Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mengalah Dan Buang Ego Yang Menyelamatkan Rumah Tangga Beego Dan Linda Daripada ‘Bercerai Seketika’

by Puteri Alia
December 19, 2023
Share on Facebook

Membina sebuah keluarga yang harmoni dan sejahtera adalah tuntutan ajaran Islam.

Ini kerana Islam sebagai agama yang mengatur segenap aspek kehidupan manusia sentiasa menganjurkan umatnya untuk menjalinkan hubungan yang baik sesama manusia terutama dengan ahli keluarga.

Oleh itu, setiap ahli keluarga terutama pasangan suami isteri harus mengamalkan sifat memberi dalam erti kata bertolak ansur dalam melaksanakan tanggungjawab memberikan nafkah serta saling membantu dalam urusan rumah tangga.

Berbahas soal ini, saling mengalah dan melupakan ego adalah kunci yang menyelamatkan rumah tangga pelakon Beego, 43, dan isterinya, Linda Hashim, 39, selepas diuji dengan ‘penceraian sementara’ pada Mac lalu.

Menurut Beego, hubungan mereka menjadi retak kerana kurangnya komunikasi menyebabkan masing-masing saling memendam.

“Bila rumah tangga kita dalam keadaan goyah, satu akan pergi manakala satu lagi akan kekal. Waktu itu saya yang pergi dan Linda masih setia di situ.

“Linda minta saya kembali dan cakap sesuatu yang membuatkan saya tersedar untuk menyelamatkan rumah tangga. Ini bukan tentang siapa salah atau siapa paling ego. Kita hanya perlukan seorang untuk berkata sesuatu kepada pasangannya.

“Di akhirnya, yang akan melindungi keluarga kita hanya dua tangan kami sahaja. Tiada sesiapa boleh pecahkan keluarga kami. Jika kami tidak lindungi, siapa lagi?” katanya.

Menurut sumber, mengulas mengenai fasa penceraian tersebut, Beego mengakui mungkin sebelum ini dia dan Linda kurang matang dalam menyelesaikan konflik.

Namun begitu, masing-masing memang tidak menghebahkan atau memberi ‘petanda’ apa yang terjadi dalam rumah tangga mereka di media sosial.

“Memang kami hanya diam-diam. Kami bukan perahsia cuma tidak suka menghebahkan. Orang dapat tahu pun apabila saya ada terserempak dengan Puteri Sarah semasa kesnya di mahkamah.

“Mungkin kami pun belum cukup matang dan inilah fasa yang perlu saya hadapi. Kami berpisah pun bukan sebab kewangan atau orang ketiga. Ia hanya masalah komunikasi,” katanya.

Sebelum ini, Beego dan Linda disahkan bercerai pada 27 Mac lalu. Namun begitu, jodoh mereka kuat apabila rujuk semula dalam tempoh edah pada 9 April lalu.

“Saya Bukan Budak-Budak Nak Pergi Kelab”- Beego Nafi Ligat Berhibur, Dakwa Cuma Hadir Majlis Hari Jadi

Mereka mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Jelita Clarissa, 9, Anggun Cassandra, 8, dan Indah Camelia, 4.

beegolinda hashim
https://lomp.at/0thg3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @aliffsyukriterlajaklaris (IG)
Lokal

“Kawasan Mana Yang Layak Untuk Saya Bertanding?”- Aliff Syukri Mahu Sertai Pilihan Raya Umum

by Nurul A.
April 24, 2026

Nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi bualan hangat ramai. Selepas meluahkan rasa kecewanya terhadap dakwaan penyelewengan...

Read moreDetails
Lokal

Shila Amzah Titip Ucapan Istimewa Buat Seth Uwais Sempena Hari Autisme Sedunia, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
April 2, 2026

Penyanyi, Shila Amzah menitipkan ucapan istimewa buat putera sulungnya, Seth Uwais sempena Hari Autisme Sedunia yang disambut pada 2 April...

Read moreDetails
Spotlight

Di Usia Melebihi 40 tahun, Nora Danish Anggap Jodoh Bukan Suatu Paksaan

by Phic ARMAN
April 9, 2026

Dalam dunia selebriti yang sering dihimpit persoalan peribadi, soal jodoh bukanlah sesuatu yang asing untuk diperkatakan. Namun bagi Nora Danish,...

Read moreDetails
Korea

Lee Jun Ho Dilantik Sebagai Duta Jenama Global CUCKOO

by Naddy Joe
May 3, 2026

CUCKOO International (MAL) Berhad (“CUCKOO Malaysia), peneraju Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), hari ini mengumumkan pelantikan bintang antarabangsa, Lee...

Read moreDetails
Gossip

“Niat Saya Hanya Mahu Lihat Beliau Lebih Anggun, Imej Sopan..”-Iqbal Zulkefli

by Naddy Joe
April 28, 2026

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli tampil bersuara selepas pendapatnya yang mahukan usahawan, Datuk Seri Vida untuk berpenampilan minimalis disalah erti oleh...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Sheila Rusly Seloroh Mahu Jadikan Fazura Sebagai Menantu, Komen Sharifah Shahora Curi Perhatian!-“Tapi Dia Dah Ada..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara