Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Media Prima Lancar 14 Program Baharu Sempena Ramadan

by Khai Azfar
April 20, 2020
Share on Facebook

Mengekalkan Setulus Ikhlas sebagai kempen Ramadan dan Syawal tahun ini, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPTN) memaksimumkan program-program di kaca televisyen dan mengehadkan aktiviti-aktiviti keramaian bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Kembalikan Semangat Ramadan Dan Syawal 

Mengimbangi kandungan-kandungan islamik dan kekeluargaan, MPTN menjalankan misi memulihkan semangat sambutan bulan Ramadan dan Syawal rakyat Malaysia. Berobjektifkan memulihkan semangat rakyat Malaysia yang terkesan dengan wabak COVID-19, khususnya bagi petugas barisan hadapan, mangsa wabak yang masih berjuang untuk teruskan hidup dan juga keluarga mangsa, kempen Setulus Ikhlas 2020 ini akan mengembalikan semangat perayaan mereka dengan pelbagai tawaran menarik.

“Kami bawakan Setulus Ikhlas yang lebih sederhana pada tahun ini ekoran daripada penularan wabak pandemik COVID-19 baru-baru ini. Sungguhpun wabak ini sedang berada dalam situasi yang terkawal, langkah berjaga-jaga demi mendukung usaha kerajaan membendung wabak ini sepenuhnya tetap kami titik beratkan.

Untuk tahun ini, kempen Setulus Ikhlas telah diubahsuai bersesuaian dengan keadaan semasa dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memperkenalkan inisiatif program khidmat masyarakat #SetulusIkhlas. Di bawah program ini, kami akan bekerjasama dengan rakan-rakan penaja dan influencer menerusi aktiviti seperti Buka Puasa Lebih Berkat dan Hari Raya Lebih Bermakna. Program-program TV yang kami sajikan pasti menjadi peneman setia masyarakat kita agar terus kekal berada di rumah.”

Untuk tahun ini, kempen Setulus Ikhlas difahamkan telah diubahsuai bersesuaian dengan keadaan semasa dan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam tekanan hidup yang kini berhadapan dengan penularan covid-19, kami faham semua orang sedang menghadapi kesulitan dalam melangsungkan kehidupan harian.

Janganlah cepat putus asa ataupun bermurung. Sambutan bulan Ramadan masih boleh diteruskan dengan mengambil kira langkah-langkah pencegahan yang wajar seperti yang disarankan oleh pihak berkuasa. Program khidmat masyarakat #SetulusIkhlas juga akan diadakan dengan kerjasama dengan rakan-rakan penaja dan influencer” kata Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik Johan Ishak menerusi edaran media

Tampil 14 Program Baharu

Menyambut kehadiran bulan Ramadan secara bersederhana, wabak COVID-19 turut memberikan cabaran hebat terhadap pihak produksi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad. Oleh itu, beberapa program terbaik musim-musim lalu akan diulang tayang dalam bulan Ramadan. Namun, terdapat juga program-program baharu yang bakal disajikan iaitu satu program Hiburan, tiga program Raudah, empat program Gaya Hidup, satu program baharu Bual Bicara, satu drama bersiri baharu dan empat telefilem baharu.

Program-program ini telah menemui penonton seawal 10 April minggu lalu bermula dengan Al-Kuliyyah, diikuti dengan Pak Kodi 5G pada 18 April dan diteruskan dengan Tanyalah Ustaz Muhasabah & Titipan Doa pada 24 April serta drama baharu, Bukan Gadis Biasa di slot Akasia, gandingan lakonan Ayda Jebat dan Remy Ishak.

https://lomp.at/ofsg2
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Circus of Life
Filem

Istimewa Sambutan Hari Ibu, “Circus Of Life” Angkat Kisah Kasih Ibu Yang Menyentuh Hati

by Nurul A.
April 16, 2026

Sebuah filem tempatan yang menyentuh hati, “Circus of Life”, secara rasmi mengumumkan tarikh tayangan di pawagam seluruh Malaysia pada 7...

Read moreDetails
Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae-Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae-Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi ini...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  2. 2

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara