• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Mona Allen, Zahirah Macwilson & Dayana Roza Antara 7 Selebriti Selebriti Bakal Timang Cahaya Mata 2024

by Naddy Joe
January 1, 2024
Share on Facebook

Setiap pasangan suami isteri yang mendirikan rumah tangga semestinya mahu melengkapkan lagi bahtera yang dibina dengan kehadiran cahaya mata.

Tahun baru 2024 baru sahaja membuka tirainya, berikut kami shortlist beberapa selebriti yang bakal menimang cahaya mata pada tahun ini.

Ryan Bakery

Jika mahu diikutkan kiraan, isteri kepada pempengaruh media sosial, Ryan Bakery iaitu Elyia Ibrahim bakal melahirkan cahaya mata sulung dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Elyia, turut mendedahkan dirinya yang bakal melahirkan bayi lelaki pada awal 2024.

Ryan dan Elyia Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022 selepas lima bulan bertunang.

Dayana Roza

Pelakon, Dayana Roza juga antara selebriti yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Pada Oktober lalu, Dayana mengumumkan khabar gembira mengenai dirinya yang sarat hamil lima bulan dan bakal menimang cahaya mata lelaki.

Sekadar info, Dayana berkahwin dengan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan, A’dale Adham Ayahudin pada 25 Disember 2020 selepas lima bulan mengikat tali pertunangan.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Astris Raheeya yang kini berusia tiga tahun.

Caprice

Penyanyi rap, Caprice berkongsi khabar gembira mengenai isterinya, Farra Inalis yang bakal menimang cahaya mata pertama.

Pada September 2023, Caprice berkongsi khabar gembira kepada media tempatan bahawa isterinya disahkan hamil lima bulan.

Untuk rekod, Caprice dan Farra Inalis mendirikan rumah tangga pada 15 November 2021.

Farra juga mempunyai seorang anak perempuan hasil perkahwinan terdahulu, iaitu Aleesya Sofea yang kini berusia 10 tahun.

Yana Samsudin

Tidak pernah berniat merahsiakan kehamilan, pelakon, Yana Samsudin mendedahkan dirinya bakal melahirkan cahaya mata ketiga pada penghujung Januari atau awal Februari tahun ini.

Sarah Yasmine Beri Nasihat Buat Anak Aaron Aziz: "Jangan Biarkan Perempuan yang Otaknya ‘Glitch’ Ganggu Tenaga Kamu!"

Menerusi kenyataan kepada media tempatan, dia dan suami yang juga pelakon, Fadzil Zahari tidak kisah mengenai jantina anak kerana sudah dikurniakan sepasang cahaya mata.

Yana Samsudin dan Fadzil Zahari berkahwin pada Februari 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aisy Mateen dan Aura Aisy Sofea.

Daler Yusuf

Dalam diam rupanya pelakon dan model, Daler Yusuf telah mendirikan rumah tangga sejak 10 tahun yang lalu.

Daler Yusof atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad berkongsi khabar gembira mengenai isterinya yang sedang hamil anak ketiga pada Disember 2023 dan dijangka akan melahirkan bayi lelaki pada tahun 2024.

Daler juga sebelum ini dikurniakan dua anak yang kini berusia sembilan dan tujuh tahun.

Mona Allen

Pada Disember lalu, pelakon, Mona Allen turut berkongsi khabar gembira bahawa dirinya sedang hamil cahaya mata kedua.

Difahamkan kandungan Mona sudah memasuki trimester kedua ketika itu dan bakal melahirkan anaknya pada pertengahan 2024.

Menerusi hantarannya di Instagram, Mona menitipkan rasa syukur apabila dia dan suami yang juga pelakon, Pekin Ibrahim bakal menimang cahaya mata kedua, adik kepada putera sulung mereka, Petra.

Mona dan Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Selepas empat tahun berkahwin, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin.

Zahirah Macwilson

Tidak sabar menanti kedatangan tahun baru, pasangan pelakon Zahirah Macwilson bakal menimang cahaya mata kedua.

Khabar gembira itu dikongsi sendiri oleh Zahirah dan Aiman menerusi hantaran di Instagram, memuatnaik foto janin setelah Zahirah melakukan pemeriksaan ultra bunyi.

Bagaimanapun, pasangan pelakon ini tidak memaklumkan tempoh kandungan dan juga jantina cahaya mata kedua mereka yang bakal lahir pada tahun 2024 ini.

[VIDEO] Isaac Raees Merajuk Dengan Adik Buatkan Netizen Terhibur-"Dua-Dua Comel"

Untuk rekod, Aiman dan Zahirah berkahwin pada 20 Februari 2020. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berumur tiga tahun.

capricedaler yusufDayana Rozamona allenryan bakeryyana samsudinzahirah macwilson
https://lomp.at/cicmn
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

by Phic ARMAN
January 2, 2026

Dr Fie, bekas isteri penyanyi Nubhan, baru-baru ini mencuri tumpuan ramai apabila mencuba jering masakan pelakon era 90an,  Datin Paduka...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

by Iffah Najwa
January 6, 2026

Satu perkongsian di Thread baru-baru ini mengundang perhatian ramai apabila memaparkan insiden salah faham melibatkan penggunaan mixed coach dan women...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

by Phic ARMAN
January 6, 2026

Bulan November 2025 lalu, Istanbul menyambut rombongan media Malaysia dengan tangan terbuka… dan sedikit kabus misteri. Kami tiba dengan penerbangan...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

  2. 2

    Dr Fie ‘First Time’ Cuba Jering Masakan Umie Aida, Reaksi Comel Undang Gelak Peminat

  3. 3

    Salah Faham Koc KTM Cetus Perdebatan, Niat Pakcik Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Misteri Kepala Medusa Mengiring ‘Disembunyikan’ Di Bawah Hagia Sophia Selama 1,500 Tahun

  5. 5

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore