Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Naik Angin! Chef Wan Panggil Bekas Menantu ‘Anjing’

by Khai Azfar
April 25, 2018
Share on Facebook

Kemelut antara pelakon Serina Redzuawan dan bekas suaminya, Gavin Edward O’Luanaigh semakin panas! Malah Serina dan bapanya, Chef Wan sering kali meluahkan rasa kecewa akan sikap Gavin yang disifatkan mereka semakin melampau.

Serina Bakal Dipenjara?

Terbaru, kes diantara mereka semakin merumitkan apabila Gavin bertindak memfailkan permohonan ex parte (sebelah pihak) dalam prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah pada 17 April baru-baru ini.

Antara sebab dia memfailkan notis tunjuk sebab adalah berhubung pelanggaran perintah persetujuan bersama dan mendakwa Serina telah melakukan banyak perintah mahkamah dimana boleh menyebabkan Serina dipenjarakan.

Gavin turut mendakwa Serina telah melanggar perintah iaitu membenarkan anak mereka Tristan Tareef dan Isabella Safiyya bermalam sebilik dengan Chef Wan di kediaman bekas bapa mertuanya itu.

Dalam persetujuan, anak-anak mereka seharusnya tidur berasingan dengan chef selebriti itu. Bukan itu sahaja, Serina juga didakwa telah melanggar perenggan lapan perintah persetujuan bersama yang menghalang daripada memburukkan pemohon, Gavin dan anak- anak ketika membangkitkan isu khalwat bekas suaminya baru-baru ini.

Serina Dan Chef Wan Mengamuk Lagi!

Dek kerana tuduhan tersebut, kedua-dua anak beranak ini sekali lagi mengamuk dan turut meluahkan apa yang terzahir dalam diri mereka sebagai individu yang mempunyai darah daging dengan anak-anak Gavin dan Serina sebelum ini.

Menurut Chef Wan, dia sebagai datuk tidak seharusnya dilarang daripada tidur bersama cucu-cucunya. Malah ada ketikanya, bukan sengaja dia mengajak mereka tidur bersama namun ianya atas permintaan cucu-cucu kesayangannya.

Topik Berkaitan Chef Wan Perjelas Isu Cuit Iddin Ramli Ketika Baca Doa Sebelum Azan Maghrib-"Saya Diberi Arahan Oleh Kru Produksi..."

Bagi Serina pula, dia turut mempertikaikan mengapa terdapat larangan bapanya untuk tidur bersama anak-anaknya. Membidas kenyataan Gavin, Serina turut mengaitkan isu dimana bekas suaminya itu pernah bersekedudukan dengan seorang wanita sehingga ditangkap khalwat.

Baginya, dia akan tetap mempertahankan haknya sebagai seorang ibu dan akan membongkarkan segalanya mengenai kemelut yang dialami. Nasib Serina dan anak-anaknya itu bukan sahaja mendapat perhatian netizen, malah selebriti seperti YM Cik Puan Sarimah Ibrahim turut bersimpati pada rakannya itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef wanGavin Edward O'Luanaighserina chef wanserina dan gavinserina redzuawan
Share2Tweet2SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara