Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Bayar Guna Samsung Wallet, Kumpul Shopee Coins? Ciri Baharu Ini Bakal Tiba Di Malaysia!

by Phic ARMAN
November 16, 2026
Share on Facebook

Pernah tak ketika hendak membuat pembayaran, anda terpaksa keluar masuk beberapa aplikasi semata-mata mahu mencari kaedah pembayaran yang sesuai? Nampak macam perkara kecil, tetapi kalau sedang beratur panjang, memang boleh buat orang sebelah mula menjeling!

Menariknya, Samsung Electronics kini memperluaskan kerjasama dengan ShopeePay bagi menjadikan urusan pembayaran harian lebih mudah dan fleksibel buat pengguna di Asia Tenggara.

Kerjasama ini turut menandakan kolaborasi pertama Samsung di rantau ini yang menyokong pembayaran kod QR melalui Samsung Wallet merentasi beberapa pasaran.

Samsung Wallet Bakal Sokong ShopeePay Di Malaysia

Menerusi integrasi baharu ini, pengguna Samsung Wallet boleh mengimbas kod QR peniaga yang mengambil bahagian menggunakan aplikasi tersebut dan membuat pembayaran melalui kaedah pembayaran yang dipautkan kepada akaun ShopeePay.

Lebih menarik, pengguna tidak perlu bertukar aplikasi ketika membuat transaksi. Pembelian yang layak juga membolehkan mereka mengumpul Shopee Coins.

Buat masa ini, kemudahan tersebut sudah tersedia di Singapura dan Vietnam. Pengguna Malaysia pula dijangka boleh menikmati integrasi sama dalam beberapa bulan akan datang.

Samsung Wallet

Samsung Pay Dan ShopeePay Tawarkan Lebih Banyak Pilihan

Kerjasama ini bukan sekadar melibatkan pembayaran di kedai fizikal. Samsung Pay kini turut tersedia sebagai pilihan pembayaran ketika membuat pembelian di Shopee.

Dalam masa sama, pengguna boleh menggunakan ShopeePay, termasuk pilihan SPayLater, untuk membeli produk Samsung menerusi Samsung.com.

Topik Berkaitan Ramai Terkejut! ShopeePay Kini Miliki Limit Tertinggi RM30,000

Samsung juga merancang memperluaskan penerimaan ShopeePay termasuk SPayLater di saluran runcit fizikalnya di Asia Tenggara.

Menurut Naib Presiden Samsung Electronics Asia Tenggara dan Oceania, Carl Nordenberg, kerjasama ini bertujuan memberikan lebih banyak pilihan pembayaran serta pengalaman transaksi yang lancar kepada pengguna.

Samsung Wallet
Naib Presiden Samsung Electronics Asia Tenggara dan Oceania Carl Nordenberg dan Ketua Perkongsian Serantau ShopeePay, Candice Ng

Sementara itu, Ketua Perkongsian Serantau ShopeePay, Candice Ng berkata, kerjasama tersebut mencerminkan usaha ShopeePay untuk memastikan perkhidmatannya kekal relevan dengan keperluan pengguna.

Nampaknya, urusan pembayaran digital semakin berkembang. Cuma satu perkara yang pengguna Malaysia perlu nantikan ialah bila integrasi ini boleh digunakan secara rasmi di sini. Tak perlu lagi pening kepala bertukar aplikasi ketika mahu membuat pembayaran!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
5
Star
Star
2
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
samsung electronicsShopeePay
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

“Baik Tak Payah Datang”- Peminat F1 Tegur Geng FOMO Yang Tunggu Driver Tapi Abaikan Qualifying

by Phic ARMAN
October 6, 2026

“Aku ni jarang nak hentam fans FOMO F1. Tapi aku sendiri menyaksikan geng-geng FOMO ni.” Begitulah luahan seorang pengguna Threads...

Read moreDetails
LifeXplore

Krismas, Tahun Baharu & Cuti Sekolah! 7 Idea Percutian Menarik di Hotel Ascott Malaysia

by Phic ARMAN
November 13, 2026

Kalau masih buntu nak pilih lokasi percutian, Ascott Malaysia menyediakan beberapa pilihan penginapan mengikut jenis percutian. Daripada percutian keluarga hinggalah...

Read moreDetails
LifeXplore

8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

by Phic ARMAN
October 4, 2026

Kalau anda ingat kisah Bella Astillah dan Syed Saddiq hanya akan berakhir pada hari akad nikah, nampaknya belum lagi. Astro...

Read moreDetails
LifeXplore

5 Tarikan Terbaharu Di Renaissance Johor Bahru, Arca Ikonik ‘R’ Hingga Koktel Eksklusif!

by Phic ARMAN
November 5, 2026

Kalau anda fikir Renaissance Johor Bahru Hotel hanya menawarkan penginapan mewah, sebenarnya ada beberapa tarikan baharu yang boleh diterokai. Menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

OCTOFest CIMB Tarik 100,000 Pengunjung, PMKS Raih Peluang Jualan RM1.2 Juta!

by Phic ARMAN
October 31, 2026

Festival bukan sekadar tempat mencari makanan sedap atau menikmati persembahan artis. Kadangkala, acara sebegini turut membuka peluang kepada peniaga kecil...

Read moreDetails
Benteng
LifeXplore

Jangan Tunggu Air Naik! Benteng DIY Ini ‘Penyelamat’ Barang Dalam Rumah

by Nurul A.
November 6, 2026

Umum mengetahui, setiap hujung tahun pasti akan ada bencana banjir yang melanda di sesetengah kawasan dalam Malaysia. Sudah menjadi satu...

Read moreDetails
Kanser Payudara
Kesihatan

Jangan Lalai! Wanita Wajib Tahu 3 Situasi Ini Tanda Awal Kanser Payudara

by Nurul A.
October 7, 2026

Jatuh pada bulan Oktober setiap tahun, Bulan Kesedaran Kanser Payudara diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran; menunjukkan sokongan dan solidariti bagi...

Read moreDetails
LifeXplore

Shanghai, Wuhan, Qingdao & Banyak Lagi! AirAsia MOVE Buka Lebih Banyak Pilihan Ke China

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Kalau China memang ada dalam travel bucket list anda tahun ini, mungkin sudah tiba masa untuk buka semula aplikasi penerbangan....

Read moreDetails
ASICS Malaysia
LifeXplore

Tak Perlu Ke Semenanjung, ASICS Malaysia Kini Lebarkan Sayap Ke Sabah!

by Nurul A.
November 12, 2026

ASICS Malaysia telah membuka kedai pertamanya di Sabah secara rasmi, bertempat di Imago Shopping Mall, KK Times Square, Kota Kinabalu....

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara