Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

by Phic ARMAN
August 26, 2026
311
KONGSIAN
Share on Facebook

Pernah tak anda bayangkan kereta yang sudah diparkir kemas dalam garaj, tetapi tiba-tiba pintu belakangnya terbuka sendiri? Itulah situasi yang didakwa dialami oleh beberapa pemilik Mercedes-Benz, sekali gus menimbulkan persoalan tentang sistem hands-free access sensor pada kenderaan tersebut.

Menurut aduan yang dikongsikan di threads, beberapa pemilik Mercedes-Benz mendakwa liftgate atau pintu bonet belakang kereta mereka terbuka sendiri ketika kenderaan sedang diparkir di dalam garaj. Kejadian itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kemungkinan kerosakan atau gangguan pada sensor akses tanpa tangan.

Mercedes-Benz

Dakwaan tersebut turut menyebut bahawa Mercedes-Benz menafikan sebarang tanggungjawab terhadap insiden berkenaan.

Macam Mana Bonet Boleh Terbuka Sendiri?

Ramai juga yang tertanya-tanya, bagaimana situasi sebegini boleh berlaku sedangkan kereta langsung tidak bergerak?

Sistem hands-free access pada sesetengah model membolehkan pengguna membuka pintu belakang tanpa perlu menekan butang, biasanya melalui gerakan kaki atau pengesanan tertentu oleh sensor. Jadi, sekiranya sensor mengalami gangguan atau tersalah mengesan input, persoalan tentang kemungkinan liftgate terbuka sendiri mula timbul.

Namun, jangan terus buat kesimpulan.

Dalam ruangan komen, seorang individu yang mendakwa pernah bekerja di pusat pengedar Mercedes-Benz tampil memberikan pandangan berbeza.

Menurutnya, beliau pernah mengendalikan dua tuntutan kerosakan yang hampir sama. Dalam kedua-dua kes tersebut, pemilik sebenarnya terlupa menutup tailgate sebelum memandu keluar.

Mercedes-Benz

Sensor Rosak Atau Terlupa Tutup?

Jadi, siapa yang betul? Adakah benar sensor boleh menyebabkan liftgate terbuka sendiri atau sebenarnya berpunca daripada kecuaian pengguna?

Buat masa ini, perkara tersebut masih menjadi persoalan berdasarkan dakwaan dan komen yang dikongsikan. Apa yang pasti, isu ini mengingatkan pemilik kenderaan supaya sentiasa memastikan pintu belakang benar-benar tertutup dan memeriksa fungsi sensor sekiranya berlaku sesuatu yang pelik.

Sebab kalau bonet terbuka sendiri ketika kereta dalam garaj, memang boleh buat kita terkebil-kebil sekejap!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary
3
Mercedes-Benz
Share124Tweet78SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Naik Komuter Waktu Subuh, Netizen Tersentuh Lihat Abang-Abang Solat Berjemaah Dalam Tren

by Phic ARMAN
August 17, 2026

Pernah tak kita terfikir, dalam keadaan mengejar masa untuk sampai ke tempat kerja, bagaimana orang lain memastikan kewajipan tetap dijaga?...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Orang Pandang Serong, Diva M Pilih Balas Dengan Kebaikan

by Phic ARMAN
September 8, 2026

Bila nama seseorang sering dikaitkan dengan kontroversi dan kisah silam, mudah untuk kita membuat penilaian. Tapi, adakah masa lalu seseorang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Panik Anak Telan Belon Gam, Tindakan Sang Ibu Buat Ramai Sedar Kewujudan Pusat Racun Negara

by Nurul A.
August 19, 2026

Seorang ibu terpaksa berdepan dengan detik cemas apabila anaknya secara tidak sengaja menelan belon gam, yang pernah popular suatu ketika...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Ini Kawasan Kuil, Bukan Trek Joging”- Isu Batu Caves Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
August 18, 2026

Batu Caves sekali lagi menjadi bualan netizen selepas timbul persoalan mengenai penggunaan kawasan berkenaan untuk aktiviti joging. Perdebatan bermula apabila...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Foto - @mierascha (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Teringin Ayam Gepuk Selepas Pantang, Wanita Terkejut Dapat ‘Protein’ Tambahan

by Nurul A.
August 11, 2026

Hantaran seorang wanita di platform Threads baru-baru ini mencuri perhatian selepas memuat naik gambar dan video ayam gepuk yang dibeli...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Netizen Persoal DELIMa 3.0, Sindiran Fadhlina “Makan Dalam”

by Phic ARMAN
September 17, 2026

Kalau anda ibu bapa yang mempunyai anak masih bersekolah, nama DELIMa mungkin sudah tidak asing lagi. Platform pembelajaran digital Kementerian...

Read moreDetails
Foto - @@joejnas.wee7 (Threads)
Sosial Buzz

[VIDEO] Cirit Sepah Hingga Penganjur HYROX Tukar Karpet, Sikap ‘Selfish’ Atlet Buat Netizen Bengang

by Nurul A.
September 14, 2026

Pertandingan HYROX yang berlangsung di Beijing, China baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi. Semasa pertandingan berlangsung, seorang atlet wanita yang berasal...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara