Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

“Murah Tak Semestinya Berbaloi” — Pembeli Rugi RM300 Selepas Didakwa Terbeli Whey Protein Tiruan 

by Nix
May 14, 2026
via Freepik

via Freepik

14
KONGSIAN
Share on Facebook

Isu produk tiruan di platform e-dagang kembali hangat diperkatakan selepas seorang pengguna Reddit mendakwa menjadi mangsa penjualan whey protein palsu.

Menurut perkongsian tersebut, dia membeli produk whey protein jenama terkenal ON (Optimum Nutrition) daripada penjual di platform e-dagang, namun kecewa apabila mendapati produk diterima dipercayai tiruan selain keadaan isi yang hanya separuh penuh.

“RM300+ hilang,”

Tulisnya sambil mengakui dirinya tidak menyedari akaun penjual itu sebenarnya masih baharu dan mempunyai jumlah pengikut yang rendah.

Scam alert! Fake whey protein from shopee (ProFitFuel)
byu/FuryShadow inmalaysians

Belajar Daripada Kesilapan Pertama

Pengguna itu berkata, dia membuat perkongsian tersebut sebagai amaran kepada pembeli lain, khususnya mereka yang pertama kali membeli suplemen secara dalam talian.

Rata-rata netizen di ruangan komen pula tidak terkejut dengan kejadian itu kerana produk whey protein sememangnya antara item yang sering dikaitkan dengan aktiviti tiruan di platform online.

Ada yang mempersoalkan mengapa masih ramai sanggup membeli suplemen daripada penjual tidak dikenali walaupun banyak kes serupa pernah tular sebelum ini.

Risiko Produk Tiruan Lebih Daripada Sekadar Rugi Wang

Selain kerugian wang, ramai turut menegaskan bahawa risiko terbesar sebenarnya melibatkan kesihatan pengguna.

Suplemen yang tidak diketahui kandungan sebenar boleh mengandungi bahan tidak selamat, campuran tidak bersih atau dos protein yang langsung tidak tepat seperti diiklankan.

Topik Berkaitan Baru Beli, Tapi Cair Dalam Kotak? Speaker Disimpan Lama Tiba-Tiba Rosak Undang Tanda Tanya

Seorang netizen mengingatkan bahawa pengguna sepatutnya lebih berhati-hati apabila membeli produk yang akan dimasukkan ke dalam badan.

Ada juga yang menyarankan orang ramai membeli terus daripada farmasi, pengedar sah atau kedai sukan yang dipercayai meskipun harganya sedikit lebih mahal.

via Reddit /@LightKeyDarkBlade
via Reddit /@Salty_Brilliant-830
via Reddit /@Ploop-Plap

Dikritik Isu Penguatkuasaan

Dalam masa sama, beberapa pengguna lain mendakwa proses laporan terhadap scam seller di platform e-dagang kadangkala tidak begitu berkesan.

Seorang individu mendakwa dia pernah membuat laporan kepada khidmat pelanggan platform e-dagang dan turut membawa kes kepada KPDN, namun produk scam tersebut masih kekal dijual untuk tempoh tertentu.

Menurutnya, tindakan biasanya hanya menjadi pantas apabila kes mula tular atau mendapat perhatian ramai.

Netizen Kongsi Tip Elak Jadi Mangsa

Susulan kejadian itu, ramai turut berkongsi beberapa langkah asas sebelum membeli produk suplemen secara online:

  • Semak status Mall atau Preferred Seller
  • Periksa tarikh akaun dibuka
  • Lihat jumlah pengikut dan ulasan pembeli
  • Elakkan harga terlalu murah daripada pasaran
  • Rakam video unboxing sebagai bukti jika berlaku pertikaian
  • Utamakan pembelian daripada pengedar rasmi

Bagi sesetengah pengguna, penjimatan beberapa puluh ringgit tidak berbaloi jika akhirnya membahayakan kesihatan sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
produk palsusuara netizenwhey protein
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Lepas Tanam Baru Maklum”- Ahmad Fedri Yahya Tegur Kenyataan Netizen Tentang Kematian Suami

by Phic ARMAN
October 14, 2026

Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi. Namun, dalam keadaan berduka, kehadiran keluarga dan sahabat handai juga boleh...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Sejak Bila TREC Ada DJ Bertudung?”- Video Wanita Main Muzik Cetus Perdebatan Netizen

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kehadiran seorang wanita bertudung yang dilihat bermain muzik di sebuah lokasi hiburan di TREC, Kuala Lumpur, baru-baru ini mencetuskan perdebatan...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Rakyat Malaysia Puji Founder Oriental Kopi Tangani Isu Menu Dalam Bahasa Melayu

by Phic ARMAN
October 15, 2026

Isu penggunaan Bahasa Melayu dalam menu restoran bukan perkara baharu. Namun, cara sesebuah jenama menangani teguran pelanggan boleh menentukan bagaimana...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Uyaina Arshad Baru Sedar Kenapa Threads Dilabel Toksik, Ini Buktinya…

by Phic ARMAN
October 28, 2026

Uyaina Arshad yang tampil mempersoalkan satu budaya di platform berkenaan yang menurutnya semakin dinormalisasikan. Media sosial sepatutnya menjadi ruang untuk...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Bukan Setakat Beli Emas, Rakyat Malaysia Berpeluang Bawa Pulang Kereta Mewah BMW

by Phic ARMAN
October 6, 2026

Beli emas, mana tahu rezeki pula bawa pulang BMW? Itulah antara perkara yang mungkin menarik perhatian rakyat Malaysia apabila Cindai...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Jahatnya Kau…”- Netizen Pertahan Rider Dipersoal Guna Beg Syarikat Lain

by Phic ARMAN
October 1, 2026

Pernah tak anda order makanan melalui satu aplikasi, tetapi yang sampai depan rumah ialah rider dengan beg daripada syarikat penghantaran...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Saya India, Ini Permintaan Yang Adil”- Netizen Puji Lelaki Tegur Bunyi Bising Kuil Di Sentul

by Phic ARMAN
September 21, 2026

Bila tinggal di kawasan perumahan, isu bunyi bising memang boleh jadi perkara sensitif. Lagi-lagi kalau bunyi tersebut berlarutan sehingga lewat...

Read moreDetails
Kemalangan
Sosial Buzz

[VIDEO] Sempat Rakam Celoteh Anak Sebelum Kemalangan, Ibu Tak Sangka Jadi Kenyataan

by Nurul A.
October 8, 2026

Di platform TikTok, tular sebuah video mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di Salatiga, Jawa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Pusara Bukan Props”- Netizen Tegur Trend Oversharing Kematian

by Phic ARMAN
September 14, 2026

Kebelakangan ini, semakin banyak perkongsian di media sosial yang memaparkan momen ketika seseorang kehilangan insan tersayang. Ada yang berkongsi gambar...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara