‘Peace’ Ketika Dipanggil Beri Keterangan, Warden Nafi Tunjuk Trauma

Menariknya, Norsalim kini semakin mahir menggunakan kecerdasan buatan (AI) selepas mengikuti kursus anjuran Jabatan Perpaduan Negara di Jasin pada Julai lalu. Kemahiran itu digunakannya sepenuhnya dalam mencipta lagu-lagu baharu, termasuk dalam proses penyusunan muzik dan penghasilan vokal digital.

Setakat ini, beliau sudah menghasilkan kira-kira 80 lagu, kebanyakannya berkisarkan isu kemasyarakatan dan nilai kemanusiaan, yang turut dikongsikan melalui platform media sosial seperti TikTok miliknya. Meskipun berstatus pesara, semangat Norsalim dalam berkarya tidak pernah luntur — malah semakin kuat, dengan setiap lagunya membawa mesej positif untuk membina masyarakat yang lebih bersatu, berterima kasih dan saling menghargai.

Zara Qairina
https://lomp.at/sqfr5
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @masjidattaqwattdi (Threads)
Viral

Netizen Tegur Kenyataan Masjid At-Taqwa TTDI- “Explaination 2 Muka Surat Tapi…”

by Nurul A.
February 27, 2026

Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) baru-baru ini mencuri perhatian ramai kerana timbul beberapa isu yang kurang menyenangkan. Antara...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore