Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Mahu Mayat Dibedah Siasat Semula! Ini 4 Fakta Kes Kematian Tangmo Nida

Ibu kepada Tangmo Nida, Panida Sirayootyotin, mahu bedah siasat semula dilakukan untuk anak perempuannya.

by Naddy Joe
March 11, 2022
Share on Facebook

Aktres Thailand, Tangmo Nida baru-baru ini ditemui mati di Sungai  Chao Phraya pada 26 Februari selepas pencarian selama 38 jam. Kematian Tangmo Nida turut disiasat oleh pihak polis Thailand dan ini adalah 4 fakta mengenai kes tersebut!

1. 71 Saksi Diperiksa

Memetik laporan Bangkok Post, pihak polis Thailand telah menyoal siasat saksi seramai 71 orang bagi kes kematian Tangmo Nida. Saksi tersebut termasuk lima orang individu yang berada di dalam bot laju yang dinaiki bersama Tangmo pada hari kejadian.

Pemandu bot laju, Phaibooon “Robert” Rtikanjanamum membuat pengakuan bahawa dia tidak begitu mahir mengemudi bot, malah bot laju itu bergoyang di bawah stereng yang menyebabkan Tangmo  terjatuh dalam sungai.

2. Permintaan Bedah Siasat Semula

Ibu kepada Tangmo , Panida Sirayootyotin, mahu bedah siasat dilakukan semula. Permintaan itu disampaikan melalui peguamnya, Krissa Sriboonpimsuay di Balai Polis Muang, Provinsi Nonthaburi pada 7 Mac lalu.

Krissa turut meminta pihak Balai Polis Diraja Thailand menghubungkannya dengan Bekas Rekrut Am Institut Sains Forensik Pusat, Khunying Porntip Rojasunan untuk menjalankan bedah siasat baharu kerana Panida mempunyai keraguan dengan keputusan bedah siasat pertama yang dijalankan sebelum ini.

3. 2 Individu Jadi Defendan

Ketika artikel ini ditulis, setakat ini pihak polis telah menetapkan Tanupat , pemilik kapal dan Phaiboon, pemandu kapal, sebagai defendan di atas kes pengoperasian kapal tanpa permit yang menyebabkan kematian. Lt.Gen. Pol Jirapat Phumjit mengatakan bahawa pihaknya belum dapat mengesahkan kecuaian siapakah yang menyebabkan kematian Tangmo.

“Setakat ini tiada teori yang diabaikan. Sama ada ia kemalangan atau perkara lain di sebalik kejadian itu, kami menyasarkan untuk membuat siasatan selengkap mungkin dengan bantuan bukti forensik.”

4. Rancangan Untuk Menyimpulkan Siasatan

Jurucakap Pihak Polis Thailand, Mejar Jeneral Pol Yingyos menyatakan bahawa berdasarkan bukti dan keterangan saksi, kematian Tangmo adalah disebabkan oleh kecuaian yang membawa kepada kematian, bukan pembunuhan.

Ketua Polis Negara, Jeneral Suwat Jangyosuk telah bertemu dengan penyiasat polis , pegawai forensik, dan pihak lain yang berkaitan untuk memuktamadkan kes kematian Tangmo malah siasatan kes ini juga dijangka akan selesai dalam tempoh terdekat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Source: KOMPAS
Tangmo Nida
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  5. 5

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara