Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Stacy.. Kamu Isteri Yang Bertuah”- Misha Omar Akui Minat Akim Dalam Diam

by Zaidin Albert
March 15, 2021
Share on Facebook

Kepada peminat tegar Misha Omar, pasti ramai yang terubat rindu melihat persembahan beliau pada acara penutup Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL-35) malam tadi. Misha bergandingan dengan Akim & The Majistret menyampaikan lagu  hits masing-masing iaitu Sampai Bila dan Potret versi mash-up yang cukup mantap.

Di laman instagram peribadi Misha atau lebih mesra dipanggil Kak Mitch, dia berterima kasih kepada TV3 kerana sekali mengundang membuat persembahan di majlis anugerah berprestij ini.

“AJL35.. Terima kasih kepada pihak tv3 dan team penerbitan #ajl35 kerana mengundang kak mitch untuk membuat persembahan di acara tahunan yang dinanti-nantikan oleh semua peminat dan penggiat industri muzik tanahair.”- tulisnya

Menceritakan pengalaman menarik bekerjasama dengan Akim, Misha berkata ini adalah peluang yang di nanti-nantikan selama ini.

“Apa yang paling istimewa untuk AJL35, telah membuka peluang untuk Kak Mitch bekerjasama dengan seorang penyanyi lelaki yang dah lama saya minati, mengagumi dalam diam.. @akimahmad”- akuinya.

“Feel dia sedap masyaAllah”

Misha mendedahkan, Akim seorang penyanyi yang berbakat besar lagi-lagi dalam menjiwai sesebuah lagu.

“Suka tengok karakter dia tu atas pentas macam mana entah..and when he sings, feel dia sedap masyaAllah. Dari tahun lepas hampir dapat nyanyi dengan dia, tapi tiada rezeki. Untuk awal 2021 ni..hurrayyyy…show pertama untuk kami dapat nyanyi sama-sama. Seronok sembang dengan dia ni, cerita pasal muzik, pasal kehidupan.”

“Stacy.. Kamu Isteri Yang Bertuah”

Selain kagum dalam budang muzik, Misha menganggap Akim seorang suami dan bapa yang penyayang kerana setiap masa bersama, Akim tak putus-putus menyebut nama isterinya, Stacy.

“Dia seorang suami & bapa yang penyayang, nama isterinya, Stacy tak akan lekang dari bibir dan selalu mengakui keyakinan utk melakukan apa yg dia suka semua datang dari support seorang isteri. Aawwww stacy..u r such a lucky wife ??? Kak Mitch doakan korang bahagia selalu okay”- tulisnya

Di ruangan komen, terlihat Akim dan Stacy mengucapkan terima kasih kepada penyanyi berusia 39 tahun ini.

“Love u kak. Bangga dapat sepentas dengan akak. Suara merdu, feel akak, dasyat, kagum saya. Tak sangka dapat nyanyi dengan akak. Terima kasih banyak kak. Sampaikan salam kat abang Firos.”- komen Akim

“Love u kak mitch!!”- balas Stacy

[VIDEO] Konsert Misha Omar: 'The Untold Story' Detik Didekati Adnan Abu Hassan
Akim Ahmadmisha omar
https://lomp.at/hnty4
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Foto - @ctdk (IG) / @mohammadnohbinsalleh (IG)
Lokal

Selesai Jalani Pembedahan, TokTi Saran Noh Salleh Berehat Seketika- “Rehat Dulu Jangan Buat Show”

by Nurul A.
January 21, 2026

Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya di Pusat Pakar Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKMSC) semalam. Berkongsi di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore