Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Malik Choo Tampil Dengan Lagu Solo Pertama ‘Suka Kamu’ – Sarat Dengan Cinta & Jiwa Malaysia

by Aphit J.
August 10, 2025
Share on Facebook

Lepas beberapa tahun menyinar sebagai penyanyi undangan dalam lagu-lagu popular, kini Malik Choo tampil berani dengan single solo pertamanya berjudul ‘Suka Kamu’.

Lagu ini akan mula boleh distrim di semua platform digital bermula 8 Ogos 2025, lengkap dengan video muzik rasmi yang pasti menyentuh hati.

Lagu Tentang Cinta Seadanya

‘Suka Kamu’ bukan lagu cinta biasa. Ia menceritakan kisah cinta moden yang ikhlas dan tulus tanpa memandang rupa paras atau latar belakang.

Lagu ini ditulis oleh Malik sendiri bersama Shazee Ishak dan Mambang, dengan baris korus yang mudah diingati – “Ku suka kamu seperti kamu”.

Liriknya membawakan mesej menerima pasangan seadanya lengkap dengan keunikan dan kekurangannya.

Video Muzik Penuh Makna

via SVLTAN Management

Lebih menarik, video muzik ‘Suka Kamu’ diarahkan oleh Fareez Nasir dan mengangkat penceritaan yang cukup dekat dengan hati rakyat Malaysia.

Ia berkisarkan pertemuan antara seorang penghantar barang pemalu (lakonan Malik) dan seorang gadis berani (lakonan Wan Nasuha) dengan latar yang mencerminkan keharmonian masyarakat berbilang kaum.

Menurut Malik, video ini diinspirasi daripada pengalaman peribadinya sebagai seorang muallaf yang merasai kemesraan rakyat Malaysia.

Cinta sebenar bukan dinilai pada warna kulit atau asal usul, tapi pada kejujuran hati.

Kisah dalam video ini menggambarkan realiti bahawa cinta boleh wujud di tengah-tengah kepelbagaian budaya.

Dari Lagu Viral ke Kerjaya Solo

via SVLTAN Management

Malik Choo sebelum ini dikenali sebagai Malik Abdullah, pernah muncul dalam lagu-lagu seperti ‘Kita Jaga Kita’ (bersama Altimet dan Cuurley) dan ‘Lelaki Di Telefon’ (bersama Afieq Shazwan) yang masing-masing meraih jutaan tontonan dan penstriman.

Malik juga pernah muncul dalam rancangan realiti Astro, The Last TRIO Standing, sebagai ahli kumpulan Chop.

[VIDEO] Malik Choo Hadir Dengan Single Terbaharu 'Move On'

Kini, Malik melangkah lebih jauh di bawah pengurusan SVLTAN Management dengan bimbingan mentor terkenal YB Altimet yang turut muncul dalam video muzik ‘Suka Kamu’.

Lagu ini juga diterbitkan melalui geran DKK Industri Muzik Domestik 2.0 oleh MyCreative Ventures dan KKMM, dan dilancarkan dengan kerjasama Sony Music Entertainment Malaysia.

Untuk peminat muzik tempatan, ‘Suka Kamu’ adalah permulaan baharu yang penuh harapan dan makna.

Jangan lupa strim, tonton, dan ikuti perkembangan Malik Choo di semua platform sosial media!

altimetMalik Choo
https://lomp.at/818rc
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Musik

Lebih Dari 10 Selebriti Popular di MITEC Hujung Minggu Ini, Apa Jadi?

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Bayangkan anda tiba di MITEC, Kuala Lumpur hujung minggu ini. Suasana terus hidup dengan bunyi muzik, lampu warna-warni dan orang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Musik

Kumpulan Baharu Inferno3 Muncul Dengan Single Debut Berjudul ‘Money

by Phic ARMAN
January 25, 2026

Industri muzik tempatan makin meriah dengan kehadiran Inferno3, trio remaja berbakat terdiri daripada Hannis (15), Hannah (17) dan Eva (17)....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore