Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Akui Bengang! Mila Jirin Nekad Mahu Bersemuka Dengan Menteri

by Phic ARMAN
June 25, 2018
Share on Facebook

Selepas Chef Wan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap menteri sumber manusia semalam, terbaru penyanyi dan usahawan Mila Jirin pula tampil buka mulut.

Mila nekad mahu berdialog dengan Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran berhubung untuk isu pengambilan tukang masak tempatan untuk bekerja di restoran, kedai makan dan gerai di negara ini.

Dalam kenyataannya di Instagram, Mila mempersoalkan adakah menteri membuat kajian terperinci sebelum membuat keputusan dan pengumuman ini.

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Menurut Mila untuk Restoran dimiliknya yang menyajikan masakan Thai, pihak syarikatnya mebayar gaji kepada pekerja asing dari Thailand. Mila akui dia menguruskan Restoran Embun Urai secara sendiri selama 6 tahun dan pelbagai pengalaman dia telah tempuhi terutama apabila membayar gaji kepada  pekerja tempatan untuk memasak sebagai tukang masak kedai terkenal dengan sajian Tom Yam.

Restoran Embun Urai

Namun dia menegaskan bahawa soal gaji bukan menjadi isu, tetapi tak semua anak tempatan yang sanggup bekerja di Restorannya.

“Saya dah menguruskan Embun Urai secara sendiri selama 6 TAHUN dan macam2 pengalaman dah saya tempuh terutama apabila mengajikan pekerja TEMPATAN untuk memasak sebagai tukang masak kedai TOMYAM…Ini bukan soal GAJI, tetapi tak semua anak tempatan sanggup begelar sebagai TUKANG MASAK DI KEDAI TOMYAM” katanya

Menteri Tak Kaji Sebelum Buat Keputusan

Mila berkata, menteri buat keputusan seperti ini seolah-olah tanpa mengkaji dahulu dan buat tinjauan dengan kami sebagai peniaga  yang mengusahakan restoran-restoran yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

Dengan pengumuman, sudah tentu banyak restoran akan tutup sebab sukar untuk mencari tukang masak. Mila sendiri akui dahulu ketika waktu GST diadakan, saban bulan pendapatan hanya mencukupi kos operasi sahaja, harga barang tinggi tetapi harga makanan di restoran tomyam tetap kekal tak dinaikkan.

“Dulu kami kena TERUK waktu GST diadakan, saban bulan pendapatan hanya mencukupi kos operasi sahaja, harga barang tinggi tetapi harga makanan di restoran tomyam tetap kekal tak dinaikkan. Bila mereka nak HENTIKAN PLKS ni pula, mesti banyak kedai tomyam akan TUTUP sebab apa?? BUKAN SENANG CARI TUKANG MASAK.”

Seperti dalam laporan Harian Metro, Menurut Mila atau Norsyarmilla Jirin kini sabar menunggu maklum balas dan jawapan daripada pihak Kementerian Sumber Manusia berhubung hasratnya seperti diluahkan semalam.

“Terus-terang, saya dan suami sangat risau keadaan itu kerana kami bukan fikir perniagaan sendiri saja tetapi tempias turut terkesan kepada pengusaha restoran lain.

“Jadi, saya nekad ambil tindakan lebih proaktif untuk adakan dialog ini. Biar menteri dengar sendiri keluhan pengusaha dari bawah.

“Pada saya, mungkin sebelum ini beliau (menteri) hanya berjumpa dengan satu pihak sahaja dan tidak tahu masalah sebenar dihadapi kebanyakan pengusaha restoran tempatan,” katanya.

Mila turut bersedia menaja lokasi dialog berkata dia berharap segala urusan pertemuan bersama menteri itu dapat dibuat segera sekitar awal bulan depan.

Sumber Harian Metro

bizmilahM. Kulasegaranmenteri sumber manusiamila jirinpekerja asing
https://lomp.at/f2sjt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

via Freepik
Sosial Buzz

‘Macam Mana Perempuan Boleh Tahan?’- RM300 Sebulan Untuk Kuku & Lashes Jadi Persoalan

by Naja Nix
January 5, 2026

Satu perbualan hangat di Reddit baru-baru ini mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet apabila seorang wanita pertengahan usia 20-an meluahkan...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Bagaimana Vietjet Boleh Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia?

by Phic ARMAN
January 16, 2026

Dalam dunia penerbangan yang sentiasa bergerak pantas, tak semua syarikat mampu kekalkan reputasi cemerlang dari tahun ke tahun. Tapi Vietjet?...

Read moreDetails
Foto - @markruffalo (IG)
Hollywood

Peminat Kecewa, Mark Ruffalo Sahkan “Hulk” Tiada Dalam ‘Avengers: Doomsday’

by Nurul A.
January 23, 2026

Peminat meluahkan rasa kekecewaan selepas aktor Mark Rufallo mengesahkan bahawa watak "Hulk" tidak akan kembali dalam filem 'Avengers: Doomsday' yang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Lelaki ‘Kena Tinggal’ Dengan Teman Wanita AI, Netizen Tak Boleh Brain

by Naja Nix
January 6, 2026

Satu perkongsian luar biasa di Reddit baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila seorang lelaki mendakwa dirinya telah diputuskan oleh teman...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore