Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

MV Ayda Jebat Dapat Lebih Banyak ‘Dislike’ Kerana Teguran Pendakwah?

by Khai Azfar
February 4, 2021
Share on Facebook

Sejak beberapa hari yang lalu, di media sosial hangat memperkatakan mengenai video muzik Ayda Jebat yang terbaharu, Parah yang telah dimuat pada penghujung Disember 2020.

Lebih 100 Ribu Tanda ‘Dislike’

Biarpun trending dan mendapat lebih daripada 3 juta tontonan, namun menerusi carian terkini Murai.my mendapati terdapat lebih dari 100 ribu tanda tidak suka (dislike) berbanding tanda suka (like) yang hanya mendapat 35 ribu reaksi.

Teguran Dari Ustazah Asma’ Harun

Difahamkan, video muzik berkenaan mendapat reaksi seumpama itu adalah bermula daripada teguran yang dibuat oleh seorang pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ustazah Asma’ baru-baru ini, dia akui pernah mengagumi bakat yang dimiliki oleh Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat,29.

Namun, berikutan video muzik Parah yang disifatkan seperti keterlaluan dengan menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel serta rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, pendakwah itu akui terkejut.

“Buat adinda artis yang dihormati dan dikasihi”

“Saya mendapat satu pertanyaan tentang diri seorang artis, lalu untuk kali pertama saya singgah di Page Rasmi beliau. Sungguh saya pernah suka dengan bakat dan dirinya”

“Sungguh, saya terkejut dan terduduk sayu, atau mungkin kerana saya yang ketinggalan banyak Video Klip Muzik seumpama ini. Namun seingat atau setahu saya, belum pernah saya melihat video klip muzik yang dihasilkan oleh artis Melayu Islam hingga tahap ini.

“Ini satu Musibah Ummah yang PARAH, tatkala kita masih dalam belenggu cengkaman pandemik yang semakin PARAH, kalian menghasilkan sebuah video klip muzik yang menampilkan penyanyi dan penari iringan yang separuh bogel, dengan rentak dan lenggok tarian yang menggairahkan seperti tarian lucah, maaf ia sungguh memalukan!”

Mohon Maaf

Biarpun begitu, Ustazah Asma’ terlebih dahulu dengan rendah hati memohon maaf kerana melakukan teguran secara terbuka dan masih membuat sangkaan baik terhadap Ayda.

“Maaf saya lakukan teguran ini secara terbuka, saya lihat sudah ramai yang menegur dan mengkritik video klip tersebut secara terbuka, bahkan di kalangan fans kamu sendiri mereka rasa tidak senang, teguran di media sosial kamu sendiri juga tidak diendahkan, bahkan dijawab dengan tidak rasa bersalah.

Namun saya tetap meletakkan sangkaan bahawa mungkin juga kamu tersilap untuk percaturan kali ini, terutamanya bahagian penari iringan, Kerana kamu sendiri penampilan yang tidaklah keterlaluan” katanya lagi

Dalam ruangan komen video muzik itu turut dibanjiri dengan pelbagai respon daripada pengguna yang kecewa melihat aksi-aksi yang dipaparkan selain menasihati Ayda agar lebih berhati-hati pada masa akan datang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ayda Jebat Tak Pernah Masak atau Buat Kerja Rumah, Akui Mak Mertua Tak Marah
ayda jebatAyda Jebat Parah
https://lomp.at/3tnh3
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  4. 4

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

  5. 5

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara