Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Masih Misteri! Ramai Terbunuh Lepas Dengar Lagu Dari 4 Rock Band Ini

by Zaidin Albert
March 7, 2019
Share on Facebook

“Ibarat irama dan lagu, tak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan, pincanglah lagu, rosaklah seni,”  kalimat pernah dilontarkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee ketika membicarakan soal karya. Dan benar saja, tak hanya sekadar untuk didengar, musik juga sering digunakan sebagai senjata membunuh jiwa pendengar menerusi penyampaian dalam lirik.

Banyak juga lirik yang ditulis berdasarkan dari pengalaman peribadi yang kemudian disalah ertikan menjadi sebuah lagu yang mengundang hal-hal yang tidak diingini. Seperti lagu-lagu berikut ini. Gara-gara lirik depresi serta terkait dengan peristiwa bunuh diri. Karya-karya hits ini dicap sebagai penyebab orang bunuh diri. Biar betul?

Blink 182 – Adam Songs

YouTube video

Lagu Adam’s Songs milik Blink 182 dicipta setelah salah satu ahli kumpulannya, Mark Hoppus membaca sepucuk surat yang dikirim oleh salah satu peminatnya sebelum memutuskan bunuh diri.

Berbekalkan dari kejadian itu, Blink 182 kemudian memutuskan untuk menciptakan Adam’s Song sebagai lagu anti bunuh diri. Malangnya,seperti yang dilaporkan dari NPR, meskipun lagu itu mendapat banyak pujian dari pengkritik musik, Adam’s Songs akhirnya jadi isu kontroversi di tahun 2000 setelah seorang remaja belasan tahun menggantung diri sambil mendengarkan lagu tersebut berulang kali.

Eminem

YouTube video

Eminem adalah salah satu rapper yang gemar mengekspresikan kekecewaan dan fantasinya menerusi karya dalam lagu. Pada 14 tahun lalu, seperti dipetik dari laman guardian.com, seorang bapa di England mendakwa salah satu lirik Eminem mempengaruhi  mendiang anak gadisnya yang memutuskan untuk menggantung diri hingga mati. Peristiwa tragis itu berlaku selepas anak gadisnya pulang dan diberi surat peringatan dari sekolah akibat masalah alkohol.

Selain itu, menurut laman yang sama, seorang remaja berusia 17 tahun juga pernah menuliskan lagu bertajuk Rock Bottom di catatannya sebelum dia memutuskan bunuh diri dengan melemparkan diri ke sebuah kereta yang berjalan.

Gloomy Sunday- Rezso Seress

YouTube video

Di era 30-40an, sejumlah media massa melaporkan sekurang-kurangnya ada 19 kes bunuh diri terjadi di Hungari dan Amerika Syarikat  kerana lagu Gloomy Sunday.

Dipetik dari Daily Star, meskipun tak pernah terbukti memiliki kaitan langsung, sejumlah radio di Amerika Syarikat pun sempat dikhabarkan memboikot lagu ini. BBC juga memboikot lagu ini dengan alasan menjatuhkan semangat di masa perang. Larangan tersebut berlaku hingga 66 tahun, dan pada tahun 2002 laranganitu dimansuhkan oleh BBC.

Samaada berhubungan atau tidak, pada Januari 1968, si penulis lagu, Rezső Seress bunuh diri dengan cara melompat dari jendela pangsapurinya sehari selepeas merayakan ulangtahunnya yang ke 69.

Avenged Sevenfold

https://www.youtube.com/watch?v=VurhzANQ_B0

Band rock asal Amerika Syarikat, Avenged Sevenfold juga sempat mengalami masalah setelah seorang remaja di England yang gemar mendengarkan lagu dan video klip mereka memutuskan untuk bunuh diri. Dipetik dari Loudwire, Remaja berusia 16 tahun  itu membunuh diri selepas mendengar muzik A7X dan menonton video mereka, sebelum menamatkan hidupnya.

Menerusi sebuah kenyataan tertulis, Avenged Sevenfold pun mengaku bersedih atas khabar tersebut. Mereka berharap agar perkara seumpama ini di kalangan remaja tidak berterusan.

https://lomp.at/aeq5n
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Exists Hadir Dengan Konsert Memento Mori 1 Ogos Ini Di Unifi Arena Kuala Lumpur

by Naddy Joe
April 25, 2026

Diam Exists umpama DIAMMU GUNUNG BERAPI. Maka meminjam semangat kewujudan Exists yang bertahan sejak 35 tahun silam, sebuah konsert dengan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Rocketfuel Entertainment Dominasi Muzik Raya Dengan Deretan Pelancaran Single

by Naddy Joe
April 16, 2026

Rocketfuel Entertainment meraikan Aidilfitri tahun ini dengan penuh warna-warni menerusi inisiatif istimewa “Macam Macam Raya Bersama Rocketfuel Entertainment”, yang menghimpunkan...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara