Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Nak Balik Sabah & Sarawak? Ini Peluang Dapat Tiket Flight Subsidi Musim Perayaan

by Ayu Kamaruddin
January 15, 2026
13
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi yang masih berkira-kira untuk pulang ke Sabah dan Sarawak sempena Tahun Baharu Cina, ini mungkin peluang terakhir sebelum harga kembali normal.

Malaysia Airlines dan Firefly menawarkan subsidi tambang sehala dari Kuala Lumpur ke destinasi terpilih di Sabah dan Sarawak bersempena waktu puncak perayaan Tahun Baharu Cina, antara 13 hingga 16 Februari depan.

Langkah ini dilihat sebagai inisiatif membantu meringankan kos perjalanan rakyat, khususnya bagi mereka yang pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan.

Berapa Subsidi Ditawarkan?

Malaysia Aviation Group (MAG) dalam kenyataan memaklumkan, Malaysia Airlines menawarkan subsidi tambang sehingga RM569 sehala termasuk semua kos dari Kuala Lumpur ke destinasi seperti Kota Kinabalu, Tawau, Sandakan, Labuan, Kuching, Miri, Sibu dan Bintulu.

Sementara itu, Firefly pula menawarkan subsidi tambang sehingga RM548 sehala termasuk semua kos bagi laluan Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Tawau, Kuching dan Sibu.

Via laman web rasmi/ Malaysia Aviation Group

Lebih Banyak Penerbangan Sempena Musim Perayaan

Menurut MAG, inisiatif tambang bersubsidi ini disokong dengan penambahan kapasiti penerbangan sepanjang musim perayaan.

“Tambang disubsidi ini melengkapkan jadual penerbangan perayaan yang diperluas, membantu meringankan kos perjalanan sambil memastikan akses lebih luas kepada kapasiti meningkat dan ketersambungan yang boleh dipercayai sepanjang tempoh puncak perjalanan Tahun Baharu Cina.”

“Pengembara yang terbang bersama Malaysia Airlines dan Firefly boleh menantikan pengalaman perjalanan yang selesa dan menyeluruh, disokong perkhidmatan yang prihatin sepanjang perjalanan,” katanya.

Secara keseluruhan, lebih 2,400 penerbangan akan dikendalikan sepanjang tempoh perjalanan Tahun Baharu Cina, termasuk penerbangan tambahan bagi memenuhi permintaan tinggi.

Tarikh Penting Yang Perlu Diambil Tahu

Jadual penerbangan perayaan ini akan beroperasi antara 11 hingga 23 Februari 2026, dengan tumpuan kepada laluan utama pulang ke kampung di Sabah dan Sarawak seperti Kota Kinabalu, Tawau dan Sandakan.

“Sepanjang tempoh ini, Malaysia Airlines akan mengendalikan sehingga 1,498 penerbangan, dengan tambahan 130 penerbangan bagi menyokong peningkatan permintaan perjalanan perayaan” katanya.

Bagi Murai, langkah ini dilihat sebagai peluang terbaik buat mereka yang merancang pulang ke Sabah dan Sarawak dengan tambang lebih mesra poket sempena musim perayaan.

fireflyMalaysia Aviation GroupMlaysia AirlinesSubsidi
https://lomp.at/u8f0f
Share5Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Insentif

KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

by Ayu Kamaruddin
February 23, 2026

Program KAHA MAIDAM 2026 kembali dilaksanakan sebagai bantuan tambahan kepada golongan asnaf fakir dan miskin yang telah sedia menerima bantuan...

Read moreDetails
passport malaysia
Insentif

Ini Sebab Mengapa Pasport & MyKad Bakal Berwajah Baharu Tahun Ini

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan memperkenalkan pasport Malaysia dan MyKad berwajah baharu dalam tempoh enam bulan lagi....

Read moreDetails
Insentif

AirAsia ‘Kunci’ Harga Rendah Musim Perayaan, Ini 3 Hal Yang Ramai Tak Perasan Tapi Penting

by Phic ARMAN
January 8, 2026

Setiap kali musim perayaan, isu harga tiket kapal terbang sentiasa menjadi topik yang mendebarkan. Ramai yang terpaksa menangguhkan rancangan balik...

Read moreDetails
Insentif

Sekolah Swasta Bukan Lagi ‘Kayangan’, Keluarga B40 Kini Ada Pilihan Realistik

by Ayu Kamaruddin
January 12, 2026

Dulu, bila sebut sekolah swasta, ramai terus angkat kening. Mahal, eksklusif, “bukan level kita”. Namun kini, naratif itu semakin pudar....

Read moreDetails
Automotif

Toyota Lancar Model Hibrid Termurah, Harga Bermula RM103,900 Paling Mampu Milik

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) sekali lagi mencuri perhatian apabila melancarkan Toyota Vios HEV dan Vios HEV GR Sport,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore