Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

“Malaysia, Are You Okay?”- Papan Iklan Misteri Cetus Kecoh, Peminat My Chemical Romance Desak Jawapan

by Puteri Alia
June 24, 2025
Share on Facebook

Desas-desus mengenai kemunculan semula kumpulan rock terkenal My Chemical Romance (MCR) di Malaysia kembali menghangatkan suasana apabila sebuah mesej misteri terpampang di papan iklan digital gergasi di tengah ibu kota.

Paparan ringkas namun cukup mengundang tanda tanya, “Malaysia, are you okay?” mencetuskan spekulasi liar di kalangan peminat, terutama golongan generasi Y yang membesar dengan lagu-lagu penuh emosi dan semangat pemberontakan dari band ikonik itu.

Semuanya bermula selepas seorang pengguna TikTok berkongsi rakaman video yang menunjukkan mesej berkenaan, sekaligus mencetuskan kegembiraan bercampur resah di kalangan peminat. Rata-rata netizen mula membuat pelbagai andaian, dengan harapan kali ini benar-benar membuahkan hasil dan bukannya sekadar gimik pemasaran semata-mata.

@alleefashaari

Spotted at Bukit Bintang, KL. Is this a teaser for #MCR returning to Malaysia! Hopefully, yes! #MyChemicalRomance #MCRmy #Malaysia

♬ I’m Not Okay (I Promise) – My Chemical Romance

Ada yang meluahkan kekecewaan kerana pernah menunggu dua tahun lamanya untuk konsert yang akhirnya tidak pernah menjadi kenyataan.

Ruangan komen media sosial pantas dibanjiri suara-suara penuh harapan. Ada yang menyuarakan rasa rindu mendalam terhadap persembahan live MCR yang terakhir kali menjengah Malaysia hampir dua dekad lalu.

Pada 9 Disember 2007, Stadium Merdeka dibanjiri lebih 10,000 peminat tegar yang hadir menyaksikan konsert epik sempena The Black Parade Tour, sebuah memori yang masih segar dalam ingatan mereka hingga ke hari ini.

Kini, dengan hanya satu baris ayat yang ringkas dan penuh misteri, nostalgia lama kembali membuak. Walaupun belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak penganjur atau MCR sendiri, keterujaan dalam kalangan peminat sudah pun memuncak.

Bagi mereka, ini bukan sekadar konsert biasa, ia adalah peluang untuk menghidupkan semula semangat remaja yang pernah berjuang dengan lagu-lagu MCR sebagai suara dan pelindung jiwa mereka.

Namun persoalan terbesar masih belum terjawab, adakah MCR benar-benar akan kembali ke pentas Malaysia, atau sekali lagi sekadar bayang yang berlalu pergi?

Refresh Page Sampai Bini Dah Bersalin? Peminat MCR Kecewa
MCRmy chemical romance
https://lomp.at/ku0t0
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

HotList

Konsert Solo Yang Ditunggu 4 Dekad, Fauziah Latiff Akhirnya Bersedia

by Ayu Kamaruddin
January 22, 2026

Empat dekad dalam industri muzik bukan tempoh yang singkat dan bagi Fauziah Latiff, ia bukan tentang menolak peluang, sebaliknya menunggu...

Read moreDetails
Lokal

“Biar Allah Saja Yang Tahu Kebenaran..”-Rita Rudaini Beri Respon Isu Muafakat MRSM Sungai Besar?

by Naddy Joe
January 19, 2026

Pelakon, Rita Rudaini tampil bersuara terhadap salah seorang netizen yang mendakwa pelakon ini yang 'kecoh' mengenai Kepimpinan Persatuan Ibu Bapa...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Datin Shahida Kongsi Gelagat Aliff Syukri ‘Tak Duduk Diam’ Di Konsert Siti Nurhaliza, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 12, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat suaminya...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore